Teacher That We Used to Admire

This poster tells us all about being a teacher – a great and noble profession.

 

Advertisements

24 Januari

Saya tersenyum lebar ketika isteri saya menunjukkan key chain ini.

Lima sifat yang tercatat pada key chain tersebut ialah sifat yang kelihatannya ada pada diri saya – yang lahir tanggal 24 Januari. Macam bagus jer saya nikan ! Hahaha…

Sebagai pensyarah sifat-sifat di atas membantu dalam meningkatkan produktiviti dan mutu kerjaya saya. Alhamdulillah.

Continue reading

Kemanusiaan Yang Telah Hilang!

Masa itu sekitar 8.03 malam.

Saya diam terpaku. Tergamam. Untuk seketika air mata saya mengalir.

Begitulah reaksi spontan saya menonton satu klip video yang menyayat hati yang memulakan sajian berita dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.

Saya terus ‘menggoogle’ internet mencari klip video kisah anak kecil malang yang seakan dibiarkan mati setelah dilanggar lari  menggunakan BB saya.

Setelah memilih klip video yang sesuai di arkib Youtube, saya memuaturun video tersebut di laptop Lenovo saya.  Saya juga menyimpan URLnya.

Niat saya adalah untuk ia dikongsi dengan khalayak rakan dan pelajar saya di blog dan facebook. Sesuatu yang maha penting mesti saya hebah dan canangkan malam ini.

Inilah kisah malang itu.

Continue reading

The Great Debaters

‘The Great Debaters’ adalah sebuah filem yang diangkat dari kisah benar dalam sebuah masyarakat yang sangat mengagungkan tamadunnya.

Latar budayanya rencam. Ia kisah pertembungan dua etnik. Satu superior – bangsa kulit putih yang hegemon ke atas rakan senegara yang inferior – bangsa kulit hitam. Bangsa ini sekarang kita kenali sebagai African-America.

Mengambil persekitaran tahun 1935 di Amerika Syarikat dan menggunakan babak-babak perdebatan akademik di universiti ternama, filem arahan pemenang Academy Denzel Washington dan diterbitkan oleh Oprah Winfrey, berjaya menonjolkan mesej bahawa hujah dan fakta yang kuat boleh menewaskan hujah dan fakta yang lemah.

Kebenaran akhirnya akan tertegak biar pun di tengah-tengah khalayak yang mendokong keunggulan bangsa etnosentrik.

Mari kita ambil iktibar dari kisah ini.

 

The Power of Words

Saya petik kata-kata Robert Fulghum untuk muhasabah kita semua, khususnya para ibu bapa dan pendidik yang selalu berpesan dan menegur dengan lisan kepada anak-anak mereka :

Cikgu Yati melayan mesra murid Tadika KEMAS semasa Karnival Sure Kids satu masa dahulu. Kini beliau telah pun berkhidmat di sekolah kerajaan. Selamat mengajar Cikgu Yati..:)

Kata-kata ini saya kutip dari buku yang bertajuk Positive Words, Powerful Results tulisan Hal Urban dari halaman 30.

Buku setebal 205 halaman ini sarat dengan pemerhatian dan tips penulis mengenai kuasa lisan (perkataan, atau words) yang boleh terungkap atau diungkap semasa perbualan, sesi kuliah, ceramah, dialog filem dan sebagainya.

Biarpun berharga RM49.90 dengan kertas kuning (edisi paperback) – saya beli di MPH tahun lepas – isinya sangat berbaloi.

Benarlah kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ia bukan pusaka Melayu untuk orang Melayu sahaja. Ia adalah pengalaman dan pemerhatian yang bernilai sejagat (universal) kerana saya rasa ia benar dalam semua peradaban manusia.

Pasti Hal Urban juga bersetuju dengan pepatah ini.

Mesir, Husni Mubarak dan Rakyatnya : Iktibar Buat Kita

11 Feb 2011 adalah tanggal bersejarah kepada bangsa Mesir.

Apa yang telah terjadi di Mesir sebenarnya?

Tarikh itu menjadi batu tanda dalam sejarah Mesir moden apabila regim (kerajaan) Husni Mubarak ditumbangkan oleh rakyat Mesir. Istilah ditumbangkan di sini bermaksud kerajaan tersebut dijatuhkan, digulingkan atau diturunkan dari tampuk kekuasaan dengan menggunakan tekanan kuat misalnya daripada kekuatan ketenteraan, demonstrasi rakyat dan seumpamanya.

Continue reading

Melayu Bangsa Pemalas – Mitos atau Realiti?

Benarkah Melayu itu bangsa yang malas?

Orientalist dulu pernah menyatakan orang Melayu bangsa pemalas. Sampai sekarang pun saki baki pemikiran atau persepsi itu masih ada dalam kotak minda bangsa bukan Melayu. Barangkali inilah alasannya mengapa tokey syarikat di kota metropolitan tidak mahu menggajikan eksekutifnya dari kalangan bangsa Melayu. Atau juga kerana dorongan lain yang kita tidak mampu selami.

Apapun gambaran yang bersarang dalam benak sesetengah dari kita tentang orang Melayu ini, ia tidak mengubah fakta sejarah beratus tahun bahawa orang Melayu pernah membina kerajaan ulung yang tersohor di rantau Asia ini. Fakta ini bukanlah mitos atau cerita lisan rakyat yang diwarisi turun temurun. Ia adalah hasil kajian arkeologi dan ahli sejarah.

Continue reading

Menekuni Gejala dan Isu Pluralisme Agama dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya

Kiriman hari ini adalah lanjutan dari kiriman sebelum ini tentang bahayanya pluralisme agama. Bagi memahami lebih lanjut tentang gejala ini saya sarankan para pengunjung dapatkan bahan bacaan berikut.

Pemahaman gejala atau disebut sebagai ‘agama baru ini’ akan mengelakkan kita terjebak dalam idea atau fahaman toleransi agama yang berdasarkan logika dan premis akliah golongan tertentu.

Continue reading

Pluralisme Agama- Sila Cermati! Ia Doktrin Bahaya

Pluralisme adalah istilah dan konsep yang saya selitkan dalam nota kursus Pengajian Malaysia yang saya tulis untuk pelajar-pelajar saya. Ia digunakan untuk menegaskan bahawa kita – di Malaysia yang majmuk ini – perlu mempertahankan kepelbagaian latar budaya dan etnik.

Pluralisme atau juga disalingkaitkan dengan multiculturalisme adalah faham (isme) yang mencanggahi monoculturalisme yang ditaja dan giat dilaksana oleh Barat bagi mewujudkan satu budaya sejagat seragam berdasarkan pemikiran dan falsafah Barat seperti sekularisme, liberalisme, individualisme, positivisme, humanisme dan lain-lain lagi.

Justeru, dalam erti kata lain – dalam konteks pluralisme di Malaysia – berbeza etnik, agama dan bahasa – sekadar menyebut beberapa contoh – bukanlah satu masalah.

Continue reading

Tabiat Yang Merosakkan Fungsi Otak

Otak (brain) adalah organ yang mengawal tingkah laku manusia, sama ada yang baik atau tidak baik. Namun dalam situasi tertentu tingkah laku kita boleh  ‘ditelunjukkan’ pula oleh gejolak jiwa dan perasaan.

Dalam kehidupan materialistik hari ini, tumpuan lebih diberikan ke atas kemampuan otak kita. Inilah yang ditunjukkan apabila masyarakat terlalu teruja dan meraikan kejayaan anak-anak mereka yang berjaya skor 5 – 10A dalam UPSR, PMR, SPM atau STPM/STAM. Jika gagal cemerlang, masyarakat yang sama juga akan bersedih dan kecewa. Kekesedihan dan kekecewaan ini selalunya lebih panjang diluahkan sebagaimana kegembiraan meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang.

Keprihatinan, juga kepekaan masyarakat nyata berbeza dalam isu akhlak dan sosial anak-anak kita. Bukan tiada yang risau atau berat memikirkan masalah sosial ini. Namun ia hanya dikongsi oleh sebahagian kecil daripada keseluruhan masyarakat kita yang besar.

Continue reading

Buatlah Pilihan atau Takdir Menentukan

Pagi kelmarin cuacanya cerah. Tapi cuaca emosi segelintir pelajar saya tampak suram. Di raut wajah mereka tiada redup yang damai. Tiada senyum berkuntum. Tiada sapa untuk bermesra. Sebaliknya mendung. Mereka tidak seceria hari biasa yang saya temui. Saya sedikit terganggu. Tapi hanya seketika. Saya cuba mencari kewajaran terhadap sikap ‘aneh’ mereka pagi-pagi hari ini.

Saya tertanya-tanya mengapa mereka begini ? Apatah lagi antara mereka selalu menyapa mesra saya bila bertembung di kampus. Pasti telah terjadi sesuatu sebelumnya. Tak mungkin ‘takda ribut takda taufan’ mereka tiba-tiba seakan tidak pedulikan pensyarah mereka.

Hanya sebelah petangnya baru saya tahu cerita sebenarnya dari seorang pelajar lain yang bertamu di bilik saya untuk sesi runding cara akademik. Rupa-rupanya pada pagi tadi mereka (segelintir cuma)  tengah kecewa dan bersedih kerana baru sahaja mendapat keputusan ujian 1 satu kursus teras Semester 3 mereka. Markah diperolehi cukup rendah untuk mencetuskan rasa kesedihan yang amat.

Oh..Patutlah!

Continue reading

Mai cuba BAKKKAT

Pelajar yang lemah perlu diajar untuk mengubah nasibnya. Jika tidak ia akan kekal lemah. Ada tanda-tanda negatif yang boleh dilihat pada golongan ini.

Tanda yang jelas sekali ialah pada daya fikir mereka yang relatif rendah. Mengikut Taksonomi Bloom, golongan ini hanya berada pada tahap Lower Order of  Thinking yang terendah iaitu Knowledge atau Pengetahuan, atau lebih baik sikit Comprehension atau Kefahaman. Otak mereka tidak tahu melainkan mengingat fakta atau rumus. Dengan kata lain mereka kuat menghafal.

Golongan ini belajar secara pasif. Suka buat atau teruskan apa yang mereka lakukan selama ini. Cara belajar dulu dan sekarang tidak banyak berubah. Betullah kata bijak pandai :

Seorang yang melakukan satu perkara dengan cara yang sama berulang-ulangkali tetapi masih mengharapkan hasil yang berbeza adalah seorang yang bodoh

Orang Penang kata ‘pi mai pi mai tang tu jugak!’

Continue reading

Terimakasih Tuan

Blog ini cukup kerdil. Namun, saya sentiasa berharap ia masih boleh membantu pengunjungnya untuk berfikir mengenai kehidupan. Jika tidak banyak sikit pun jadilah.

Di tengah-tengah ribuan blog dan laman sesawang popular, barangkali pemikiran saya hanya di pinggiran. Apa tidaknya ada yang menganggap saya menulis bahan berat. Tidak cukup santai. Tidak cukup ramuan untuk mengekalkan minat membaca pengunjung.

Saya sedar bukan mudah membuatkan orang lain terkesan dengan lisan atau tulisan kita. Ia perlukan sentuhan minda Faisal Tehrani (tehranifaisal.blogspot.com) atau Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) untuk memikat dan mengekalkan minat pembaca untuk terus mengikuti pemikiran kritis, puitis dan pengalaman hidup mereka.

Continue reading

Bazaar dan Bazir Ramadhan

Hari ini 2 Syawal 1430 H. Maknanya telah 2 hari kita meninggalkan Ramadhan. Bagi mereka yang berjiwa sufi kesedihan berpisah dengan bulan penuh keberkatan ini akan berterusan. Esok 3 Syawal dan hari-hari berikutnya adalah hari-hari yang ditangisi.

Justeru, tidak perlu menunggu lama, hati dan jiwa yang halus ini akan kembali merindui Ramadhan. Dorongannya tidak lain melainkan untuk beribadah hanya kepadaNya. Titik!

Bagaimana dengan kita yang ramai ini pada saat ini ?

Pastinya kita gembira. Perasaan ini mengiringi tasbih, tahmid dan takbir Raya yang menggema ruang angkasa malam 1 Syawal. Pada esoknya kegembiraan itu mencapai kemuncaknya.

Continue reading

Yang Kita Pasti Boleh Buat..Empatilah

Kita tidak perlu kaya untuk menderma atau infaq kepada mereka yang memerlukan. Sedikit yang ikhlas sudah memadai sebagai bukti niat untuk membantu golongan fakir miskin.

Saya yakin sangat ramai di luar sana boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10.00 kepada rumah anak-anak yatim dan golongan miskin.

Satu daripada cara mudah ialah kita ‘bank-in’kan duit derma kita ke akaun NGO Islam yang sedang mengumpul dana untuk Ramadhan.Kita ada Islamic Relief Malaysia, AMAN Palestin, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Global Peace Mission Malaysia dan banyak lagi.

Bukannya susah sangat kerana kemudahan mesin cash deposit telah banyak disediakan oleh bank-bank yang menyertai kempen ini.

Continue reading