Tips Mengurus Masa Yang Berkesan

Beberapa hari yang lepas seorang bekas pelajar saya yang kini menuntut di sebuah IPTA mengadukan masalahnya – masa yang tidak terurus.

Mungkinkah kerana semester ini dia ekstra-sibuk kerana banyak tugasan dan aktiviti kampus yang perlu diikuti, saya kurang pasti. Namun, dari emailnya dia kelihatan begitu stress dan memang berhajat kepada nasihat dan tips untuk mengatasi masalah yang genting ini.

Genting kerana masalah ini menyebabkan PNGKnya merosot pada semester lepas dan dia sudah mula kehilangan motivasi dan kini buntu.

Saya bersimpati dengan beliau lebih-lebih lagi pada masa sama beliau dihimpit kiri kanan atas bawah dengan masalah lain termasuk hubungan inter-personal dengan kawan-kawan kumpulan tugasannya.

Tidak banyak saya menjawap tentang bagaimana mengurus masa kerana saya juga pernah ‘terperangkap dek masa’ hingga menyukarkan saya menangani cabaran di kampus. Kerja last minute dan suka bertangguh menjadi ciri utama kegagalan mengurus masa saya dahulu.

Jadi lebih mudah saya ‘membekalkan’ tips pengurusan masa dari kuliah Kemahiran Profesional yang pernah saya sampaikan kepada pelajar DSK dan DCN beberapa tahun silam kepada beliau.

Tips ini saya kutip dari buku Dr Danial Zainal Abidin bertajuk ‘Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran’. Asal usul tips ini bersumberkan dari pakar pengurusan Peter F. Drucker yang menulis sebuah karya bertajuk ‘ How to Get Control of Your Time and Life’ dan Anne McGee-Cooper bertajuk ‘ Time Management for Unmanageable People’. Di sana sini saya tambah idea saya atau petikan lain untuk menjadikan tips ini lebih terarah.

Mungkinkah tips ini berguna buat anda juga?

3M

Khamis lalu adalah hari yang lebih sibuk dari hari-hari lain. Selepas menyampaikan 2 jam kuliah kursus Pengajian Malaysia saya kepada para pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah Semester 2 Kumpulan H saya dikunjungi pula pelajar-pelajar lain di bilik baru saya.

Ada yang datang mengundi soalan esei untuk tugasan kursus. Sesetengahnya pula secara personal datang kerana hendak membeli naskah nota Jilid 1 Pengajian Malaysia yang saya terbitkan.

Dahlah kotak-kotak berisi buku saya belum dipunggah lagi di atas lantai bilik menyebabkan bilik saya yang tidak berapa besar tu agak sesak seketika dengan pelajar-pelajar saya. Udara dari penghawa dingin di bilik saya sudah tidak lagi terasa kerana pintu bilik yang terbuka luas. Hawa lain pula terasa dek kehadiran jasad-jasad tambahan di dalam bilik saya. Untuk seketika, dalam suasana hiruk pikuk begini, saya jadi pening.

Continue reading

Naskah Budi

Saya menganggap diri saya seorang yang konservatif. Tapi tidaklah pula hingga menjadi kolot. Sikap ini bukan lagi suatu kecenderungan tetapi suatu yang telah terbina sejak kecil lagi. Dan saya membesar dengannya sehinggalah sekarang pada usia 39 tahun.

Pelajar-pelajar saya mungkin telah memahami sikap dan sifat saya ini melalui pandangan, leteran dan kritikan saya semasa kuliah.

Dalam kuliah ketika lisan saya berbicara ada yang suka, tersentuh. Tapi ramai lagi yang mungkin marah, mencemik kerana tersinggung. Yalah mungkin ada yang saya ‘luahkan’ telah terkena batang hidung mereka.

Continue reading

S.C.I.E.N.C.E.

Istilah science membawa maksud akademik iaitu suatu kajian sistematik tentang alam nyata untuk menyelongkar rahsia alam ini bagi manfaat kehidupan manusia.

Ia adalah suatu gugusan ilmu yang besar baik sebagai sains tulen atau pun sains gunaan. Masing-masing pula banyak cabangnya atau disebut disiplin ilmu yang lebih khusus. Bidang saya iaitu Sains Nuklear misalnya dalah satu cabang atau disiplin khusus dalam sains gunaan.

Namun di sisi lain pula, istilah ini boleh membawa maksud tersirat tertentu. Saya ingin menterjemahkan satu daripada beberapa maksud tersirat yang mungkin ada. Maksud-maksud ini kita boleh kita cipta sendiri. Maksudnya ‘maksud yang kreatif’.

Ini saya rumuskan sebagai akronim S.C.I.E.N.C.E.  Tersirat di dalamnya 7 cara atau ciri belajar secara aktif. Secara tidak langsung kesemua ciri ini – jika diaplikasikan – boleh menjadikan seseorang itu ‘alim.

Continue reading

Paper chase or Thinking wise!

Segulung diploma atau ijazah membawa erti yang besar kepada seorang pelajar. Ia menjadi testimoni kepada segala penat jerih usaha pelajar dalam menimba ilmu selama bertahun lamanya di universiti.

Namun, ramai yang tidak mengerti maksud sebenar belajar di universiti. Maka terjulinglah pandangannya tentang konsep dan falsafah – yang lazimnya tersirat – yang menjadi dasar pendidikan sesebuah universiti.

Hal ini menjelaskan fenomena yang telah lama berlaku di universiti iaitu pelajar hanya mengejar sijil – disebut sebagai paper chase. Sikap yang terbina kemudiannya juga menyerlahkan kecondongan mereka kepada mengejar mata atau merit akademik setinggi mungkin.

Ini kerana mereka percaya bahawa pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan adalah pra-syarat maha penting untuk mendapat kerjaya yang baik, status sosial yang tinggi serta ganjaran kebendaan yang lumayan.

Continue reading

Esei! Aiseyman

Jika adalah satu saat yang paling sukar dan mencabar bagi pelajar, saat itu ialahresearch1 uitm apabila menerima soalan tugasan Pengajian Malaysia. Ia akan menjadi satu pengalaman yang paling rumit sepanjang pengajian diploma mereka. Beban dirasakan amat berat.

Ini kerana tugasan itu berbentuk esei.

Aiseyman!

Yalah soalan esei bukanlah soalan objektif – ada 4 pilihan jawapan. Tembakpun boleh kena! Soalan esei adalah soalan subjektif yang paling susah. Soalannya mungkin pendek tapi di sebaliknya tersirat ‘macam-macam arahan’ untuk disempurnakan. Ia kerja akademik yang perlu ditekuni sejak hari pertama dapat soalan. Ia adalah suatu bentuk penyelidikan (research) pada skala kecil.

Continue reading

PPSMI telah pun gagal!

Alhamdulillah !

Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh semua penentang terbuka dan senyap PPSMI apabila mendapat tahu kabinet hari ini bersetuju memansuhkan PPSMI setelah 6 tahun bereksperimen melaksanakan dasar yang ad hoc ini.

hasan ahmadKepada Gerakan Mansuh PPSMI khususnya rakyat Malaysia amnya berterima kasih kerana telah berjaya ‘mengajar’ kerajaan agar kembali ke landasan dan akar budaya bangsa. Juga agar kerajaan akur kepada semangat asal Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (walaupun alasan itu tidak disebut dalam kenyataan Menteri Pelajaran semasa mengumumkan keputusan bersejarah ini).

Continue reading

Ada Telinga Saja Tidak Cukup!

Antara masalah pelajar semasa mengikuti kuliah ialah kegagalan untuk menangkap maksud atau isi-isi pokok yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Akibatnya kuliah ibarat angin yang lalu begitu sahaja. Tiada ilmu dikutip, tiada nilai dititip. Beberapa jam yang dilalui adalah tempoh yang menjadi sia-sia, atau lebih tepat lagi disia-siakan sendiri oleh pelajar. Kelemahan ini dikesan begitu ketara di kalangan pelajar yang pasif.

Mengapa ini terjadi ?

Tanpa menafikan kelemahan boleh terjadi ke atas pensyarah sendiri, pelajar perlu tahu bahawa kejayaan sesuatu kuliah juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran tertentu pelajar sendiri. Ia tidak semata-mata ’sumbangan’ pensyarah atau guru di sekolah dulu.

Continue reading

Jangan lagi Membaca Nota! (Dikemas kini untuk siaran minggu peperiksaan)

Saya siarkan semula posting bertarikh 2 April lalu yang saya kemaskini bagi membantu persediaan pelajar KU yang baru memulakan peperiksaan akhirnya 4 Mei 2009.

Mungkin ada yang terlepas pandang, atau seperti biasa tak berapa peduli dengan perkara ini.

Kepada yang masih terkial-kial dan seakan hilang punca untuk mendapatkan kaedah belajar paling baik untuk dirinya mungkin posting ini boleh membantu.

Walaupun dah pun masuk minggu peperiksaan akhir, namun kata orang last minute study adakalanya membantu. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Jika ingin berubah jangan lagi bertangguh. Lagi pun tiada istilah terlambat untuk berubah.

It’s better late than never’.

Continue reading

Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Dalam kursus Pengajian Malaysia, ‘Demokrasi Berparlimen’ menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Saya juga merasionalkan kepada pelajar bahawa kita adalah hasil percaturan para pemimpin politik – dahulu, kini dan juga akan datang. Sisi-sisi penting lain iaitu ekonomi dan sosial – sebahagian besarnya dicorak dan dipengaruhi oleh perkembangan politik. Justeru pasang surut politik negara perlulah boleh ‘dibaca’ oleh kita semua dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Saya sendiri begitu begitu beria-ia mengajar topik ini. Penekanan ke atasnya dilebihkan berbanding topik-topik lain. Ini kerana topik ini sentiasa bersifat semasa (contemporary). Banyak perkembangan politik dalam negara berlaku setiap minggu dan ia perlu dikongsi dengan pelajar agar mereka tidak ketinggalan dengan ‘up-dates‘ politik negara.

Continue reading

Internet, Plagiarisme dan Pelajar

Ketika ini pelajar-pelajar saya sedang bertungkus lumus mempersiapkan bahan untuk pembentangan tugasan atau kajian mini Pengajian Malaysia. Setelah kira-kira 2 bulan lebih soalan diberi, masanya hampir tiba untuk saya melihat hasilnya.

Walaubagaimanapun sepanjang masa ini, hanya beberapa kerat sahaja kumpulan pelajar yang menemui saya untuk berbincang mengenai tajuk tugasan mereka. Saya mengharapkan lebih ramai lagi yang mencari suluhan atau petunjuk tentang proses memula, mencari dan menyudahkan tugasan kursus yang berat ini. Tapi ini tidak berlaku sebagaimana diharapkan.

Yang berjumpa saya pula dengan kerenah dan ragam masing-masing. Misalnya ada yang merungut ‘…tajuknya tidak ada dalam internet cikgu.’ Jelas nada kehampaan mereka kerana setelah lama meng’goggle‘ bahan-bahan internet masih juga gagal ditemui. Internet seperti ‘tidak mesra-pelajar’ yang begitu beria-ia ini.

Continue reading

Berat Segelas Air dan Stress

Saya menyalin semula bahan berikut dari email sahabat lama saya, Dr Raihan Othman dari UIAM untuk renungan dan refleksi khalayak pembaca blog saya.

Satu analogi yang mudah kita fahami takrifan stress oleh Stephen Covey kepada pelajarnya.

Kaedah analogi atau tamsilan sebegini adalah teknik pengajaran-pembelajaran yang lebih efektif dan praktikal semasa kuliah untuk menyampaikan maksud atau mesej kepada pelajar oleh guru atau pensyarah.

Guru hari ini mesti lebih kreatif dan juga kritis dalam menyediakan bahan pengajarannya. Dalam konteks pembelajaran moden hari ini yang lebih menekankan Student-Centered Learning (SCL), pelajarlah yang aktif membina pengetahuannya.

Continue reading

Guru, Ilmu dan Budi versus ‘Body’

Guru adalah pihak yang sangat berpengaruh kepada perkembangan hidup seorang kanak-kanak. Ia adalah jendela awal untuk kanak-kanak mengenali dunia realiti selepas ibu bapa.

Inilah sebabnya peranan guru adalah MAHA besar. Di tangannya personaliti dan sebahagian masa depan pelajar dibentuk. Di tangannya jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kanak-kanak dipengaruhi dan ditempa. Gurulah yang menentukan iklim soso-emosi pelajar sama ada menjadi positif atau negatif.

Dalam hal ini Haim Ginott menyatakan :

“I have come to the frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It’s my personal approach that creates the climate…. As a teacher, I possess a tremendous power to make a child’s life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration.”

Continue reading

Sejarah mungkin ‘takdir’ yang dirancang

Sejak jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak beberapa minggu lalu, beberapa peristiwa telah menyusul mewarnai perkembangan politik tanah air.

Untuk beberapa ketika negara kita terus dilanda oleh hiruk pikuk politik antara dua seteru politik – Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan ia memberi petanda yang tidak baik kepada kestabilan dan kesejahteraan masyarakat kita.

Yang terbaru ialah isu YB Elizabeth Wong apabila keperibadiannya ‘ditelanjangkan’ oleh pihak yang berniat ‘mala fide ‘ (jahat) dan niat ini disambung pula oleh media lalu disambut oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat (bukan musuh YB Eli).

Continue reading

Buku Sejarah Malaysia dan Singapura

Saya tertarik dgn sebuah buku bertajuk ‘Crossroads : A Popular History of Malaysia and Singapore’ Revised and updated Edition 2008 yang ditulis oleh Jim Baker, dan diterbitkan oleh Marshall Cavendish International Private Limited.

Saya baru membelinya di MPH Book Store dengan harga RM67.20 utk koleksi Pengajian Malaysia, perpustakaan kolej Uniti.

Berikut adalah komentar mereka yg autentik dalam bidang sejarah terhadap buku ini:

Ken Whitting, S’pore Bureau Chief of the Associated Press for 15 years

“A must-read for those puzzled about what’s behind recent heandlines from southeast asia.”

Prof. Cheah Boon Kheng – Emeritus Professor of History, USM

Jim Baker has written and recounted a history of Malaysia and S’pore for everyone with great zest, charm and interpretive skills.”

Naskah ini boleh membantu pemahaman kita mengenai sejarah Malaysia dan Singapura.