Saya Kembali…

Kiriman terakhir saya di sini ialah pada 14 Februari 2018. Selepas itu blog ini kembali bersawang semula.

Hari ini – selepas 17 bulan – saya kembali sebagai cikgubad yang baharu. Ada banyak cerita yang ingin saya kongsikan. Cerita yang penuh warna warni. Antaranya adalah takdir yang tidak ternah saya jangkakan akan berlaku sama sekali ke atas diri saya.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Langit pula tidak selalunya cerah. Tapi dalam kelam malam, ia akan sirna juga di bening pagi.

Sungguh pengalaman-pengalaman yang saya lalui membentuk dan mengukuh sisi-sisi penting peribadi saya. Pada masa sama, saya berusaha kuat untuk tidak dilemahkan oleh ujian dan sikap-sikap negatif saya sebagai insan yang lemah. Pada banyak saat dalam tempoh 17 bulan ini saya menempuh liku hidup yang paling sukar dalam hidup saya.

Kini saya bangun dan gagahkan diri bersendirian sebagai seorang yang merdeka menjalani kehidupan dengan semangat dan minda baru.

Saya berharap saya dapat menulis lagi dengan tekun dan iltizam. La haw lawala quwwata illa billah. Namun untuk seketika ini izinkan saya bersihkan dulu ‘sawang-sawang’ yang banyak di laman blog saya ini. Rimas nanti dibuatnya jika ia dibiarkan ‘menghiasi’ laman saya ini.

Jumpa lagi.

 

 

Leave a comment