Naskah Budi

Saya menganggap diri saya seorang yang konservatif. Tapi tidaklah pula hingga menjadi kolot. Sikap ini bukan lagi suatu kecenderungan tetapi suatu yang telah terbina sejak kecil lagi. Dan saya membesar dengannya sehinggalah sekarang pada usia 39 tahun.

Pelajar-pelajar saya mungkin telah memahami sikap dan sifat saya ini melalui pandangan, leteran dan kritikan saya semasa kuliah.

Dalam kuliah ketika lisan saya berbicara ada yang suka, tersentuh. Tapi ramai lagi yang mungkin marah, mencemik kerana tersinggung. Yalah mungkin ada yang saya ‘luahkan’ telah terkena batang hidung mereka.

Continue reading

Siapakah Melayu?

Mari kita fahami bait-bait puisi nukilan Hartini Omar yang memperihalkan siapakah Melayu dengan menggunakan gadis sebagai subjeknya.

Naskah jiwa ini begitu indah dan halus – bersesuaian dengan budi Melayu.

Saya menyalin semula puisi ini juga kerana ia mempunyai kaitan dengan tajuk Etnik – satu bab dalam kursus Pengajian Malaysia. Dengan gaya kreatif dan berseni, Hartini sekali lagi berjaya mengungkapkan satu lagi sisi penting dalam kehidupan manusia.

Continue reading

Puisi Cinta Hartini Omar

Aku terbaca puisi cinta ini
tersentuh jiwa
tersedu rasa
single-rose-e11ada hiba, ada gembira
kerananya aku ingin kembali
asyik dalam cinta

cikgubad

10.11 mlm

Kepada pelajar-pelajarku hayatilah bait-bait puisi Hartini Omar di bawah yang saya kutip dari blog beliau CERITERA.

Ada keindahan yang menyuluh, ada perasaan yang akan tersentuh.

Continue reading

Ilmu dan Budi

Salam buat semua yang punya hati,

Teringat saya dengan sebuah pantun nukilan Almarhum Tan Sri Razali Ismail – Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini –  yang saya dengar dari siaran sebuah rancangan di TV1.

Titipan ini adalah naskah mengenai budi yang saya ingin saya kongsikan kepada semua pembaca terutamanya para pelajar saya.

Moga kita makin insaf bahawa ilmu dan budi adalah dua yang beriringan untuk kesempurnaan peribadi  insan. Moga bercambahlah pahala buat almarhum Tan Sri Razali Ismail. Amin

Inilah pusakanya buat kita :

Apa tanda batang tebu?
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu?
Orang berilmu halus budinya

Wallahua’lam

Maksud Hubungan Interpersonal

Saya kongsikan di bawah sebuah nukilan yang memberi maksud hubungan interpersonal mengikut jenis-jenisnya dan bagaimana ia dijalinkan agar menjadi satu ikatan yang berjaya.

Moga ia memberi kita sedikit panduan bagaimana membina hubungan yang jujur dan ikhlas dengan seseorang yang kita ingin jadikan teman, kekasih* apatah lagi suami atau isteri.

Dalam Islam hubungan interpersonal sangat dipentingkan. Ia disebut sebagai hablum minannas . Tujuannya bagi mencetus, memupuk, mencambah dan menyuburkan kebaikan sesama insan demi mencapai mardhatillah iatu keredhaan Allah sebagai khalik (pencipta) dalam apa jua bentuk dan maksud perhubungan.

Hubungan dengan Allah ini pula disebut hablum minallah. Ini bermaksud bahawa Allah juga mengingatkan hambaNya agar menjaga hubungan sesama manusia walaupun – keutamaannya – sentiasa beruluhiyyah dan berubudiyyah kepadaNya.

Continue reading

Pesan Buat Warga Guru

Salam buat semua warga guru.

Saya titipkan sebuah sajak oleh Sasterawan Negara, Usman Awang bertajuk ‘Guru O Guru’ untuk kalian bagi menginsafi akan maha besarnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul seorang guru. Juga saya khususkan ‘posting’ ini buat pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah saya yang bakal menjadi guru kelak.

Karya sebesar ini sarat makna dan pengertian. Ia tidak boleh disimpan dalam lipatan ingatan dan gedung sejarah negara. Ia perlu ‘dikeluarkan’ dan diulang-ulang untuk sentiasa segar dalam pemikiran dan kepercayaan masyarakat.

Kita tidak perlu menunggu tarikh 16 Mei untuk menginsafi peranan guru dan jasanya kepada bangsa dan negara. Karya ini begitu besar untuk dikenang hanya setahun sekali.

Continue reading

Jangan Abaikan Sastera

Saya ingin berkongsi lagi dengan khalayak pembaca.  Kali ini tentang peri pentingnya bidang sastera – yang dilupakan oleh sebahagian besar daripada kita termasuk mereka yang bergiat dalam lingkungan pendidikan.

Barangkali manusia sudah hilang budi dan kemanusiaan kerana terlalu mementingkan bidang sains dan teknologi dan mengejar kebendaan.

Saya bimbang pendidikan kita telah gagal melahirkan pelajar yang kaya budi. Saya tidak pernah berbangga dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sebagaimana berbangga dan tersentuhnya saya dengan kehadiran pelajar-pelajar yang berkeperibadian mulia dan beradab sopan. Ini kerana keperibadian atau akhlak tidak boleh dicerminkan dan diukur oleh keputusan peperiksaan tetapi dari segi tingkah laku, pertuturan, pergaulan dan gaya hidup pelajar.

Hari ini saya selalu bersedih kerana selalu melihat kemiskinan budi dan kemanusiaan di depan mata saya. Ramai yang biadap dari beradap, ramai yang kurang ajar daripada yang cukup ajarnya.Remaja atau pelajar hari ini lebih memustahakkan kekayaan ‘body’nya daripada kemewahan budinya.

Kembali kepada peranan bidang sastera, ia menurut saya menyentuh sisi paling dalam dalam diri manusia. Tidak seperti disiplin sains, ia bisa memberi makna kemanusiaan dan ketuhanan. Ia membangun jiwa manusia yang halus. Pengertian yang dibawanya menyempurnakan maksud sebenar pendidikan yang bersifat holistik.

Sastera sahaja – selain suluhan wahyu Tuhan dan pedoman nabi –  yang boleh membangunkan aspek emosi dan rohani pelajar, sebagaimana yang disuratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Semua pendidik di negara kita tahu tentang ini (JERI – Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) tetapi hanya sedikit yang menghayatinya dalam pnp mereka.

Mesej mengenai ‘jangan abaikan sastera’ ini datangnya dari seorang penyair bernama Anton Chekov yang beliau nukilkan dalam sebuah puisi yang kemudian dipetik oleh Jujun S. Suriasumantri untuk bukunya bertajuk ‘Ilmu dalam Perspektif Moral, Sosial dan Politik’, terbitan DBP tahun 1990.

Dalam keadaan manusia hari ini yang condong kepada kebendaan atau materialisme, pesan ini sangat wajar diberikan perhatian berat terutamanya para pendidik.

Kepada khalayak pembaca, mengertikanlah nasihat Anton Chekov di dalam puisinya ini.

Bacalah puisi anakku
Setelah belajar Matematik;
Bacalah doa
Dalam kekerasan usaha;
Jadilah manusia
Bukan robot tidak berjiwa!

Wallahua’lam

Hamka dan Cinta

Jika kita tidak disayangi bahkan dibenci orang pastinya bersebab. Tidak mungkin orang akan menyukai atau membenci kita tanpa sebab atau alasan. Apatah lagi Jika sesuatu yang kita hajatkan bersifat halus seperti cinta dan kasih sayang. Serupa juga jika menunjukkan kelakuan yang kasar dan biadap – kebencian orang akan meluap-luap.

Justeru, apa yang kita mahukan dalam hidup ini menuntut syarat tertentu untuk ianya dicapai. Ia takkan berlaku dengan sendirinya. Dalam hal cinta Hamka berpesan :

“Empat perkara yang menimbulkan cinta : Muka yang jernih; ringan tangan; mencari persesuaian sama sendiri; sama yang di mulut dengan yang di hati.”

– Hamka

Cinta yang tulus adalah cinta kerana budi. Ia tidak boleh wujud kerana pesona pada ‘body’. Akan tetapi sesuatu yang bersifat budi hanya akan dapat dikesan oleh hati orang yang memandangnya. Ini kerana budi adalah suatu yang seni – perlukan hati untuk mentafsirkannya. Dan hati itu mestilah hati yang bersih.

Namun keikhlasan hati si budiman jugalah yang mengekalkan perhatian dan kesukaan orang kepadanya. Oleh itu, jika inginkan cinta itu tulus dan kekal tulus selamanya dalam diri kita dan orang yang mencintai kita, maka kita mestilah terlebih dulu memiliki peribadi yang sarat budi. Yakinilah bahawa ‘(hutang) budi akan dibawa ke mati’.

Nabi Muhamad S.A.W. adalah suri teladan nombor wahid di dunia yang mempamerkan secara praktikal erti budi yang sangat indah. Kerana itu baginda dikenang – dan akan terus dikenang hingga kiamat kelak.

Bagi orang Melayu budinya lebih halus dan kaya. Ia menjadi sempurna kerana agama yang dianutinya. Tapi kini ia semakin hilang ditelan zaman. Justeru, mari kita cari budi bangsa dan agama kita yang telah hilang itu. Kita tunjukkan kuasa ‘budi’ untuk kembali menawan hati masyarakat yang semakin rosak oleh kefasadan dunia hari ini. Kita masih belum terlambat untuk  turut serta dalam  ‘kempen budi’ ini.

Hubungan Akrab tapi biarlah ‘berjarak’

Saya ingin berkongsi bait-bait puisi dengan khalayak pelajar – antara yang terindah pernah saya dengar dan baca – nukilan Khalil Gibran mengenai cara hubungan dimeterai dan dijalin antara dua insan. Saya mula mendengarnya ketika menghadiri kuliah Kaunseling Dr Zainal Abidin – kursus elektif wajib dalam Diploma Pendidikan di UKM pada tahun 1995. Dengan intonasi suara dan gaya penyampaiannya yang bersahaja ia cukup memberi pengertian kepada saya tentang maksud sebuah perhubungan.

Biarpun ia ditulis dalam konteks sebuah perkahwinan, namun prinsipnya adalah universal; maknanya ia boleh diguna dalam hubungan sesama insan apabila hubungan itu menjadi akrab atau intim.

Hayatilah maksud puisi ini yang bertajuk ‘On Marriage’ (maaf ia tidak dapat diterjemahkan walaupun secara lateral kerana ia perlukan kefahaman dan keahlian berbahasa yang tinggi – saya belum mahir lagi!).

Jangan baca selapis je kerana puisi seperti ini maksudnya tersirat. Orang kata maksud puisi abstrak. Nikmatilah karya penyajak agung dari Lubnan ini:

“Let there be spaces in your togetherness,

And let the winds of heaven dance between you.

Love one another, but make not a bond of love:

Let it rather be a moving sea between the shores of your souls.

Fill each other’s cup but drink not from one cup.

Give one another of your bread but eat not from the same loaf.

Sing and dance togehther and be joyous, but let each one of you be alone,

Even as the strings of a lute are alone though they quiver with same music.


Give your hearts, but not into each other’s keeping.

For only the hand of Life can contain your hearts.

And stand together yet not too near together:

For the pillars of the temple stand apart,

And the oak tree and the cypress grow not in each other’s shadow”.