Antara Takut dan Berani

Menjadi berani bermakna kita berusaha untuk menakluki rasa takut.

Rasa takut ini wujud dalam banyak situasi. Selain takutkan dosa dan takutkan Tuhan, semua perasaan takut ini mempunyai kesan negatif dalam hidup.

Senarai rasa takut ini panjang kerana takut itu macam-macam jenisnya.

Boleh jadi kita takut untuk bercakap di depan khalayak orang ramai, takut untuk membuat keputusan, takut bertukar kerja, takut untuk berhijrah, takut ditinggalkan, takut bersuara, takut berkawan, takut dengan orang sekeliling yang mengata, takut untuk menegur, takut orang berkecil hati, takut mencuba satu yang baru, takut kepada ketinggian, takut kepada hantu dan berbagai-bagai lagi jenis takut.

Continue reading

Tips Mengurus Masa Yang Berkesan

Beberapa hari yang lepas seorang bekas pelajar saya yang kini menuntut di sebuah IPTA mengadukan masalahnya – masa yang tidak terurus.

Mungkinkah kerana semester ini dia ekstra-sibuk kerana banyak tugasan dan aktiviti kampus yang perlu diikuti, saya kurang pasti. Namun, dari emailnya dia kelihatan begitu stress dan memang berhajat kepada nasihat dan tips untuk mengatasi masalah yang genting ini.

Genting kerana masalah ini menyebabkan PNGKnya merosot pada semester lepas dan dia sudah mula kehilangan motivasi dan kini buntu.

Saya bersimpati dengan beliau lebih-lebih lagi pada masa sama beliau dihimpit kiri kanan atas bawah dengan masalah lain termasuk hubungan inter-personal dengan kawan-kawan kumpulan tugasannya.

Tidak banyak saya menjawap tentang bagaimana mengurus masa kerana saya juga pernah ‘terperangkap dek masa’ hingga menyukarkan saya menangani cabaran di kampus. Kerja last minute dan suka bertangguh menjadi ciri utama kegagalan mengurus masa saya dahulu.

Jadi lebih mudah saya ‘membekalkan’ tips pengurusan masa dari kuliah Kemahiran Profesional yang pernah saya sampaikan kepada pelajar DSK dan DCN beberapa tahun silam kepada beliau.

Tips ini saya kutip dari buku Dr Danial Zainal Abidin bertajuk ‘Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran’. Asal usul tips ini bersumberkan dari pakar pengurusan Peter F. Drucker yang menulis sebuah karya bertajuk ‘ How to Get Control of Your Time and Life’ dan Anne McGee-Cooper bertajuk ‘ Time Management for Unmanageable People’. Di sana sini saya tambah idea saya atau petikan lain untuk menjadikan tips ini lebih terarah.

Mungkinkah tips ini berguna buat anda juga?

Tawakal Siti Hajar

Dalam perbincangan Warna Pagi di radio IKIM pagi tadi mengenai pengertian Qurban, Habib Ali , tetamu rancangan popular ini telah merumuskan makna tawakal berdasarkan peristiwa cemas Siti Hajar di bumi Mekah yang ketika itu mencari bantuan untuk anaknya Nabi Ismail a.s.

Siti Hajar menampilkan erti kesungguhan seorang ibu tanpa berputus asa berulang alik sebanyak 7 kali antara Safar dan Marwah mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s. Perbuatan Siti Hajar ini menjadi amalan ibadah yang dinamakan sa’ie semasa umrah dan haji.

Dan akhirnya air zam-zam terbit dari tempat di mana kaki nabi Ismail mengetuk-ngetuk tanahnya. Tempat itu bukannya di Safar atau Marwah tetapi di tempat lain.

Ada makna tawakal untuk kita pelajari di sini.

Siti Hajar tidak bersandarkan terus kepada sebab-sebab iaitu ikhtiarnya berulang alik dari Safar dan Marwah untuk mendapatkan air. Sebaliknya bergantung kepada kuasa Allah.

Beliau melepaskan ketergantungan kepada sebab-sebab yang telah diusahakan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki walaupun sebab-sebab itu wajib diadakan atau dilakukan terlebih dahulu.

Keyakinannya hanya satu iaitu kepada Allah s.w.t.

Hasilnya air itu diperolehi juga tetapi di tempat lain dan berpunca dari anaknya nabi Ismail a.s.

Allah memilih untuk memberi air dari sebab atau punca lain, bukan dari punca atau sebab yang dilakukan Siti Hajar.

Maknanya berhasil atau tidak ikhtiar itu bukan kerana sebab-sebab itu tetapi hanya kerana Allah s.w.t. semata-mata. Allah boleh datangkan rezeki atau penyelesaian masalah kita dari punca atau sumber yang tidak kita sangka-sangka atau fikirkan.

Apatah lagi jika kita seorang yang ikhlas dan bertaqwa. Lagi terbukalah pintu rezeki dan penyelesaian masalah kita – sebagaimana yang ditunjukkan Siti Hajar yang bersa’ie tadi.

Bukankah Allah sahaja yang berkuasa ke atas segala sesuatu.

Begitulah makna tawakal jika tidak silap pemahaman saya.

Wallahua’lam

24 Januari

Saya tersenyum lebar ketika isteri saya menunjukkan key chain ini.

Lima sifat yang tercatat pada key chain tersebut ialah sifat yang kelihatannya ada pada diri saya – yang lahir tanggal 24 Januari. Macam bagus jer saya nikan ! Hahaha…

Sebagai pensyarah sifat-sifat di atas membantu dalam meningkatkan produktiviti dan mutu kerjaya saya. Alhamdulillah.

Continue reading

The Power of Words

Saya petik kata-kata Robert Fulghum untuk muhasabah kita semua, khususnya para ibu bapa dan pendidik yang selalu berpesan dan menegur dengan lisan kepada anak-anak mereka :

Cikgu Yati melayan mesra murid Tadika KEMAS semasa Karnival Sure Kids satu masa dahulu. Kini beliau telah pun berkhidmat di sekolah kerajaan. Selamat mengajar Cikgu Yati..:)

Kata-kata ini saya kutip dari buku yang bertajuk Positive Words, Powerful Results tulisan Hal Urban dari halaman 30.

Buku setebal 205 halaman ini sarat dengan pemerhatian dan tips penulis mengenai kuasa lisan (perkataan, atau words) yang boleh terungkap atau diungkap semasa perbualan, sesi kuliah, ceramah, dialog filem dan sebagainya.

Biarpun berharga RM49.90 dengan kertas kuning (edisi paperback) – saya beli di MPH tahun lepas – isinya sangat berbaloi.

Benarlah kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ia bukan pusaka Melayu untuk orang Melayu sahaja. Ia adalah pengalaman dan pemerhatian yang bernilai sejagat (universal) kerana saya rasa ia benar dalam semua peradaban manusia.

Pasti Hal Urban juga bersetuju dengan pepatah ini.

Kerja versus Kerjaya

“Bekerja dan bekerjaya adalah dua perkara yang berbeza.” Getus seorang penceramah motivasi dalam satu bengkel yang saya hadiri satu masa dulu.

Eh! Bukankah sama maknanya tu? Kan kedua-duanya mengerah keringat, memerah otak dan akhirnya menyelesaikan segala tanggungjawab yang dipundakkan di atas bahu mereka.

Berpinau sekejap memikirkan isu ini. Namun setelah mendengar lanjut sambungan ceramah tadi, saya mula faham akan perbezaan di antara keduanya.

Continue reading

Khabar dari Laut Yang Jauh

Malam tadi membawa khabar sedih.

Malapetaka ke atas kemanusiaan di lautan tidak jauh dari bumi Gaza telah menjadi khabar buruk untuk didengar, ditatap dan ditonton oleh warga dunia ini. Sepantas kilat khabar sedih ini diyoutube, ditweet dan difacebookkan ke seluruh dunia. Khabar ini secara spontan tanpa dipaksa dan dipengaruhi oleh kita telah mengusik dan meruntun emosi semua warga dunia.

Kepada yang masih tidak tahu atau tidak peka dengan apa yang telah dan sedang berlaku googlelah perkataan Gaza. Ia sudah cukup untuk mendapat senarai berita agensi asing dan tempatan kita tentang khabar sedih ini. Atau untuk lebih cepat layarilah laman sesawang berita Aljazeera.

Continue reading

Tips Untuk Fahami Ilmu

Di kolej saya sekarang  tengah demam peperiksaan.

Esok saja Ujian pertengahan semester bagi kursus Pengajian Malaysia akan diadakan. Dengan calon seramai 500 orang, suhu demam yang meningkat akan dirasai oleh warga kolej.

Fuhh! Penangan kursus sains sosial ni sentiasa dibayangi rasa takut pelajar-pelajarnya. Tanyalah sesiapapun, rata-rata jawapannya pelajar tak suka kursus sejarah! Saya faham mengapa ini berlaku.

Namun entri kali ini tidak akan mengulas tentang masalah ini.

Continue reading

3M

Khamis lalu adalah hari yang lebih sibuk dari hari-hari lain. Selepas menyampaikan 2 jam kuliah kursus Pengajian Malaysia saya kepada para pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah Semester 2 Kumpulan H saya dikunjungi pula pelajar-pelajar lain di bilik baru saya.

Ada yang datang mengundi soalan esei untuk tugasan kursus. Sesetengahnya pula secara personal datang kerana hendak membeli naskah nota Jilid 1 Pengajian Malaysia yang saya terbitkan.

Dahlah kotak-kotak berisi buku saya belum dipunggah lagi di atas lantai bilik menyebabkan bilik saya yang tidak berapa besar tu agak sesak seketika dengan pelajar-pelajar saya. Udara dari penghawa dingin di bilik saya sudah tidak lagi terasa kerana pintu bilik yang terbuka luas. Hawa lain pula terasa dek kehadiran jasad-jasad tambahan di dalam bilik saya. Untuk seketika, dalam suasana hiruk pikuk begini, saya jadi pening.

Continue reading

Bicara Hijrah Untuk Para Pelajar

Kepada semua para pelajar yang dikasihi, cikgu ucapkan selamat memulakan pengajian semester baru Januari 2010 ini. Berbetulan dengan semangat ma’al hijrah (1431 H) ini, moga kalian ada tekad, azam, keinginan atau hajat untuk berubah.

Namun tidak cukup dengan pasang niat sahaja. Yang baharu tidak memadai dengan apa yang ada di kotak fikiran, juga dalam hati. Ia perlu disusuli dengan perbuatan atau tindakan agar ia membudaya menjadi amalan-amalan pembelajaran yang baik. Ingat ‘tidak penting apa yang kita fikirkan, percayai atau ‘imani’. Apa yang lebih penting ialah apa yang kita amalikan’. Hanya dengan berbuat sesuatu baru ia boleh memberi bekas.

Pengalaman telah mengajar kita agar amalan itu biar sedikit asalkan berterusan. Ustaz dan ahli motivasi cakap biar istiqamah. Juga, strategi tu biar nampak sistematik dan konkrit. Bukan lagi main ikut dan je.

Continue reading

Naskah Budi

Saya menganggap diri saya seorang yang konservatif. Tapi tidaklah pula hingga menjadi kolot. Sikap ini bukan lagi suatu kecenderungan tetapi suatu yang telah terbina sejak kecil lagi. Dan saya membesar dengannya sehinggalah sekarang pada usia 39 tahun.

Pelajar-pelajar saya mungkin telah memahami sikap dan sifat saya ini melalui pandangan, leteran dan kritikan saya semasa kuliah.

Dalam kuliah ketika lisan saya berbicara ada yang suka, tersentuh. Tapi ramai lagi yang mungkin marah, mencemik kerana tersinggung. Yalah mungkin ada yang saya ‘luahkan’ telah terkena batang hidung mereka.

Continue reading

Lazatnya Gulai, Fasadnya Perangai

Makan tengahari di gerai berhampiran tempat kerja saya selalunya menyelerakan. Kuah masak lemak cili apinya dan ikan keli goreng sambal sudah cukup membuka selera saya. Kadang-kadang pekena ayam goreng. Kuah karinya juga enak.

Kalau itu lauk tiap-tiap hari saya pun tak apa. Tekak saya masih boleh menerimanya. Hidangan kampung ini memadai untuk mengenyangkan saya.

Bila ambil kuah tu sampai berladung. Ah ini kerana gulainya lazat.

Namun kadang-kadang kenikmatan makan tengahari di gerai ini terganggu apabila terlihat tingkah laku pelajar-pelajar saya – antaranya yang pernah saya ajar –  yang turut menjamu selera di gerai sama.

Continue reading

Ada Telinga Saja Tidak Cukup!

Antara masalah pelajar semasa mengikuti kuliah ialah kegagalan untuk menangkap maksud atau isi-isi pokok yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Akibatnya kuliah ibarat angin yang lalu begitu sahaja. Tiada ilmu dikutip, tiada nilai dititip. Beberapa jam yang dilalui adalah tempoh yang menjadi sia-sia, atau lebih tepat lagi disia-siakan sendiri oleh pelajar. Kelemahan ini dikesan begitu ketara di kalangan pelajar yang pasif.

Mengapa ini terjadi ?

Tanpa menafikan kelemahan boleh terjadi ke atas pensyarah sendiri, pelajar perlu tahu bahawa kejayaan sesuatu kuliah juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran tertentu pelajar sendiri. Ia tidak semata-mata ’sumbangan’ pensyarah atau guru di sekolah dulu.

Continue reading

Satu Lagi Erti Cinta Yang Tulus – Wajib Baca

Saya menyalin semula 100% cerita di bawah ini dari email kiriman kawan lama saya Addy Termizi untuk tatapan para pembaca yang dikasihi sekalian.

Walaupun cerita ini tiada dinyatakan sumber asal dan kesahihannya tidak dapat saya pastikan, namun masih tersirat satu teladan untuk kita yang masih hidup ini contohi.

Teladan ini saya namakan ‘Satu Lagi Erti Cinta Yang Tulus’. Teladannya ialah cinta yang tulus membawa kepada pengorbanan yang maha besar untuk memberi laluan kepada kebahagian orang yang kita cintai. Cinta tidak semestinya menyatukan dua insan yang sedang mencintai antara satu sama lain. Jika cinta ini ‘memisahkan’ kedua-duanya ia pasti bersebab.

Sayangnya cinta yang tulus ini sangat tersirat hingga tidak diketahui hingga masa menentukannya kelak.

Moga cerita ini bermanfaat untuk semua biiznillah.

Continue reading

Titipan Marina Osman, DKTM 1999-2002

Kali ini Marina Osman, bekas pelajar DKTM UPM-Uniti yang kemudiannya melanjutkan pengajian utk ijazah pertamanya ke United Kingdom berkongsi perspektifnya terhadap kolej Uniti.

Kepada pelajar2 baru Uniti cuba selami maksud pesan dan nasihat yg dititipkan Marina.

Bagi saya dorongan kejayaan adalah dari diri kita sendiri. Bukan sangat terletak pada tempat, masa, pensyarah dan faktor luaran lain. Faktor2 ini masih ada pengaruh dan kesannya tetapi akhirnya motivasi intrinsik (dalaman) jugalah yg menjadi tolakan terkuat utk maju dan mara jauh ke hadapan.

Marina telah membuktikannya.

Continue reading