Kerjaya

Sepintas Lalu

Kerjaya sebagai pendidik bermula di SMK Sri Patiambun Limbang Sarawak pada 1995. Setelah berkhidmat selama 1 tahun 8 bulan di bumi kenyalang itu,  cikgubad kemudiannya menyambung khidmatnya di Kolej Uniti PD hinggalah ke hari ini.

Menguasai dwidisiplin – asalnya dalam disiplin Sains Nuklear (Radiokimia) UKM 1990-94 dan Diploma Pendidikan (KImia/Sains) UKM 1995 tapi kemudian beralih ke bidang Pengajian Peradaban setelah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang tersebut di UM pada 2005. Kini mengajar kursus Kenegaraan Malaysia dan kursus pengajian umum lain.

Selain tugas hakiki sebagai pendidik, cikgubad juga pernah menjadi Eksekutif Runding Cara Pelajar (ala Kaunselor tapi tiada kelayakan ikhtisas) di Kolej Uniti. Kini beliau turut memegang jawatan pentadbiran sebagai Ketua Program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah Uniti.

Mutakhir

Cikgubad tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah. Kini diberi tanggungjawab mengetuai bahagian penyelidikan akademik Kolej UNITI.

Namun tugas hakiki sebagai pensyarah bidang (juga penyelaras kursus) masih kekal, dan akan terus kekal sampai bila-bila. InsyaALlah.

Terkini (mulai Jun 2011)

Cikgubad kini telah dipindahkan untuk mengetuai Bahagian Kaunseling, Alumni dan Jaringan Industri (KAJI) HEP dalam penstrukturan semula organisasi KU.

 

Terkini (mulai Februari 2012)

CikguBad dilantik pula menjadi Dekan Fakulti Bahasa dan Pengajian Umum hasil penstrukturan semula kali kedua dalam tempoh 6 bulan sejak pertengahan 2011.

Advertisements

55 comments on “Kerjaya

  1. Salam cikgu, apa khabar? saya Nijat, 2002 UNITI DKTM, from Xinjiang, China, suda lupah tak? you may have forgotten, it’s been ten years. I’m happy to see you here, still can recognise you from the photo. I still can speak very good bahasa Melayu, tapi ada banya spelling problem. God bless you, caring and kind teacher.

    • Wa’alaikumsalam Nijat,

      Alhamdulillah cikgu masih sihat di sini Nijat. Nijat apa khabar sekarang ? Bagaimana dengan kehidupan sekarang ? Barangkali sudah ada ijazah dan punya keluarga sendiri.

      Cikgu terharu mengetahui Nijat masih mengenang cikgu dan Kolej UNITI yang telah lama ditinggalkan. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap. Banyak pencapaian telah dibuat oleh kolej sekarang. Begitu jugalah Nijat dan kumpulan pelajar seangkatan dengan Nijat.

      InsyaALlah – kita akan berjumpa lagi. Semoga Allah memberkati kehidupan Nijat sekarang dan akan datang hingga ke jannah.

      Ameen

      Keep in touch Nijat.

  2. Assalamualaikum…wbtSesungguhnya ilmu yang saya telah timba di KU, memberikan satu sumber cahaya yang sekarang telah menerangi setiap langkah perjalanan hidup saya sehingga saya diberi peluang melanjutkan PhD di UK. Dan sesungguhnya cahaya itu bukan sekadar ilmu, bahkan lebih dari itu. Iaitu pesanan seorang pendidik terhadap pelajarnya yang sehingga sekarang menusuk ke jiwa saya dimana ketika saya ‘kalah’, inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus dan terus belajar dan ianya sentiasa terngiang…..”Bukan mudah menjadi manusia yang berguna kerana sesungguhnya manusia yang berguna itu bukan sekadar mempunyai ilmu tetapi tahu bagaimana memanfaatkan ilmu itu, dan bayangkan sekiranya manusia itu tidak berilmu!”Jatuh dan bangunnya saya untuk mencapai ke tahap yang ada, sentiasa memanjatkan doa kpada pensyarah2 KU semoga Allah merahmati mereka sekeluarga, dengan jasa yang tidak ternilai harganya, akan saya kenang sehingga saya memejamkan mata. Kepada semua pensyarah2 di KU, anda semua adalah inspirasiku..Bukan sekadar mencurah ilmu, bahkan menyalurkan kesedaran betapa pentingnya berilmu dan lebih penting lagi sebagai hamba pada yang SATU….Kepada Cikgu Bad, perjuangan ini tidak akan ada noktahnya, kerana adanya insan seperti anda yang seperti ‘bonding electron’ tega dalam apa jua kondisi setiap pelajarnya supaya pengakhirannya dapat membentuk molekul(pasukan) yang bisa menawan dunia!.
    +1

    • Terima kasih Alton Peters kerana penghargaan dan doa ke atas kami di KU..Cikgu tertanya-tanya siapakah sdr di sebalik nama ini.

      Apapun, semoga sdr berjaya dalam pengajian sekarang dan menjadi seorang yang lebih baik dari kami kelak.

      “Berilah sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya”. Peganglah pesanan ini. Itu tandanya kita akan berkorban utk agama, bangsa dan tanah air ini.

      Amin

  3. salam cikgu…first time bk n bc tntg blog ckgu ni, setiap yang dikongsikan penuh dengan pengisian bermakna..moge dgn setiap permulaan niat cikgu diredhaiNYA..insya,ALLAH.

    • Salam Muslimah,

      Moga apa yg lahir dari hati akan sampai ke hati juga, dgn suluhan hidayahNya. Dan yg baik – jika ada – dr titipan cgu dapat dikongsi dan dicambah lagi dengan khalayak yg lebih besar di luar sana. Amin

  4. Assalamualaikum wbt

    Apa khabar cikgu? Maaf kerana menganggu.

    Saya telah cuba emelkan sesuatu ke emel cikgu tapi tak dapat. Alamat emel tersebut saya ambil di alamat berikuthttp://www.uniti.edu.my/v2.0/akademik/

    Sekiranya cikgu ada kelapangan, boleh tak cikgu emelkan saya alamat cikgu yang boleh diakses. Moga tak menyusahkan.

    Sekian, terima kasih. Wslm

  5. Salam cikgu,

    Tumpang bertanya, sekarang ada kekosongan jawatan pensyarah tak di Uniti?

    CV telah saya hantarkan ke email cikgu.

    Harap cikgu dapat membantu.

    Terima kasih,
    Anuar.

  6. salam…dah lama x ziarah blog cikgu,,, semakin best nampaknya tulisan2 cikgu… teruskan berkarya, cikgu.. 🙂

  7. Assalamualaikum..
    Terlebih dahulu, saya nak ucapkan tahniah kepada cikgu kerana berjaya membuat/mengendalikan blog ini… saya sebenarnya bukanlah dari ex-student cikgu, tetapi secara tidak sengaja terjumpa blog cikgu ni. saya cukup suka membaca hasil nukilan cikgu, terutama sekali yang berkaitan dengan pelajar… mungkin kerana saya telahpun menjadi salah seorang dari warga pendidik, itu yang membuatkan saya tertarik membacanya… diharap cikgu dapat teruskan menulis, agar dapat menjadi panduan/pedoman kepada saya mahupun sesiapa sahaja yang membaca blog ini….

    • Wa’alaikum salam cikgu Saiful,

      Terima kasih kerana sudi menyinggah dan meninggalkan komen yg membina buat saya.

      Namun nukilan itu hanyalah pengalaman peribadi. Justeru, masih ada yang kekurangannya. Lagipun ia adalah suatu yg subjektif. Walaubagaimanapun saya selalu berharap pengalaman dan pemikiran saya yang tidak seberapa ini masih boleh dimanfaatkan oleh khalayak yang lebih luas, terutamanya rakan pendidik di luar sana.

      Saya juga mengalu-alukan sebarang pendapat biarpun tidak selari dan berbeza dengan saya. Pada saya kebaikan itu dicapai hasil persetujuan dan juga perbezaan antara kita.

      Terima kasih sekali lagi cikgu Saiful kerana sudi memberi dorongan kepada blog ini.

      Wassalam

  8. Assalamualaikum wbt…

    Cikgu Bad..Entah kenapa dlm kesibukkan kerja harini..jari saya tak semena-mena meng’google’ website kolej uniti….mungkin cikgu masih ingat pada saya..syikin pra-sains 2000, dsk 2000 – 2004 dan berkhidmat sebentar sbg pegawai system maklumat di uniti juga..
    Nampaknye sy begitu rindukan suasana belajar dlu..sehinggakan sy merase kehidupan di uniti selama 4 tahun..byk yg sy bazirkan..lepaskan..byk perkara yang sepatutnye sy manfaatkn..tidak sy laksanakan seikhlas-ikhlasnyer..mungkin itu yg tertulis buat sy…sy redha..
    Cikgu Bad..da lame sy tak bekunjung ke uniti…rupanye masih ramai cikgu2 masih setia berkhidmat utk kolej ni…Jgn lupa kirimkan ‘assalamualaikum’ sy pade cikgu md zin,cikgu zakri, cikgu ujang, cikgu nani, cikgu habsah da semualah…hihi..akhir kata..semoga cikgu dan keluarga sentiase dlm lindungan-Nya.
    Teringat cikgu punye kata2 hikmah ‘ mengajar pda yg sudi,mendidik pd yg punye hati’…
    Assalamualaikum..
    Warmest regards,
    Nurul Asyikin Ismail

    • ‘Alaikisalam Syikin,

      Terima kasih kerana sudi ziarah dan menyapa cikgu. Alhamdulillah di atas keinsafan Syikin biar pun ia dtg lewat selepas tamat belajar di Uniti. Dah menjadi kelaziman kita akan terasa, hiba dan sedih bila apa yg kita miliki kini telah hilang. Benar ia adalah takdirNya. Justeru, kita redha. Namun, takdir menyiratkan ibroh (pengajaran) untuk dijadikan pengajaran. Juga ada hikmah yang ALlah janjikan utk Syikin yang mahu berfikir.

      Jika ada kelapangan ziarahlah kami di sini. Terima kasih kerana mendoakan cikgu. Moga Syikin berjaya dlm kerjaya dan kehidupan berkeluarga. Amin

      Ma’assalamah Syikin.

  9. assalamualaikum..
    hope ckg bad sihat..
    em…cikgu, ap peluang kerjaya yang boleh kami dapat selepas tamat pengajian dps ini???
    keliru ku keliru…
    huhu..

    • ‘Alaikisalam Putry Yana,

      Terima kasih Putry krn mendoakan cikgu. Moga Putry berada dlm perlindunganNya selalu.

      Soalan Putry adalah soalan kerjaya masa depan. Logiknya, sebagaimana nama program ini Diploma Pendidikan Pra-sekolah sudah tentulah kerjaya Putry kelak adalah sebagai guru pra-sekolah. Seharusnya Putry telah ketahui sedari awal bahawa bidang DPS adalah utk melahirkan bakal guru dan bukan profesyen lain.

      Tidak seharusnya Putry jadi keliru. Mungkin agaknya Putry tidak mendapat gambaran betul atau sepenuhnya apabila ingin membuat keputusan utk belajar dalam bidang ini.

      Apapun belum terlambat utk Putry membenihkan lalu menyuburkan minat dalam bidang yang mulai popular di negara kita sekarang.

      Untuk mendapat gambaran lebih lanjut tentang kerjaya bagi lepasan DPS sila rujuk soal jawab saya dengan pelajar DPS Uniti dan Unisel dalam blog Uniti di dalam laman DPS.

      Moga Putry diberikan taufiq dan hidayahNya. Amin

  10. salam..arap ckgu bad sihat,lama da sy x dgar cter dari org sner(uniti)pe pun sy bsyukur coz sntiasa d beri peluang,thanks Allah..thanks gak kat ckgu bad coz mencurahkn ilmu pd yang dahagakn ilmu mcm sy hehehe…rindu tol kat zaman mse blaja dulu la..now,alhamdulillah sy smbung stdy kt UKMalaysia walaupn scra part tem,betul la cikgu,ilmu ni tiada sempadannya…

    • ‘Alaikasalam yusof,

      Terima kasih kerana sudi menjengah cikgu di sini. Cuma maaf kerana tidak dapat cam yusof yg mana satu. Yusof DPIkah? Apapun cikgu nak ucapkan tahniah kerana tidak surut semangat untuk menimba ilmu ke tahap yg lebih tinggi di UKM.

      Moga kejayaan akan memihak kepada Yusof biznillah.

      Selamat berpuasa Yusof.

  11. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia mohon kepadaKu…. ”
    -Surah Al-Baqarah ayat 186-

    Assalamualaikum…wbt
    Sesungguhnya ilmu yang saya telah timba di KU, memberikan satu sumber cahaya yang sekarang telah menerangi setiap langkah perjalanan hidup saya sehingga saya diberi peluang melanjutkan PhD di UK. Dan sesungguhnya cahaya itu bukan sekadar ilmu, bahkan lebih dari itu. Iaitu pesanan seorang pendidik terhadap pelajarnya yang sehingga sekarang menusuk ke jiwa saya dimana ketika saya ‘kalah’, inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus dan terus belajar dan ianya sentiasa terngiang…..”Bukan mudah menjadi manusia yang berguna kerana sesungguhnya manusia yang berguna itu bukan sekadar mempunyai ilmu tetapi tahu bagaimana memanfaatkan ilmu itu, dan bayangkan sekiranya manusia itu tidak berilmu!”
    Jatuh dan bangunnya saya untuk mencapai ke tahap yang ada, sentiasa memanjatkan doa kpada pensyarah2 KU semoga Allah merahmati mereka sekeluarga, dengan jasa yang tidak ternilai harganya, akan saya kenang sehingga saya memejamkan mata.
    Kepada semua pensyarah2 di KU, anda semua adalah inspirasiku..Bukan sekadar mencurah ilmu, bahkan menyalurkan kesedaran betapa pentingnya berilmu dan lebih penting lagi sebagai hamba pada yang SATU….
    Kepada Cikgu Bad, perjuangan ini tidak akan ada noktahnya, kerana adanya insan seperti anda yang seperti ‘bonding electron’ tega dalam apa jua kondisi setiap pelajarnya supaya pengakhirannya dapat membentuk molekul(pasukan) yang bisa menawan dunia!.

    Norhairin Mohd Saad
    Pra-Sains UNITI 1998/99

  12. Assalam cikgu… Terima kasih cikgu… Atas berkat doa cikgu yg mendoakan anak didiknya, sy skrg jd pendidik mcm cikgu juga.. Alhamdulillah, walau cuma guru sementara.

    Bila berhadapan dgn pelajar, sy akan ingat balik mcm mana cikgu & guru2 sy mengajar sy semasa di alam kuliah. Baru terasa bukan senang nak buat anak murid faham & bukan senang nak tackle perhatian anak murid… Apa2 pun, betul kata cikgu.. mengajar pada yg sudi, mendidik pd yg punya hati..

    Soalnya, kelas2 yg sy ajar kebanyakan pelajarnya hyper aktif belaka… Nasib baik baki sabar sy masih tersisa..

    Pun begitu, ada juga pelajar yg masih ada hati nurani.. hati yg x mati, hati yg x kering.. Merekalah yg buat sy masih bersemangat nak teruskan perjuangan sy, walau sekadar menjadi guru sementara untuk subjek PSV & ICT..

    • ‘Alaikisalam Amalina,

      Realiti adalah pengalaman. Ia jadi kaedah atau kayu ukur paling baik sebagai pengukuh teori, idea dan falsafah yang kita pelajari dalam bilik kuliah. Mungkin juga ia jadi suatu yg bertentangan.

      Tahniah kerana Amalina diberi peluang untuk menjadi warga pendidikan wlpn hanya sementara. Kutiplah sebanyak mungkin pengalaman dalam kerjaya sekarang. Utk mengharungi semua ujian sekarang, ekstrakan sabar, tabah, tekun, masa dll. Pada masa sama teruskan usaha utk kayakan ilmu dan saratkan budi. Jika kita tidak dipedulikan, ia suatu yg memang dijangkakan. Jika tidak ramai yg sudi, ramai lagi yg tidak pnya hati. Apapun masih ada yg terkesan dengan budi guru Amalina.

      Takdir Allah sekarang pasti ada hikmah walaupun anti tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA semester ini. Barangkali Allah sedang mempersiapkan anti utk suatu takdir yang lebih baik pada masa hadapan.

      Selamat maju jaya Amalina.

      Wassalam

  13. Salam Cikgu Bad,

    Cikgu masih ingat saya lagi tak?..
    Group saya consider yg paling glamour sekali masa Pre-Science and DKTM zaman 1998-2002.
    Bila ingat Cikgu Bad teringat Kimia… walaupun Kimia bukan bidang saya sekarang… tp.. saya masih ingat laa sikit2 formula Jadual Berkala…

    Kehidupan saya.. alhamdulillah… lepas degree, saya terus kerja kat company sekarang… alhamdulillah.. company nih masih memerlukan khidmat saya sehingga memberi saya kenaikan.. Saya tgh buat project bank di Thailand.. Insya Allah saya kena pergi Thailand dlm 2..3 bulan lagi.. dan menetap di sana sampai Project Live…

    Apa2 info yg Cikgu nak tau.. boleh laa email saya yer…

    wassalam

    • Salam Aida,

      Lama betul tak dengar khabar lepas walimah bertahun lalu. Samalah dengan si Fouziah. Mazrah adalah juga jumpa. Si Azie selalulah jumpa di Uniti ni. Nak bersalin pun tak lama lagi.

      Apa khabar orang Istana?

      Ni tup-tup nak pi Thailand pula. Career woman betullah Aida ni.

      Apapun cikgu ucapkan tahniah sebab dapat kerjaya yang bagus. Gaji pun mesti dah lebih tinggi daripada cikgu. Bilalah dapat rasa duit Aida ni.

      Cikgu ucapkan selamat maju jaya. Jaga diri baik-baik di tempat orang. Jauh tu.

      Wassalam

  14. asalalkum..cikgu saya nk tanya no telefon cikgu dan bila saya akan dapat surat perlantikkan rasmi sebagai pensyarah pengajian malaysia kolej unuti .tq cikgu

  15. salam cikgu bad……..
    nama saya aqilah….saya student form 3 kat smk seri patiambun sekarang niey….cikgu mengajar subjek apa semasa mengajar kat sekolah niey dulu?

    • ‘Alaikisalam Aqilah,

      Cikgu mengajar SMK Sri Patiambun sekitar Jun 95 hingga April 97. Aqilah ni masa tu kecil lagi lagi kot atau belum lahir lagi.:)

      Jika tak silap ingatan masa tu cgu ngajar subjek Sains Paduan Tingkatan 4 dan 5 dan Pendidikan Moral Tingkatan 1. Masa tu Pengetua pertama cikgu Johari dan kemudian digantikan cikgu Awang.

      Bagaimana keadaan sekolah sekarang aqilah ? Siapa pengetuanya ?

      Terima kasih aqilah kerana sudi singgah di blog cikgu. Belajar rajin2 tau biar nanti masuk U. Amin

  16. salam cikgu bad….
    saya niey budak smk seri patiambun….saya baru form 3 tahun niey….cikgu mengajar subjek apa dulu kat sekolah niey?

  17. assalamualaikum cikgu bad

    pertama bile buka laman web org pertama saya ingat adalah cikgu bad,kerana pesanan n tunjuk ajar hingga kini saya menjadi seorang yg berguna dan menjadi pegawai salah sebuah jabatan kerajaan di putrajaya

    saya bekas EX-pra sains 1999-2000 cikgu bad mengajar kimia masa tue.walaupun setahun di uniti tapi hingga kini uniti masih lagi dlm hati saya.

    tq cikgu bad, insya-allah niat di hati suatu hari nanti saya akan dtg ke uniti n org pertama saya mahu jumpa adalah cikgu

    terima kasih segalanya

    • ‘Alaikumsalam fazli,

      Terima kasih kerana sudi singgah dan berkongsi kisah kejayaan yang bermula di uniti 1999 dulu. Walaupun cikgu ingat-ingat lupa siapa sdr sebenarnya tapi cikgu dan pastinya juga cikgu Ujang, cikgu Md Zin dan lain-lain tumpang gembira dan bersyukur kerana fazli telah berjaya menjadi ‘orang’ sekarang.

      Apapun kejayaan fazli adalah hasil pilihan sdri. Adapun cikgu, kolej dan persekitaran adalah faktor2 luaran yang bersifat menyokong kepada usaha fazli selama ini. Ia bukan faktor utama. Bagi cikgu dan rakan2 mendidik fazli dan semua pelajar lain telah menjadi tanggungjawab. Ia wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

      Tahniah kerana ‘memilih’ takdir yang baik dalam hidup ini. Cikgu doakan fazli terus mencambahkan kejayaan yang dicapai sekarang dan kongsilah dengan org2 tersayang agar kesannya lebih meluas dan membekas.

      InsyaAllah kejayaan memihak kepada mereka yang berusaha bersungguh2. Dan kejayaan itu akan diberkati apabila kita mencapainya dengan penuh rasa tanggungjawab, ikhlas dan jujur. Moga fazli adalah seorang daripada mereka yang dikurniakan kejayaan yang berkekalan , kejayaan penuh barakah. Amin

      Terima kasih fazli di atas ingatan tulus dan ikhlas kepada cikgu. InsyaAllah kita akan bersua juga satu hari nanti.

      Wassalam

  18. Apa khabar. Saya HO. Tak sengaja lawati ke blog ni, nampak gambar cikgu Bad rupanya rakan sekelas P.Peradaban.Tiba-tiba mengenang masa sbg pelajar….kalau senang boleh hubungi saya dgn email.
    Nice to see u here!

    • Saya sihat. Masih ingat lagi sdr Ho pada saya. Terima kasih.:)

      Kita akan berhubung dengan lebih kerap lagi selepas ini setelah bertahun berpisah. Saya juga terputus hubungan dengan semua kawan lain. Ho bila grad – jk saya boleh bertanya?

      Jika ada komen saya sangat alu-alukan. Nice to hear from u Ho. Keep in touch.

  19. salam kembali cikgu… sebaiknya selepas ni menggunakan email je la kot 🙂
    saya mengajar di sekolah menengah kerajaan… ijazah pengurusan ( BA Management Studies )..tapi setelah mengambil Diploma pendidikan, saya mengajar sepenuh masa Matematik.
    …guru cemerlang..?? haha..cam tak terpikir lak kearah itu kan.. yg penting…bagi diri saya..menjalankan amanah yg telah dipertanggungjawabkan… insyaallah 🙂

    ye la… saya lebih berminat bagaimana cara terkini untuk motivate penuntut MINAT belajar subjek matematik… kerana terlalu hebat sangat faktor2 yang sedikit sebanyak menghambat minat penuntut masa kini kan…walaupun teknologi teramat canggih sekarang ini 🙂

    *sharinah* kat email je ye cikgu…trima kasih

    • ‘Alaikisalam cikgu sharinah,

      Untuk kali ini saya hanya respons kepada komen atau soalan atau sapaan cikgu yang dibuat di blog saya. Baiklah saya balas dan berkomunikasi via email je lepas ni.

      Wassalam

  20. salam cikgu ,
    pendidikan dibrunei sekarang menuju wawasan baru..menggunakan SPN21 … Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21
    baru saja diperkenalkan pada tahun ini sebagai percobaan sebelum lebih dimantapkan lagi di taun2 mendatang.. insyaallah… MIB masih kekal ASAS pendidikan negara 🙂

    penuh makner pantun cikgu tu… hehehe… 🙂

    saya mengajar subjek matematik… kat sana ada khusus program tertentu ke cikgu untuk mengajar subjek mcm ni??

    sharinah

    • ‘Alaiki salam cikgu sarinah,

      SPN21 pastinya telah dirumus dengan teliti oleh Kementerian Pelajaran Brunei bagi melahirkan pelajar yang kompeten dan ‘at par’ dengan pelajar antarabangsa. Dalam suasana yang dipengaruhi oleh proses pensejagatan tajaan Barat, Brunei harus membentengi dirinya dari ditakluki oleh pemikiran Barat yang liberal, anti-tradisi dan sekular.

      Saya berharap SPN21 memberikan emfasis yang secukupnya kepada pembangunan dalaman (emosi dan rohani – di Malaysia ini adalah dua elemen penting dalam pembangunan insan selain jasmani dan intelek). Ini pastinya seiring dan dihaluankan oleh konsep MIB.

      Merujuk kepada soalan cikgu, di uniti subjek Matematik diajar merentasi program. Semua program di uniti ada subjek Matematik kecuali Diploma Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan Pra-Sekolah. Buat masa ni tanggungjawab mengajar subjek ini dipikul oleh 3 orang tenaga pengajar.

      Cikgu sarinah mengajar di sekolah kerajaan atau IPT? Kira graduan sainslah ni ya. Oklah cikgu, semoga satu hari nanti menjadi guru cemerlang Matematik. Amin

    • Terima kasih kembali krn sudi menerima dan berkongsi pandangan. InsyaAllah pencambahan dan pengkayaan minda akan berlaku.

      Mungkin cikgu ada cerita menarik ttg pendidikan di Brunei. Setau saya juga Brunei sangat bangga dgn konsep MIBnya.

      Cikgu Sharinah saya tinggalkan pantun ini sebagai tanda persahabatan dari guru Malaysia

      Asam gelugor dibuat gulai
      buat santapan tamu jemputan
      Salam dihulur ukhwah dimeterai
      keikhlasan dan budi bahasa menjadi taruhan

      Wassalam

    • Salam cikgu Sharinah,

      Barangkali utk memudahkan komunikasi cikgu dgn saya, email add saya : cikgubad@yahoo.com

      Saya berharap ‘posting’ saya ada yang membantu cikgu dalam Pnp di sekolah cikgu atau sekurang-kurangnya dapat memperkaya dan menokok tambah pengetahuan dan pengertian pendidikan dari kaca mata yang jernih dan holistik.

      Saya harap juga cikgu dapat berkongsi idea dan bertukar pandangan mengenai isu kependidikan yang dewasa ini begitu meruncing.

      Wassalam

  21. salam cikgu ,
    saya cikgu sharinah dari brunei . Masa ngah search ttg motivasi kerja… termasuk lak tanpa sengaja kat blog cikgu ni. Salam perkenalan. Mudahan boleh berkongsi sama perihal pendidikan ye cikgu

    *sharinah*

    • Salam cikgu sharinah,

      Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Moga kita dapat berkongsi pandangan mengenai pendidikan antara dua buah negara serumpun. Juga kita dapat mencambahkan lagi kebaikan yang kita ada untuk manfaat bersama. Amin

      Cikgu Sharinah , salam perkenalan.

  22. aslkum ckgu,ckgu knl sy lagi x? ala,yang kawan wafi ngan fais tu. saya sekarang sambung belajar di uniten ambek kos system and networking(ijazah)

    • Salam syafeuq,

      Rasanya mcm kenal lagi. Apapun tahniah krn dapat sambung belajar ke peringkat ijazah di uniten. Moga sdr berjaya mengejar cita-cita sdr.

      Selamat Menyambut ‘Eidil Adha.

  23. Salam sdr Adib,

    Teknologi ICT menemukan kita kembali. Walaupun saya ingat-ingat lupa akan identiti sdr, namun saya bersyukur sdr masih mengikuti perkembangan uniti. Masih ‘basah’ juga ingatan sdr kpd saya.

    Adib, mengikut mazhab humanisme (dalam teori pendidikan) pencapaian seseorang – kejayaan atau kegagalannya – sangat bergantung kepada dirinya sendiri. Justeru, faktor utama perubahan diri seseorang pelajar bukan terletak di mana ia belajar dan dengan siapa ia belajar. Ia adalah kerana atitud – yang terbina oleh matlamat hidup, cita-cita, pegangan, kepercayaan, anutan, dan idealoginya. Juga pengalaman silam yang boleh menjadi guru untuk meberi arah tuju dalam hidup.

    Membaca ‘pengakuan’ ringkas sdr membuat saya berasa lapang sekali gus bersyukur kerana sdr seorang yang boleh berfikir sendiri – secara merdeka. Kerana itulah sebenar tujuan pendidikan di universiti!

    Syabas dan saya doakan moga sdr berjaya dalam kehidupan di alam pekerjaan kelak. Amin

    Wassalam

  24. Salam..
    Cikgu bad..apa khabar.Saya dulu ex-student thn lps.Knl kot.Saya selalu ikuti ttg current issue di lmn web kolej uniti.Rindula ktkan especially cikgu bad.minat saya trhdp pgjrn cikgu tk prnh luntur.Sbb ia adlh bidg saya.Dan cara ckgu ajar pun tak ngntuk sbb cikgu ajar cara “berfikir”.Now,saya smbg study di UM.Dan akan bkrja dgn krjaan bln dpn diptrajaya.Wlpn saya tk dpt hbskan study saya diuniti,saya yakin rezki ada d mana2 cma masa dan ikhtiar saja yg tntukan.Saya doakan kesejahteraan cikgu sekeluarga dan cikgu di uniti.Doakan kejayaan saya yer..Mohon jutaan kemaafan dri saya pada cikgu.Syabas dan terima kasih atas pengorbanan cikgu selama ini.

    wasalam…

  25. Salam Amanina,

    Cikgu telah memilih kerjaya ini. Maka, cikgu mesti menyampaikan ilmu dalam bidang yang cikgu minati ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Ia mesti dilakukan dengan cara yang seefektif dan seefisyen mungkin agar ia sampai kepada kumpulan sasar iaitu pelajar.

    Jadi jika benar cikgu telah berkongsi ilmu dan makna kehidupan dengan Amanina dan kawan-kawan, maka cambahkan lagi kebaikan-kebaikan ini kepada insan lain. Moga kita sama-sama buat dan dapat pahala di atas ‘amal yang ikhlas ini.

    Kepada yang tidak ‘senang’ dengan kuliah dan cara cikgu mengajar, cikgu mohon maaf kerana kelemahan yang ada tidak mampu mengubah sikap anda untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

    Sekali lagi terima kasih Amanina kerana ‘ziarah’ cikgu di blog ini.

  26. Salam cikgu..

    Ckgu pnh mngajr kat swk ye,limbg ?kan bgs kalau ckgu mgjar kat miri tmpt sy..msti rmai org kita bjya.he..apepun,alhamdulillah..sy bpluang menuntut ilmu ngn pnsyrh spt ckgu di UNITI.Ckgu,trma kasih sbb sudi bkgsi ilmu n mndidik sy srta mbri smgt mtvsi pd sy n kwn2 yg lain.Sy sk cra ckgu mgjar,plajr rmai tak mgntuk,tmsuk sy,Kalau mgtuk pun tak smpt nk “tlelp”…he…smga ckgu trus maju dlm hidup n mga hdup ckgu sntiasa dbrkati ALLAH…

  27. Syukranlaki Akmar,

    Moga ALlah mempermudahkan jalan sdri ke arah kejayaan walaupun jalan yang sedang dilalui penuh liku.

    Pengalaman mungkin telah mengajar saudari untuk ‘pecahkan ruyung untuk dapatkan sagunya’.

    Selamat berjaya dalam peperiksaan esok. Amin

  28. guru ibarat nian yang sanggup membakar diri untuk menerangi kegelapan murid nya.. itu lah yang cikgu bad dah lakukan untuk murid2 nya..termasuk lah saya…terima kasih cikgu …

  29. Salam Ika,

    Ada persamaan antara kita; iaitu pernah merantau.:) Rasanya – walaupun belum puas – cikgu takkan pergi merantau lagi. Sekarang dah dekat dengan keluarga. Pulak tu ada rumah sendiri di Melaka. Isteri cikgu orang Melaka juga..sekampung.:)

  30. Salam cikgu…jauhnya tmpt cikgu mngajar..
    sy dulu kat Sabah. Labuan
    X teringin nak kembali kesana menruskan khidmat?
    eh..wife cikgu org sana ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s