Misi cikgubad

Cikgubad hanya ingin menulis dgn tinta mindanya sendiri – sbg guru dan ahli akademik yang melihat dunia ini dan pengalaman hidup manusia dalam perspektif yang paling objektif mungkin.

Dia ingin menterjemahkan makna pendidikan sebagaimana yang difahami oleh Will Durant iaitu ” …education is the continuing discovery of one’s own ignorance  – untuk dirinya dan insan lain yang sudi dan punya hati.

Weblog ini adalah salah satu daripada wahananya.

Moga titipan budi dan akli akan sampai ke khalayak pelajar di sudut yang paling dalam diri mereka.

Amin

“ALlah sumber ilmu”

Advertisements

23 comments on “Misi cikgubad

  1. Assalamualaikum..cikgu bad, boleh bagi email cikgu.. saya ada borang alumni yg saya kumpul dl ..ramai jglah yg hantar balik borang tu pada saya.. dl ada file ALUMNI UNITI dlm bilik HEP..xtau masih ada lg atau tak.. borang yg ada pada saya skrg dlm soft copy.. tq..

  2. salam cikgu!!!
    sempena 16mei ni, eca nk ucapkan slmt hr guru!! time ksh pnh mngajar eca n kwn2, wlaupun byk ragamnya..hehehe apa pun, slmt hr guru bt cg, n pnsyarah2 yg len.. smoga d’mrahkan rzki… amin.. ilal liqa’ :p

    • Salam Eca,

      Jazakillah khairan kathiran di atas ingatan dan doa ikhlas Eca buat cgu dan rakan2 pdidik lain di UNITI. Moga eca akan bergraduat dgn tahap mumtaz nanti dan mnjadi seorang pendidik yg mewah ilmu dan sarat budi. Jg biar membekas pengajarn Eca nanti kpd anak2 murid. Amin

  3. assalamualaikum..cikgu bad
    sy slah seorang pelajar uniti..sy ingin berhenti belajar di sana tetapi saya tiada mempunyai duit sekarang untuk membayar yuran bahkan sekarang saya tidak memberitahu kolej tentang perberhentian saya dari kolej..
    apa patut saya lakukan..

    • Salam Ain,

      Cikgu simpati dengan situasi yang membelenggu sdri sekarang. Namun, sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat elok sdri berjumpa dengan pihak kauselor atau berjumpa terus dengan cikgu.

      Jika Ain memilih untuk berjumpa cgu sila sms atau call di nombor cikgu yang tertera di pintu bilik cikgu atau bertanyakan mana-mama pelajar senior yang ada menyimpan nombor cikgu.

      Atau lebih mudah Ain boleh berikan nombor telefon Ain untuk cikgu hubungi.

      InsyaAllah kita akan fikirkan jalan keluar kepada masalah Ain dalam masa yang terdekat ini.

      Buat masa ini harap Ain bersabar dahulu.

  4. salam…
    disini sy ingin meluahkan isi hati yang kini menjadi agak genting…
    ada seseorang yg mengatakan pelajar dps ni mmg sosial apabila bergaul dgn laki dan perempuan….tapi kenapa sy yang dipersalahkan…dan sering diacukan kepada saya…seakan2 tidak boleh terima kedudukan dps disini…malah menganggap yang dps ni sering menjatuhkan maruah kolej yang berbentuk islam…saya juga pernah terkena…hal ini terjadi apabila saya sedang membaca nota keibubapaan yg bertajuk OTAK..kata2 yang sya terima amat pedih sekali sehinggakan saya terasa sehingga kini walaupun saya dah sindir die dpan org ramai…kata beliau ape yg saya belajar tiada faedah….mungkin die tak sedar sebenarnya apa yang saya belajar kini adalah ilmu dari Allah SWT

  5. Salam, Cikgiu Bad! Saya Ho, lama tidak berhubung. Saya menulis emel ke alamat emel cikgu Bad di Kolej Uniti petang tadi tetapi ditolak. Saya ingin membincang dengan Cikgu Bad tentang aktiviti akademik anjuran kolej kami. Kalau tidak keberatan, bolehkan Cikgu hantar cara hubung (tel. office @ h/p @ emel) ke emel saya? Terima Kasih.

    • Salam 1Msia sdr Ho,

      Apa khabar? Lama tidak mendengar khabar berita..Email uniti memang saya tak aktif pun. Maaf krn tlh menyulitkan Ho.. Saya akan berikan contact number ke email Ho nanti.

      Terima kasih juga kerana menyapa saya di sini.

  6. salam cikgu bad,
    sebelum ni saya pernah minta pendapat dari cikgu dalam membuat keputusan untuk menyambung pengajian di IPTA atau IPTS.
    kini,saya baru sahaja mendaftar di IPTA.
    Alhamdulillah,walaupun dalam bidang yang kurang di pandang oleh masyarakat tetapi saya sangat bersyukur.
    sebenarnya saya ingin minta pendapat dari cikgu lagi mengenai kewangan.
    saya langsung tidak ada pengalaman dalam menyambungkan pengajian di IPT,jd saya tidak tahu adakah IPTA juga memerlukan wang yang banyak seperti IPTS?

    • Salam Ayie,

      Pertama, tahniah kerana terpilih menjadi mahasiswa di menara gading dengan izin ALlah. Moga Ayie tidak mensia-siakan rezeki dan nikmat yang Allah berikan ini.

      Kedua, mengenai pembiayaan pengajian di IPTA masalahnya tidaklah jauh berbeza dengan di IPTS. Penajanya masih sama samada PTPN atau MARA atau penaja2 lain. Cuma kos pengajiannya mungkin lebih rendah sedikit berbanding di IPTS. Ini kerana pelajar IPTA mendapat semacam subsidi daripada kerajaan. Justeru, lebihan duit setelah ditolak kos pengajian dan penginapan mungkin lebih sedikit berbadning di IPTS.

      Apapun cikgu syorkan Ayie rujuk bahagian kewangan pelajar untuk mendapat angka yang tepat – jumlah penajaan yg diberikan, kos pengajian per semester, kos penginapan di asrama dll.

      Perbelanjaan semester akan bertambah kelak jika Ayie menginap di rumah sewa pada semester-semester akan datanag. Tidak semua pelajar senior berpeluang mendapat bilik di kamsis (kampung siswa) kerana tempat adalah terhad.

      Biasanya permohonan pelajar ma ada MARA atau PTPN akan diuruskan oleh bahagian kewangan pelajar melalui pejabat di fakulti masing2. Urusan ini pastinya dilakukan di awal semester.

      Jika Ayie masih tidak jelas atau buntu cepat2lah mendapat bimbingan dari Unit Kaunseling dan Bimbingan pelajar di universiti Ayie. InsyaALlah pegawai berkenaa akan menjelaskan bagaimana prosedur dan proses yang Ayie mesti ikuti untuk mendapat penajaan pengajian.

      Moga Ayie berjaya dalam mengejar cita-cita dalam hidup. Buktikannya melalui kejayaan dalam peperiksaan setiap semester nanti.

      Wassalam

  7. Assalamualaikum cikgu Bad

    Apa khabar? Semoga dilindungi Rahmat Allah di dunia & Akhirat.Mungkin cikgu tertanya-tanya siapa saya…Saya Sulizawati, ex student UNITI…Cikgu Bad pernah ajar Pengajian Malaysia pada saya.Tahun 2001-2004.Saya ambil kursus DPI.
    Di kesempatan ini saya ingin meminta Email ataupun NO tel Cikgu Anis.Saya baru terbaca mengenai kisah Anak Cikgu Anis.Semoga permintaan ini tidak menyusahkan cikgu.

    Terima Kasih

  8. Assalamualaikum…….

    masih ingat dgn saya cikgu???…. tak apelah kalau tak ingat, tapi saya sentaisa ingat cikgu, pertama kali saya jadi pelajar cikgu ketika tahun 1999 dalam kelas “pre-science” subjek Kimia,……. matapelajaran yang paling saya minati dan paling saya ‘score’ masa tu walau pun hakikatnya saya bukan dr Science background. 1 semester shj saya berkesempatan belajar di uniti dan sy ditawarkan ke ITM ketika itu msih belum UiTM. saya jadi serbasalah untuk buat pilihan, cikgu bad org pertama yg saya jumpa untuk bertanyakan pendapat dan pandangan. akhirnya saya memilih ke ITM. 5 semester saya di Uitm, Saya berhenti dr Uitm, mungkin bukan rezeki saya, allah punya rencana terhadap hambanya, itu lah yg terbaik saya kembali semula belajar di uniti, kembali menjadi pelajar cikgu bad…..
    tetapi dalam cabang subjek yg terlalu berbeza bg saya, apa pun sistem dan cara pembelajaran cikgu bad saya rasa sangat berkesan mungkin melalui pengalaman….. alhamdulillah saya kini sudah punya keluarga sendiri, terima kasih cikgu bad, saya doakan cikgu bad sentiasa dibawah lindungan payung rahmat allah, semngat perjuangan da keikhlasan seorang pendidik yang sukar dicari di tukar ganti…

    • ‘Alaikisalam Syazana,

      Ya cikgu masih ingat – rupa dan juga ‘perkembangan’ diri – Syazana. Selepas berhijrah ke ITM, cikgu juga pernah berjumpa Syazana di Stadium Melawati Shah Alam. Masa tu cikgu mengiringi Kumpulan Nasyid Uniti bertanding di Festival Nasyid Kebangsaan anjuran JAKIM dan ITM jika tidak silap.

      Kemudian Syazana kembali ke Uniti sebagai pelajar DKTM. Betulkan? Tapi kita jarang berjumpa dan berkomunikasi. Hanya sesekali saja – bertanya khabar dan syazana nak bagitau sebab kembali ke Uniti.

      Apapun, takdir Allah menentukan kejayaan Syazana ialah di Uniti juga. Kembara ilmu syazana sempurna di Uniti. Tahniah – ucapan yg tidak sempat cikgu ungkapkan buat Syazana.

      Tahniah juga kerana memiliki sebuah keluarga yg bahagia. Alhamdulillah cikgu tumpang gembira dgn kebahagian Syazana sekarang.

      Penghargaan dan pujian Syazana terlalu tinggi buat cikgu. Cikgu terharu…Tapi tidak layak rasanya buat cikgu yg sebenarnya sarat kelemahan diri. Apapun jika ada kebaikan yg singgah di fikiran dan hati ianya dari Allah jua. Moga dapat dimanfaatkan oleh Syazana dan dicambah ke khalayak yg lebih ramai. Jangan biarkan ia ternoktah dalam diri kita sahaja.

      Terima kasih kerana singgah di blog cikgu. Terima kasih kerana pernah menjadi pelajar cikgu. Moga keberkatan dan kejayaan Syazana abadi hingga ke akhirat. Amin

  9. salam….

    wah… hebat blog chekgu bad nie…
    minggu lepas sy ada ikut ceramah smart learning chekgu kat PDS resort & camp… under program aspirasi ekologi UPM… bdw.. banyak yg sy pelajari…
    walaupon sy join program tu untuk suke2 je [bukan sbb CGPA] and sukarela, but in da end sy dapat byk info dari ceramah chekgu bad… thanks…

    Moga berjumpa lagi…. =)
    w’sallam….

    • ‘Alaikisalam sdri buLan,

      Terima kasih kerana sudi menziarahi cikgu di blog yg tidak sepertinya ini.

      Oh rupa2nya bulan peserta sukarela. Maafkan cikgu jika ada nasihat dan teguran serta gurauan cikgu yang telah menyinggung perasaan bulan.

      Apapun jika ceramah tersebut masih ada manfaatnya untuk menganjakkan paradigma dan sikap bulan utk menjadi mahasiswa cemerlang kelak cikgu rasa amat bersyukur.

      Moga bulan dapat menterjemahkan prinsip2 ‘smart learning’ dan tips untuk mengaubah nasib akademik bulan ke tahap lebih baik dari sekarang. Amin

      InsyaAllah kita akan sentiasa bertemu kerana ‘kebaikan yang dihadirkan dalam hati’ akan sentiasa mudah untuk diziarahi.

      Wassalam

  10. Bad,
    Hari ini kita bertemu semua setelah 21 tahun dan terbukti apa yang dikatakan oleh Tajudin struktur pembelajaran mampu mencorak kehidupan manusia. Banyak gambar yang kau rakamkan pada hari ini…hahaha.
    Semoga misi kau akan berjaya melahirkan lebih ramai lagi insan-insan yang ‘cemerlang’.

    • Salam Pike,

      Alhamdulillah, reunion semalam sangat bermakna bagi setiap xMozac87 yang hadir. Tajud, Jog dan AJK penganjur lain telah berjaya menemukan semula kita selepas hampir 21 tahun berpisah. Mereka patut menerima pujian di atas usaha bersungguh-sungguh dan ikhlas mereka.

      Selepas ini kita kena sentiasa ‘keep in touch’ untuk meneruskan hubungan yang telah disambung kembali semalam. Banyak kebaikan yang boleh kita cambahkan bila kita bersama begini. Cadangan Acitpoy menubuhkan koperasi Mozac adalah salah satu daripadanya. InsyaALlah kita sokong!

      Tentang misi pendidikan melahirkan insan cemerlang, ia tugas ‘hakiki’ aku dan siapapun yang bernama guru atau pendidik. Tapi misi ini adalah tugas kita bersama juga. Kita berkongsi tanggungjawab ini. Secara tidak langsung insan hebat macam kau Pike dan ramai lagi sahabat kita – yang aku lihat sangat berjaya sebagai ahli perniagaan, akauntan dan lain-lain – akan meluaskan dan melebarkan lagi peluang kita menjana insan cemerlang. Amin

  11. Syukranlaka Jud,

    Pandangan balas dari seorang yang terkesan dengan pendidikan yg dilalui dan pengalaman yang ditempuh.

    Pemikiran begini wajar dikongsi dengan pelajar sekarang.

    Mungkin aku boleh jemput engkau Jud sebagai speaker utk program HEP – berkongsi pengalaman kejayaan dan – jika ada – kegagalan juga.

  12. Bro, Misi yang bagus.. Aku kagum dengan pendidik yang sudi mengabdikan diri kepada sumbangan berterusan tanpa jemu bertemu dengan pelajar yang baru setiap tahun….

    Kerna itu , reunion kita mampu memberi impak dengan variasi gelagat dan kerjaya setelah menempuh pelbagai usia pengalaman…

    Ia mampu menjadi panduan kepada pelajar bagaimana struktur pembelajaran mampu mengubah manusia kepada pelbagai format…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s