The Great Debaters

‘The Great Debaters’ adalah sebuah filem yang diangkat dari kisah benar dalam sebuah masyarakat yang sangat mengagungkan tamadunnya.

Latar budayanya rencam. Ia kisah pertembungan dua etnik. Satu superior – bangsa kulit putih yang hegemon ke atas rakan senegara yang inferior – bangsa kulit hitam. Bangsa ini sekarang kita kenali sebagai African-America.

Mengambil persekitaran tahun 1935 di Amerika Syarikat dan menggunakan babak-babak perdebatan akademik di universiti ternama, filem arahan pemenang Academy Denzel Washington dan diterbitkan oleh Oprah Winfrey, berjaya menonjolkan mesej bahawa hujah dan fakta yang kuat boleh menewaskan hujah dan fakta yang lemah.

Kebenaran akhirnya akan tertegak biar pun di tengah-tengah khalayak yang mendokong keunggulan bangsa etnosentrik.

Mari kita ambil iktibar dari kisah ini.

 

Paper chase or Thinking wise!

Segulung diploma atau ijazah membawa erti yang besar kepada seorang pelajar. Ia menjadi testimoni kepada segala penat jerih usaha pelajar dalam menimba ilmu selama bertahun lamanya di universiti.

Namun, ramai yang tidak mengerti maksud sebenar belajar di universiti. Maka terjulinglah pandangannya tentang konsep dan falsafah – yang lazimnya tersirat – yang menjadi dasar pendidikan sesebuah universiti.

Hal ini menjelaskan fenomena yang telah lama berlaku di universiti iaitu pelajar hanya mengejar sijil – disebut sebagai paper chase. Sikap yang terbina kemudiannya juga menyerlahkan kecondongan mereka kepada mengejar mata atau merit akademik setinggi mungkin.

Ini kerana mereka percaya bahawa pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan adalah pra-syarat maha penting untuk mendapat kerjaya yang baik, status sosial yang tinggi serta ganjaran kebendaan yang lumayan.

Continue reading

Pasca-PPSMI : Polemik belum berakhir!

Walaupun sudah dinoktahkan oleh Menteri Pelajaran semalam, seperti dijangka PPSMI masih dan akan terus kekal menjadi bualan. Bahkan polemik baru agtau pun sekurang-sekurangnya perbincangan lanjut boleh muncul dan mengambil tempat dalam ruang awam dalam media rasmi ataupun tidak rasmi.

Lagipun banyak lagi aspek teknikal yang belum lagi terdedah dan difahami kita apatah lagi rakyat biasa. Banyak persoalan lagi boleh ditimbulkan.

Satu pandangan yang agak kritis datangnya dari orang kuat Persekutuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dhong Zhong) apabila mencadangkan sepatutnya pemansuhan bukan 2012 tetapi berkuatkuasa serta merta kerana bahana negatif yang telah pun diketahui ekoran dari pelaksanaan dasar ini.

Continue reading

PPSMI telah pun gagal!

Alhamdulillah !

Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh semua penentang terbuka dan senyap PPSMI apabila mendapat tahu kabinet hari ini bersetuju memansuhkan PPSMI setelah 6 tahun bereksperimen melaksanakan dasar yang ad hoc ini.

hasan ahmadKepada Gerakan Mansuh PPSMI khususnya rakyat Malaysia amnya berterima kasih kerana telah berjaya ‘mengajar’ kerajaan agar kembali ke landasan dan akar budaya bangsa. Juga agar kerajaan akur kepada semangat asal Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (walaupun alasan itu tidak disebut dalam kenyataan Menteri Pelajaran semasa mengumumkan keputusan bersejarah ini).

Continue reading

Majlis Raja-rajalah Yang Berkuasa

Keputusan kabinet (eksekutif) 22 April lepas bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain telah mengundang kontroversi kepada  mereka yang memahami isu perlembagaan dan juga kesan kepada institusi kekeluargaan Islam.

Isu ini juga dilihat sebagai usaha campur tangan eksekutif ke atas tugas atau bidang kuasa judisiari (kehakiman). Ini bercanggah dengan semangat dan prinsip dalam doktrin pengasingan kuasa. Batas kuasa dan tanggungjawab tiga cabang pemerintahan negara iaitu eksekutif, legaslatif dan judisiari telah diperincikan dalam perlembagaan persekutuan.

Untuk seketika polemik mengenainya mewarnai lanskap sosio-politik tanah air dan menghangatkan lagi  suhu politik yang tidak pernah surut semenjak PRU ke-12 lalu.

Continue reading

Kita Lahir Merdeka

Manusia dilahirkan merdeka. Dia cuma menjadi abdi kepada penciptanya , alkhalik iaitu Allah swt.

Namun, dalam perkembangan dirinya – dari kecil hingga dewasa – sebahagian manusia memilih dan melakukan sesuatu kerana dipengaruhi oleh orang lain. Dipengaruhi di sini bermaksud mereka membuat sesuatu kerana orang lain. Mereka tidak membuat keputusan sendiri tapi orang lain yang telah membuat keputusan untuk diri mereka.

Adakah ini tindakan yang betul?

Ada dua jawapan.

Continue reading

Budi Melayu : Di manakah sekarang?

Tidak seperti bangsa Barat, kita lebih suka memendam. Kita tidak begitu ekspresif.

Jika meluahkan pun kita masih cuba berselindung. Kita berkias. Pesan dan nasihat pun berlapik. Kita tidak ‘berani’ berterus terang. Kita memilih untuk menyampaikan maksud hati, perasaan dan buah fikiran secara tidak langsung.

Bukan maksud saya untuk mengatakan sikap sebegini tidak baik. Bahkan saya menyukai sikap dan cara sebegini. Inilah budi bahasa Melayu. Warisan yang halus, lembut tapi membekas.

Bacalah semula pantun dan gurindam Melayu dengan penuh teliti pasti anda  akan membuat kesimpulan serupa. Ia sarat erti budi. Disulami pula dengan emosi menjadikan kesannya lebih menyentuh.

Continue reading

Kita ‘Berhutang’ kepada Anak Cucu Cicit Kita

Memilih untuk memihak atau menyokong mana-mana aliran atau idealogi siasah adalah hak yang sah di sisi perlembagaan negara. Jadi jika saya memilih untuk mendokong parti alternatif bukanlah satu dosa di sisi undang-undang negara. Ia samalah jika saya menyokong parti siasah pemerintah.

Hakikatnya sejak dulu saya bukanlah ahli kepada mana-mana parti siasah. Saya tidak pernah berniat pun untuk menyertai mana-mana parti siasah. Saya mahu kelihatan dan dilihat non-partisan. Pemihakan saya hanya akan saya terjemahkan di peti undi semasa pilihan raya.

Akan tetapi sebagai seorang rakyat yang prihatin, saya tidak boleh terlepas dari ‘membaca’ dan membincang isu-isu siasah.

Continue reading

Maulid ar-Rasul : Ibadat atau Adat?

Hari ini tanggal 12 Rabiulawwal adalah antara hari yang sangat dinantikan oleh kaum muslimin seluruh dunia. Hari mengenang keputeraan Nabi Muhammad saw atau Hari Maulid ar-Rasul.

Di kampung saya sambutan keagamaan ini bersifat tradisi. Para jemaah surau di tempat saya telah memulakan sambutan lebih awal lagi iaitu malam 12 Rabiul awwal lagi dengan berarak diiringi paluan kompang untuk ke suatu destinasi dan kemudian kembali ke surau. Selepas ‘dimeriahkan’ dengan marhaban dan selawat, para jemaah dihidangkan dengan jamuan atau moreh. Malam itu suasana di kampung saya tampak meriah dan lebih bercahaya.

Namun pada pagi hari ini rancangan ‘talk show’ NTV7 iaitu ‘Breakfast Show’ temubual antara Naz dengan Ust. Husin Yee (jika tidak silap saya) telah membuat saya berfikir kembali mengenai amalan sambutan maulid ar-Rasul ini – adakah ianya benar-benar syari’e (ibadah) atau sudah menjadi adat kalau pun tidak boleh dihukum sebagai bida’ah dholalah.

Jelas Ustaz Husin Yee – walaupun secara tidak terus terang – cara sambutan Maulid ar-Rasul  bukanlah suatu yang ada nas atau dalil jelas dari sunnah Nabi sendiri.

Continue reading

Guru, Ilmu dan Budi versus ‘Body’

Guru adalah pihak yang sangat berpengaruh kepada perkembangan hidup seorang kanak-kanak. Ia adalah jendela awal untuk kanak-kanak mengenali dunia realiti selepas ibu bapa.

Inilah sebabnya peranan guru adalah MAHA besar. Di tangannya personaliti dan sebahagian masa depan pelajar dibentuk. Di tangannya jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kanak-kanak dipengaruhi dan ditempa. Gurulah yang menentukan iklim soso-emosi pelajar sama ada menjadi positif atau negatif.

Dalam hal ini Haim Ginott menyatakan :

“I have come to the frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It’s my personal approach that creates the climate…. As a teacher, I possess a tremendous power to make a child’s life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration.”

Continue reading

Nilai Bukan pada Kata-kata Tapi pada Tindakan

Saya selalu – apabila wujudnya kesempatan untuk menasihati atau memotivasi – akan menyebut dan juga mengulang-ulang petikan berikut kepada sesiapa sahaja, terutamanya pelajar dan orang-orang yang dekat dengan saya.

What we think or what we know or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do.
John Ruskin
English author, art critic, and social commentator

Continue reading

Sejarah mungkin ‘takdir’ yang dirancang

Sejak jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak beberapa minggu lalu, beberapa peristiwa telah menyusul mewarnai perkembangan politik tanah air.

Untuk beberapa ketika negara kita terus dilanda oleh hiruk pikuk politik antara dua seteru politik – Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan ia memberi petanda yang tidak baik kepada kestabilan dan kesejahteraan masyarakat kita.

Yang terbaru ialah isu YB Elizabeth Wong apabila keperibadiannya ‘ditelanjangkan’ oleh pihak yang berniat ‘mala fide ‘ (jahat) dan niat ini disambung pula oleh media lalu disambut oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat (bukan musuh YB Eli).

Continue reading

Politik Perak Bergolak

Politik tanah air terus bergolak. Selepas PRU-12 8 Mac 2008 lalu, perkembangan terbaru di negeri Perak dalam tempoh seminggu ini adalah yang paling dramatik dan kini suhunya sudah pun memuncak.

Media melaporkan bahawa badan eksekutif kerajaan negeri Perak yang demokratik tumbang gara-gara 4 orang ADUN Pakatan Rakyat (PR) mengisytihar keluar parti – 1 keluar DAP, 2 keluar PKR semuanya menjadi  ADUN bebas dan 1 yang baru masuk PKR 11 hari sebelumnya kembali semula ke pangkuan UMNO (BN) – dan menyatakan sokongan kepada BN menjadikan BN Perak kini mendapat majoriti mudah. Mendapat pengesahan daripada undang-undang tubuh negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan, BN kini kembali berkuasa.

Saya suka memanfaatkan perkembangan politik terbaru ini dari sudut ilmu Pengajian Malaysia untuk menjadi bahan pemikiran pelajar saya.

Continue reading

Bahasa Inggeris Bukanlah Semestinya Bahasa Kemajuan – Prof Di Raja Ungku Aziz

Pandangan oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz – yang saya petik dari blog Prof Abdullah Hasan – memberikan kita satu lagi fakta bahawa kemajuan negara Eropah tidak semestinya dipacu oleh bahasa Inggeris.

The opinion of the former Vice Chancellor of the University of Malaya summarized this well. ‘With ingenious restrain the English would like to leave their colonial peoples with the indelible myths that (a) English is a world language, universally understood and (b) one can only learn the modern knowledge that is they key to great technological advance and rapid economic development through the English language. In fact to make a brief digression, anyone who has travelled in Germany or Latin America not to mention China or Japan, will quickly realize that a large proportion of the world’s population including the native technocrats and intellectuals who are building strong modern states do not comprehend English’ (Ungku Aziz, 1973). Asahil in Singapore

Gaza Yang Sedang Berdarah..

images_news_2008_02_29_mohammad-borai1_300_0Setakat pagi 5 Disember ini, 500 kematian rakyat Palestin akibat terkena bom dari jet dan helikopter regim Israel Zionis telah dilaporkan media.

Tanpa ada tanda-tanda jelas gencatan senjata akan israel_f16 dimeterai antara Hamas dan Israel dan campur tangan pihak antarabangsa jumlah korban pasti akan meningkat.  Peperangan yang tidak seimbang ini – dari kacamata logik – pastinya memihak kepada regim Zionis kerana kekuatan militarinya yang canggih dan pelbagai.MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS GAZA

Continue reading