Buatlah Pilihan atau Takdir Menentukan

Pagi kelmarin cuacanya cerah. Tapi cuaca emosi segelintir pelajar saya tampak suram. Di raut wajah mereka tiada redup yang damai. Tiada senyum berkuntum. Tiada sapa untuk bermesra. Sebaliknya mendung. Mereka tidak seceria hari biasa yang saya temui. Saya sedikit terganggu. Tapi hanya seketika. Saya cuba mencari kewajaran terhadap sikap ‘aneh’ mereka pagi-pagi hari ini.

Saya tertanya-tanya mengapa mereka begini ? Apatah lagi antara mereka selalu menyapa mesra saya bila bertembung di kampus. Pasti telah terjadi sesuatu sebelumnya. Tak mungkin ‘takda ribut takda taufan’ mereka tiba-tiba seakan tidak pedulikan pensyarah mereka.

Hanya sebelah petangnya baru saya tahu cerita sebenarnya dari seorang pelajar lain yang bertamu di bilik saya untuk sesi runding cara akademik. Rupa-rupanya pada pagi tadi mereka (segelintir cuma)  tengah kecewa dan bersedih kerana baru sahaja mendapat keputusan ujian 1 satu kursus teras Semester 3 mereka. Markah diperolehi cukup rendah untuk mencetuskan rasa kesedihan yang amat.

Oh..Patutlah!

Continue reading

Naskah Budi

Saya menganggap diri saya seorang yang konservatif. Tapi tidaklah pula hingga menjadi kolot. Sikap ini bukan lagi suatu kecenderungan tetapi suatu yang telah terbina sejak kecil lagi. Dan saya membesar dengannya sehinggalah sekarang pada usia 39 tahun.

Pelajar-pelajar saya mungkin telah memahami sikap dan sifat saya ini melalui pandangan, leteran dan kritikan saya semasa kuliah.

Dalam kuliah ketika lisan saya berbicara ada yang suka, tersentuh. Tapi ramai lagi yang mungkin marah, mencemik kerana tersinggung. Yalah mungkin ada yang saya ‘luahkan’ telah terkena batang hidung mereka.

Continue reading

Cinta yang KO!

Cinta diibaratkan kuasa sakti. Ia boleh mengubah seseorang menjadi seorang yang lain tanpa ia sedari. Perubahan itu boleh jadi baik atau sebaliknya.

Justeru cinta ada dua sisi – saling bertentangan. Satu cinta hina. Satu lagi cinta mulia.

Entri kali ini ingin menyentuh tentang cinta yang hina. Saya mudahkan dengan mengungkapkan kalimah ini dalam bentuk akronim C.I.N.T.A. Setiap huruf dalam akronim ini adalah petunjuk atau ciri kepada seseorang yang dilanda cinta hina.

Continue reading

Cinta Itu Menakluk

Disalin semula dari blog Kolej Uniti :

Shakespeare pernah berkata “Love conquers all.” Begitulah kesimpulan ringkas tapi sarat makna dari seorang pujangga silam. Barangkali semua yang berlaku di dunia ini dari dulu hingga ke hari ini berpunca dari cinta.

Dari cinta Adam kepada Hawa hingga lahirlah manusia di dunia kepada cinta era moden kini dalam bentuknya yang pelbagai dan rencam.

Hakikat cinta adalah luas. Ia mempunyai banyak sisi dan maksud. Ia tidak semata-mata terjurus kepada cinta antara lelaki dan perempuan. Cinta juga melekat pada wang ringgit, pangkat kebesaran, keturunan, kebendaan, puji-pujian dan banyak lagi.

Continue reading

Life, Hope, Love and Friendship

Kata-kata hikmah berikut bukanlah hadith. Apatah lagi setaraf firman Allah. Namun, masih merupakan suatu bahan yang menarik untuk direnungi.

Saya mengutipnya dari email pelajar saya dari Singapura, Hjh Kamisah Salim. Terima kasih hajah.

Moga masih ada manfaatnya buat kita.

“Life ends; when you stop Dreaming,
Hope ends; when you stop Believing,
Love ends; when you stop Caring,
And Friendship ends; when you stop Sharing…!!!”

Guru, Ilmu dan Budi versus ‘Body’

Guru adalah pihak yang sangat berpengaruh kepada perkembangan hidup seorang kanak-kanak. Ia adalah jendela awal untuk kanak-kanak mengenali dunia realiti selepas ibu bapa.

Inilah sebabnya peranan guru adalah MAHA besar. Di tangannya personaliti dan sebahagian masa depan pelajar dibentuk. Di tangannya jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kanak-kanak dipengaruhi dan ditempa. Gurulah yang menentukan iklim soso-emosi pelajar sama ada menjadi positif atau negatif.

Dalam hal ini Haim Ginott menyatakan :

“I have come to the frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It’s my personal approach that creates the climate…. As a teacher, I possess a tremendous power to make a child’s life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration.”

Continue reading

‘Behaviour rewarded is behaviour repeated’

Mengikut teori behaviourisme, sesuatu tingkah laku atau perbuatan hanya akan dikukuhkan oleh ganjaran, biasanya bersifat kebendaan (ekstrinsik atau luaran).

Barulah ia kemudiannya menjadi amalan atau disebut sebagai budaya. Ini kerana ganjaran itu menjadi pendorong untuk seseorang itu terus melakukan tingkah laku sama.

Bagaimana ganjaran itu boleh mendorong?

Ganjaran lebih-lebih lagi yang ikhlas akan memberi kesan seronok, gembira, rasa dihargai, rasa dimuliakan, rasa lebih baik berbanding rakan lain dan lain-lain perasaan yang dianggap positif.

Continue reading

Nilai Bukan pada Kata-kata Tapi pada Tindakan

Saya selalu – apabila wujudnya kesempatan untuk menasihati atau memotivasi – akan menyebut dan juga mengulang-ulang petikan berikut kepada sesiapa sahaja, terutamanya pelajar dan orang-orang yang dekat dengan saya.

What we think or what we know or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do.
John Ruskin
English author, art critic, and social commentator

Continue reading

Kisah Gadis Buta

Saya agak tersentuh apabila membaca kisah si gadis yang buta yang dikirim oleh seorang rakan jauh saya, Eddy Termizi dari Sarawak melalui emailnya bertarikh 6 November 2006. Baru semalam saya dapat mengesan semula email lama tersebut setelah puas mencari.

Biasanya cerita sebegini biarpun fiksyen suka saya kongsikan dengan pelajar-pelajar saya samada di awal kuliah, semasa ‘take five’ atau pada masa atau ‘mood’ yang saya rasakan sesuai semasa kuliah sedang berlangsung.

Beginilah caranya saya menitipkan nilai-nilai baik sebagai teladan atau nilai-nilai yang buruk sebagai sempadan buat bekal dan nasihat budi dan iman kepada pelajar-pelajar saya.

Lazimnya pelajar-pelajar saya memang suka mendengar cerita setelah ‘letih’ dan ‘terbeban’ dengan konsep dan teori serta fakta yang sarat dalam kursus Pengajian Malaysia yang saya kuliahkan.

Cerita sebegini atau pun adakalanya cerita jenaka menjadi kelegaan minda atau anekdot bagi mereka. Kerana itu untuk setiap kuliah memang saya sediakan dengan cerita-cerita untuk dikongsi kepada pelajar-pelajar saya.

Mari kita ambil pengajaran atau ibroh dari kisah si gadis buta yang tidak bersyukur dan juga tidak mengenang budi kepada kawannya yang sangat baik dan ikhlas terhadapnya.

There was a blind girl who hated herself just because she’s blind.

She hated everyone, except her loving boyfriend. He’s always there
for her. She said that if she could only see the world, she would
marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she can see
everything, including her boyfriend.

Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you
marry me?” The girl was shocked when she saw that her boyfriend is
blind too, and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her
saying. “Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed.

Only few remember what life was before, and who’s always been
there even in the most painful situations.

Wallahua’lam

Tumpukan Pada Perkara Yang Kita Boleh Kawal

Lama saya ‘berehat’ dari memblog. Adalah sebabnya tu.

Dalam kesempatan yang terhad ini, saya kongsikan petikan berikut kepada khalayak pembaca blog saya. Saya mengutipnya dari halaman 126 buku ‘Your Road Map for Success’ karya John C. Maxwell.

Maksudnya – tentang bagaimana kita boleh menentukan kesan atau akibat apabila sesuatu menimpa kita – adalah tersirat. Cuba tekuni dan renungi di sebalik lapisan ‘pertama’ petikan ini.

“You need to remember that what happens in you is more important than what happens to you.”

Wallahua’lam

Siapakah Melayu?

Mari kita fahami bait-bait puisi nukilan Hartini Omar yang memperihalkan siapakah Melayu dengan menggunakan gadis sebagai subjeknya.

Naskah jiwa ini begitu indah dan halus – bersesuaian dengan budi Melayu.

Saya menyalin semula puisi ini juga kerana ia mempunyai kaitan dengan tajuk Etnik – satu bab dalam kursus Pengajian Malaysia. Dengan gaya kreatif dan berseni, Hartini sekali lagi berjaya mengungkapkan satu lagi sisi penting dalam kehidupan manusia.

Continue reading

Puisi Cinta Hartini Omar

Aku terbaca puisi cinta ini
tersentuh jiwa
tersedu rasa
single-rose-e11ada hiba, ada gembira
kerananya aku ingin kembali
asyik dalam cinta

cikgubad

10.11 mlm

Kepada pelajar-pelajarku hayatilah bait-bait puisi Hartini Omar di bawah yang saya kutip dari blog beliau CERITERA.

Ada keindahan yang menyuluh, ada perasaan yang akan tersentuh.

Continue reading

Ilmu dan Budi

Salam buat semua yang punya hati,

Teringat saya dengan sebuah pantun nukilan Almarhum Tan Sri Razali Ismail – Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini –  yang saya dengar dari siaran sebuah rancangan di TV1.

Titipan ini adalah naskah mengenai budi yang saya ingin saya kongsikan kepada semua pembaca terutamanya para pelajar saya.

Moga kita makin insaf bahawa ilmu dan budi adalah dua yang beriringan untuk kesempurnaan peribadi  insan. Moga bercambahlah pahala buat almarhum Tan Sri Razali Ismail. Amin

Inilah pusakanya buat kita :

Apa tanda batang tebu?
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu?
Orang berilmu halus budinya

Wallahua’lam

Maksud Hubungan Interpersonal

Saya kongsikan di bawah sebuah nukilan yang memberi maksud hubungan interpersonal mengikut jenis-jenisnya dan bagaimana ia dijalinkan agar menjadi satu ikatan yang berjaya.

Moga ia memberi kita sedikit panduan bagaimana membina hubungan yang jujur dan ikhlas dengan seseorang yang kita ingin jadikan teman, kekasih* apatah lagi suami atau isteri.

Dalam Islam hubungan interpersonal sangat dipentingkan. Ia disebut sebagai hablum minannas . Tujuannya bagi mencetus, memupuk, mencambah dan menyuburkan kebaikan sesama insan demi mencapai mardhatillah iatu keredhaan Allah sebagai khalik (pencipta) dalam apa jua bentuk dan maksud perhubungan.

Hubungan dengan Allah ini pula disebut hablum minallah. Ini bermaksud bahawa Allah juga mengingatkan hambaNya agar menjaga hubungan sesama manusia walaupun – keutamaannya – sentiasa beruluhiyyah dan berubudiyyah kepadaNya.

Continue reading