Gejala Kecanduan Internet

Lama saya tidak menulis. Macam-macam sebab boleh saya berikan. Selebihnya hanyalah dalih atau alasan sahaja. Malas tu adalah juga. Tapi itu bukan perkara pokoknya.

Di samping mengalami writer’s block (selalunya bukanlah lama sangat), saya juga tidak terdorong  untuk menulis. Faktor komitmen pada pekerjaan hakiki yang selalunya mengheret hingga ke waktu malam di rumah meletihkan otak saya. Sedangkan menulis bagi saya memerlukan idea yang segar dari minda yang segar. Malangnya saya tidak mempunyai kualiti itu.

Saya cemburu pada Ustaz Hasrizal – blogger tersohor yang menulis dalam SaifulIslam.com. Beliau begitu prolifik dan kuat iltizamnya dalam menulis. Kita tidak pernah ketinggalan membaca tulisannya di blog beliau saban minggu.

Continue reading

Advertisements

Kita Lahir Merdeka

Manusia dilahirkan merdeka. Dia cuma menjadi abdi kepada penciptanya , alkhalik iaitu Allah swt.

Namun, dalam perkembangan dirinya – dari kecil hingga dewasa – sebahagian manusia memilih dan melakukan sesuatu kerana dipengaruhi oleh orang lain. Dipengaruhi di sini bermaksud mereka membuat sesuatu kerana orang lain. Mereka tidak membuat keputusan sendiri tapi orang lain yang telah membuat keputusan untuk diri mereka.

Adakah ini tindakan yang betul?

Ada dua jawapan.

Continue reading

Berat Segelas Air dan Stress

Saya menyalin semula bahan berikut dari email sahabat lama saya, Dr Raihan Othman dari UIAM untuk renungan dan refleksi khalayak pembaca blog saya.

Satu analogi yang mudah kita fahami takrifan stress oleh Stephen Covey kepada pelajarnya.

Kaedah analogi atau tamsilan sebegini adalah teknik pengajaran-pembelajaran yang lebih efektif dan praktikal semasa kuliah untuk menyampaikan maksud atau mesej kepada pelajar oleh guru atau pensyarah.

Guru hari ini mesti lebih kreatif dan juga kritis dalam menyediakan bahan pengajarannya. Dalam konteks pembelajaran moden hari ini yang lebih menekankan Student-Centered Learning (SCL), pelajarlah yang aktif membina pengetahuannya.

Continue reading

What is a mistake then..

Saya mengutip petikan (quotation) berikut dari blog Jebat Must Die yang saya fikir telah memberi satu pengertian baru mengenai takrif kesilapan (mistake). Pelajar-pelajar saya belajarlah sesuatu dari petikan ini kerana kalian adalah golongan yang lebih cenderung untuk melakukan kesilapan.

“In life there are no mistakes, only lessons, but if we do not learn from the lessons then it is a mistake” – Anonymous

Wallahua’lam