Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Dalam kursus Pengajian Malaysia, ‘Demokrasi Berparlimen’ menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Saya juga merasionalkan kepada pelajar bahawa kita adalah hasil percaturan para pemimpin politik – dahulu, kini dan juga akan datang. Sisi-sisi penting lain iaitu ekonomi dan sosial – sebahagian besarnya dicorak dan dipengaruhi oleh perkembangan politik. Justeru pasang surut politik negara perlulah boleh ‘dibaca’ oleh kita semua dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Saya sendiri begitu begitu beria-ia mengajar topik ini. Penekanan ke atasnya dilebihkan berbanding topik-topik lain. Ini kerana topik ini sentiasa bersifat semasa (contemporary). Banyak perkembangan politik dalam negara berlaku setiap minggu dan ia perlu dikongsi dengan pelajar agar mereka tidak ketinggalan dengan ‘up-dates‘ politik negara.

Perkembangan mutakhir politik negara menjadi sampel atau kes sebenar bagi mengukuh pemahaman tentang sistem politik negara.

Ini kerana teori atau doktrin pengasingan kuasa, konsep perkongsian kuasa dalam Perikatan (kini Barisan Nasional), maksud Raja Berperlembagaan versus Raja Mutlak, falsafah demokrasi, pembentukan kabinet, institusi Yang Dipertuan Agung dan Majlis Raja-raja dalam konteks politik negara dan banyak lagi boleh menjadi bahan bacaan atau bahan pendengaran semasa kuliah yang kaku. Ia tidak mudah untuk difahami begitu sahaja. Banyak terminologi yang patut difahami. Udahlah ia sarat konsep abstrak yang berat. Maka yang biasa berlaku pelajar akan pening kepala!

Rasa sedih dan kasihan terdetik di hati saya melihatkan mata pelajar saya berkaca dengan ‘air -mata’ yang ditahan. Mungkin juga mereka tahan ngantuk. Atau barangkali mereka ‘sabar’ menahan diri untuk kekal berjaga dalam kepayahan memahami kuliah saya.

Maka untuk memudahkan kefahaman mereka saya selalu selitkan contoh-contoh sebenar sama ada yang telah, sedang dan (mungkin) yang akan berlaku. Saya banyak memetik dari laporan media kerana laporan beritanya yang bersifat semasa.

Untuk lebih ‘ditangkap’ pelajar, saya gunakan power point 2007 yang penuh dengan elemen ‘kosmetik’. Sentuhan kreatif pada teks dan gambar akan lebih ‘menangkap’ perhatian pelajar. Begitulah harapan saya setiap kali mengajar mereka.

Saya selalu misalkan – antara lain – dengan kes gelora politik di Perak, perhimpunan dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO, peralihan kuasa oleh Pak Lah kepada Dato’ Seri Najib dan cadangan diwujudkan jawatan Timbalan PM kedua dari etnik Cina oleh MCA. Harapan saya isu-isu semasa ini dapat ‘menghidupkan’ tajuk ini semasa kuliah.

Saya juga mengisyaratkan kepada pelajar bahawa topik-topik kursus adalah saling berkaitan walaupun diajar secara terpisah. Ini secara tidak langsung membolehkan pemahaman prinsip ‘Keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang’ dalam Rukunegara turut didalami dengan lebih baik lagi.

Antara sub-topik dalam ‘Demokrasi Berparlimen’ yang saya sangat tekankan ialah mengenai perbezaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Juga mengenai institusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini kerana ia juga adalah badan perundangan (legaslative) tetapi untuk negeri.

Namun penyampaian sehala kuliah mungkin tidak banyak membantu pemahaman pelajar. Justeru, soalan-soalan pelajar sangat dialu-alukan kerana akan menjadi kayu ukur setakat mana kefahaman mereka, atau kecetekan ilmu mereka terhadap isi kuliah. Apa yang juga penting ia mengelakkan kita – sebagai pensyarah – asyik dengan pengajaran sedangkan pelajar mungkin masih sepatah haram pun tidak faham apa yang mereka dengar dari mulut pensyarah!

Untuk permulaan saya tidak mengharapkan soalan-soalan pelajar 3 kredit saya akan menduga ilmu saya.  Soalan pelajar biasanya bukanlah soalan yang kritikal. Lagipun selama ini mereka – sebagai produk sekolah menengah – tidak diajar dengan kemahiran berfikir secara kritis. Kerana itu mereka lebih selesa menjadi pasif dan reseptif semasa belajar sama ada bersendirian atau semasa kuliah.

Soalan pelajar saya boleh semudah begini :

“Cikgu apakah bezanya ahli yang ‘dipilih’ di Dewan Rakyat dengan ahli yang ‘dilantik’ di Dewan Negara?”

Saya tidaklah jenuh nak menjawabnya tetapi pemilihan istilah atau ayat yang sesuai dan cermat bukanlah suatu usaha yang mudah juga. Lebih-lebih lagi untuk disampaikan kepada pelajar 3 kredit saya. Namun saya tetap berusaha untuk memudahkan pemahaman pelajar.

Soalan-soalan sebegini – walaupun mudah – sangat saya hargai. Ini disebabkan susah untuk berpeluang disoal pelajar. Jadi apabila dapat satu soalan pun saya seronok sangat!

Apa yang penting ialah saya akan cuba dengan kaedah kreatif dan pemikiran kritis untuk membuatkan kuliah saya menarik dan mudah untuk difahami.

Harapan akhir saya pelajar dapat memahami asas-asas sistem politik dan pentadbiran negara dengan perspektif yang betul, murni dan jernih.

Untuk tidak membosankan saya akan kongsi atau selitkan dengan cerita lawak atau kisah benar sebagai anekdot di awal, pertengahan atau akhir kuliah apabila berkesempatan.

Sesekali pelajar terketawa atau terhiba tidak salahkan?

Advertisements

42 comments on “Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

  1. Assalam cgu,saya na tnya integrated colleg of allied health an nursing (ICAN)
    ne diiktiraf oleh kementrian..?dan lg 1 soalan saya jika sya memilih bhagian farmasi dan fisoterapi bnyak ka peluang perkerjaan bla kluar nti…?dan antara farmasi dan fisoterapi mana yg bnyk pluang perkerjaan…saya tak thu na plih yg mna stu….

    • Wa’alaikum salam Ila,

      Setahu cikgu ICAN adalah kolej jururawat yang diluluskan oleh KPT dan juga dipantau oleh badan atau lembaga profesional kesihatan negara yang berkaitan. Saya menyarankan Ila merujuk terus kepada ICAN untuk maklumat yg lebih tepat kerana cikgu bukanlah pihak yg ada autoriti untuk menjawab soalan khusus mengenai ICAN dan yg berkaitan dengannya.

      Ila boleh buka laman web ICAN untuk mendapatkan nombor telefon ICAN untuk mendapatkan jawapan yg sewajarnya.

      Semoga berjaya dalam permohonan Ila.

  2. salam cikgu saya ada pertanyaan lagi. kalau saya memohon utk menyambung ke ipta, perlukah ada muet? jika saya ambil time belajar di ipta kelak boleh ke?

  3. salam cikgu.

    saya hendak mengemukakan soalan.

    adakah saya -pelajar diploma ipts-, berkelayakan untuk menyambung ijazah di ipta nanti?

    saya bimbang jika tidak mendapat pekerjaan kerana ramai syarikat lebih mengutamakan pelajar ipta.

    • Salam sdr Kacang,

      Pelajar IPTA lebih baik dr IPTS hanyalah satu tanggapan yg biasa. Ia tidak selalunya benar. Hakikat sebenarnya tidak begitu. Secara prinsipnya graduan IPTS boleh dan layak untuk menyambung pengajian di IPTA asalkan diplomanya diiktiraf MQA. Misalnya ramai graduan di kolej sy bertugas diterima masuk ke IPTA untuk menyambung ke ijazah pertama mereka.

      Selepas mereka menamatkan pengajian di IPTA, isu mutu pengajian di IPTS bukan lg satu isu di sini. Penerimaan syarikat ke atas graduan lebih melihat kepada prestasi semasa temuduga yg mengutamakan soft skill, pengalaman dan tidak semata-mata terletak kepada sekeping kertas yang bernama ijazah.

      Wallahua’lam

  4. salam cikguBad…
    sy mrupakan pljr lepasn matrikulasi…sy amat minat dlm bidg pendidikan…
    ttpi sy tidk berpeluang utk mlnjutkan pljrn dlm ijzh pendidikan di ipta… nmun sy mndpt twrn utk smbg bljr di universiti swasta utk progrm ijazah pendidikan awal knk2…sy dh semk di lmn web universti itu ianya diiktiraf oleh MQA. apa pndpt ckgu baik kah jika sy trima utk smbg bljr di universiti swasta itu dlm program tersebut? bolehkah sy ditrima utk mgjr di pra sk di sk kerajaan stlh tmt bljr dlm program tersbt di universiti swasta itu?

    • Salam Biha,

      Sebelum menerima tawaran IPTS tersebut cikgu nshtkan sdr mempastikan program ijazah pdidikan awal knk2 betul2 tlh diiktiraf MQA iaitu tlh mendapat akreditasi penuh bukan setakat akreditasi provisional. Jika setakat akreditasi provisional bmakna program itu sama ada masih baru dijlnkan dan belum lg melalui proses penilaian utk akreditasi penuh MQA.

      Lazimnya program yg tlh mdapat akreditasi penuh MQA mempunyai laluan atau akses utk berkhidmat di sektor awam. Cuba tanyakan IPTS tersebut adakah usaha telah dibuat utk mengadakan spt MoU dgn Kementeria Pelajaran Msia (KPM) agar graduan IPTS tersebut boleh ditawarkan berkhidmat di sekolah kerajaan kelak.

      Ini kerana IPTA spt UPSI pun tidak menjanjikan graduan mereka mdpat tempat di sekolah kerajaan untuk batch mutakhir ini. Graduan UPSI tersebut tidak terikat dgn atau diikat oleh KPM. Mereka kena masuk open market utk berkhidmat sbg guru pendidikan awal kanak2.

      Setelah sdr mdpat maklumat yg tepat pertimbangkanlah tawaran tersebut. Hari ini lepasan IPTS juga setanding dgn IPTA bahkan dlm beberapa segi mereka lebih baik kerana lebih independent dan tekal mhadapi cabaran dlm persekitaran yg lebih mcabar berbanding di IPTA.

      Selamat menyambung pengajian Biha.

  5. salam…
    saya pelajar upsi jurusan major ijazah pendidikan awal kanak-kanak dan minor sekolah rendah. saya ingin bertanya pendapat cikgu, saya mempunyai keinginan untuk menyambung master dalam bidang psikologi pendidikan. pada pandangan cikgu bidang ini mempunyai masa depan cerah atau tidak pada masa akan datang iaitu tahun 2013. yang mana mempunyai kelebihan sama ada master psikologi pendidikan atau psikologi bukan pendidikan ok harapan saya semoga cikgu bagi pandangan yang bernas buat saya. thanksss…

  6. Tima kasih cihgu… Saya dah faham skrg..Maafkan saya cikgu, saya ada lagi soalan…Apakah perbezaan diantara Master Pendidikan dengan Master Biasa. Sekiranya ingin menjadi pensyarah. Apakah kelebihan Master Pendidikan jika dibandingkan dengan Master Biasa…..

  7. Terima kasih cikgu…
    Saya ada sedikit kekeliruan dengan penerangan cikgu, maafkan saya kekadang otak saya tak dapat menangkap apa yang cikgu sampai kan..Pertama sekali, tentang kelulusan dari MQA.. bukankah MQA mempunyai 3 kategori untuk pengiktirafan. kelulusan, provisional dan akreditasi penuh bagi diploma dan ijazah. Dan kenapa cikgu menyatakan hanya dua iaitu standard minimum dan akreditasi penuh.. Soalan saya apakah maksud standard minimum bagi ijzah atau diploma? dan kedua apakah kaitanya diantara kelulusan,kelulusan provisional dengan standard minimun… Harap cikgu dapat menjelaskan perbezaan ini kerana saya keliru tentang ini….

    • Shm,

      Dalam konteks sekarang, status Akreditasi Provisional diberikan kepada mana2 program baru. Ia diberikan MQA tanpa melalui proses penilaian panel pakar MQA sekadar untuk menjalankan program tersebut sebagai yang terdapat dalam surat kelulusan menjalankan program. Perkara ini agak teknikal Shm.

      Juga ia adalah utk membolehkan ia mendapat penajaan PTPN/MARA (syarat ini ditetapkan oleh penaja). Ia tidak digunakan sbg kelayakan memohon melanjutkan pengajian di IPTA utk ke peringkat ijazah.

      Mengikut undang2 MQA, suatu program perlu mempunyai bukti pengajian pelajar sem 4 (bukti 2 tahun pengajian telah dijalankan) atau ke atas sebelum boleh dinilai oleh penilai MQA. Hasil penilaian ini program tersebut boleh mendapat dua status kelulusan iaitu Akreditasi Penuh (terbaik) atau Standard Minimum. Jika tidak melepasi markah lulus (saya tidak tahu berapa markah lulus), status Gagal diberikan. Maknanya program itu tidak mencapai kelayakan dan kualiti akademik yang ditetapkan MQA.

      Harap Shm memahami.

  8. Assalamualaikum Cikgu…

    Sekiranya cikgu ada ingat kepada saya yang tanye pasal Ijazah kelulusan provisional ke Master IPTA. Untuk pengetahuan cikgu…Saya dah diterima untuk belajar Master di IPTA bulan Dec ni… Cuma saya nak berkongsi disini, Walaupun Ijazah saya cuma Kelulusan Provasional dari IPTS, tetapi boleh diterima untuk Pengajian Master di IPTA. . Saya pada mulanya dah patah hati dengan pandangan cikgu yang mengatakan yang Kelulusan Provisional susah hendak ke IPTA…Tapi mungkin juga sebab kursus Master ni dilonggarkan syarat dia…Apapun saya hanya berkongsi cerita kepada teman2 yang lain sekiranya berminat ke Master IPTA walaupun dari IPTS (kelulusan provisioanal).. Asalkan Pointer 3…Salam Cikgu…

    • Salam ‘alaik Shm,

      Tahniah kerana telah berjaya diterima masuk ke IPTA pilihan sdr utk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

      Maaf jika respons saya sebelum ini telah mematahkan hati sdr utk meneruskan niat menyambung pengajian. Tapi itulah pengetahuan yg saya ada selama ini. Dan saya ada menyatakan bhw ‘prinsip yg sama MUNGKIN terpakai dalam kes sdri apabila memohon kelak.’

      Ada dua perkara yang perlu saya perbetulkan di sini Shm setelah saya merujuk kepada yang berkenaan dalam isu ini. Pertama, tiada mana-mana program diploma atau ijazah yang statusnya Akreditasi Provisional. Yang ada sama ada Standard Minimum atau Akreditasi Penuh.

      Kedua, dengan status Standard Minimum pelajar (sebenarnya – setelah saya semak lebih lanjut) masih berpeluang ke IPTA utk ijazah pertama atau kedua. Yang tidak bolehnya ialah apabila memohon kerja dengan sektor awam.

      Barangkali pointer PNGK melebihi 3.00 menjadi syarat utama dalam kes ini utk dipertimbangkan. Namun ia mungkin berbeza-beza mengikut IPTA.

      Selamat berjaya Shm.
      Wallahua’lam

  9. askum cikgu apa khabar
    cikgu ana mungkin balik ke malaysia bulan 12 ni dan mungkin akna datang ke uniti nak jumpa cikgu nak berbincang lbh lanjut ttg nak ambik master .salam rindu ana buat cikgu
    abdul halim

    • Salam ust Halim,

      Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian enta di Azhar. InsyaALlah kita ketemu nanti di Uniti.

      Moga Allah permudahkan niat enta utk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Amin

  10. salam cikgu…

    ini adalah pertama sekali saya menjejakkan diri ke laman yang serba berinformasi ini…saya ada satu persoalan. saya merupakan salah seorang pelatih guru dan bakal akan menjadi guru esok hari. major saya ialah BM (PENDIDIKAN KHAS). soalan saya, jika sy ingin m’ambil master atau phd bolehkah sy mengambil dlm bidang yg lain?cthnya bidang psikologi…??

    terima kasih…

    • ‘Alaikisalam Nur,

      Pertamanya tahniah kerana berjaya menjadi guru. Moga esok dnantikan dengan penuh rasa kegembiraan. Nur harus menunjukkan ‘passion’ sbg guru yg punya kefahaman jelas dan mencintai profesyen yg mulia ini.

      Menjawab soalan Nur, setahu cikgu setakat bertukar ke bidang psikologi insyaALlah tiada masalah. Asalkan ia berkait dgn pendidikan. Ada beberapa IPTA yg menawarkan bidang ini di peringkat master seperti UPM, UM dan UKM. Moga niat Nur utk menjadi ahli dlm bidang pilihan di peringkat master atau PhD akan menjadi kenyataan suatu masa nanti.

      Selamat melanjutkan pengajian Nur apabila tiba masanya kelak. Amin

      Wassalam

  11. saya ingin tahu adakah seorang pelajar IPTS dengan akreditasi provisional boleh meneruskan pengajian di IPTS lain yang mempunyai status akreditasi penuh.

    terima kasih

    • Salam Rozilah,

      Sepanjang yang saya tahu status diploma sdr boleh diterima di IPTS. Yang tidak boleh ialah IPTA sahaja atau program usahama IPTA di IPTS.

      Wassalam

      • Pembetulan Rozilah – setelah disemak lebih lanjut dgn pihak yg lebih arif, kelulusan diploma dgn status Standard Minimum (bukan Akreditasi Provisional) masih boleh memohon ke IPTA.

        Yang tidak bolehnya ialah memohon kerja dengan sektor awam kelak. Ia memerlukan kelulusan Akreditasi Penuh.

  12. Terima kasih atas pandangan cikgu tentang masalah saya….Saya ingin meminta pandangan cikgu sekali lagi… Apakah kelebihan sekiranya saya menyambung Master…Maksud saya dari segi kerjaya…Cuma yang saya tahu, Master hanya untuk pensyarah…Selain dari pensyarah, tiada langsung jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan Master..Dan Sekiranya ke Phd, Jawatan yang sesuai juga pensyarah…. Soalan saya, patutkah saya menyambung ke Master, sedangkan saya tidak berminat dalam Pengajaran (pensyarah).

    • Terima kasih kembali Shm. Memang ada benarnya pemegang ijazah master dan PhD apatah lagi biasanya menjadi asas kelayakan untuk menjadi pensyarah IPT.

      Namun, ada juga kerana memenuhi keperluan syarikat untuk membantu perkembangan organisasi. Selain itu, ada segelintir dari kalangan mereka mengaji master atau PhD kerana dorongan tulen menuntut ilmu. Shm perlu tau Shm jenis yang mana satu. Saya sendiri walaupun melanjutkan pengajian master di UM tetapi bukan sgt kerana dorongan kerja wlpn ia perlu utk kursus yg saya ajar. Saya melanjutkan pengajian ke peringkat master kerana minat mendalam.

      Alhamdulillah saya mendapat kepuasan kerana niat dan kejayaan saya yang saya perolehi sekarang.

      Kepada Shm, saya fikir sdr mesti lebih menghubungkaitkan kelayakan akademik dengan kerjaya yg sesuai lebih2 lagi dlm situasi persaingan sengit hari ini. Akhirnya kita mesti berkerjaya juga (cari rezeki) utk menyara kehidupan. Tidak salah belajar tinggi2 namun sdr perlu ada kerjaya yg sy nyatakan tadi. Lainlah jk sdr mewarisi kekayaan keluarga. Maka banyak masa boleh diluangkan utk belajar dan belajar lagi.

      InsyaAllah sdr boleh berjaya kerana minat dan ketekunan dalam ilmu. Ilmu menjadikan kita lebih bijak sana. Tapi ia tidak terhenti di situ saja. Sdr perlu ada kerjaya utk jaminan kelangsungan hidup.

      Semoga berjaya Shm.

  13. Assalamualakum…

    Saya ada kawan dari UNi Swasta UniKL, Uniten..Saya mendapat tahu, Ijazah mereka hanya kelulusan Provasional, tetapi diterima ke Master IPTA.. Sedangkan Kolej tidak diterima, walaupun Ijazah adalah kelulusan provasional…Ada apa2 komen tak?

    • Salam Shm,

      Seperti yg telah saya nyatakan diterima atau tidak utk sambung master hanyalah bersifat kemungkinan. Di pihak saya berat lbh condong kpd semua diploma atau ijazah IPTS mesti mndapat kelulusan akreditasi penuh dr MQA sebelum menyambung pengajian yg lebih tinggi di IPTA.

      Namun jika ada IPTA yg menerima kes seperti kwn sdr barangkali jg ada pengecualian tertentu. Untuk mndapat jwpn yg lebih tepat, sdr cuba rujuk kepada MQA sendiri.

      Wallahua’lam

    • Salam ‘alaik Shm,

      Setahu saya diploma dari IPTS yang hanya mendapat Akreditasi Provisional dari MQA tidak akan dipertimbangkan untuk ijazah sarjana muda di IPTA. Hal yg sama juga berlaku utk graduan diploma tanpa akreditasi penuh MQA jika ia memohon kerja di sektor awam.

      Tentang ijazah tanpa akreditasi penuh MQA utk mohon master di IPTA saya kurang pasti. Tapi mungkin prinsip yg sama digunakan dlm kes ini.

      Wallahua’lam

    • Ika ingat lagi rupanya..frasa itu sebenarnya cikgu petik dari satu artikel sbg satu belasungkawa utk almarhum Usman Awang. Ia adalah pandangan sahabat baik sasterawan negara ini terhadap sikap dan keperibadiannya.

      Kini ia menjadi sebahagian pegangan cikgu dan diharap ia dapat dikongsi dengan khalayak pelajar dan orang ramai.

  14. askum
    cikgu bad bagi sayalah mata pelajaran yang cikgu bad ajar yang paling saya minat dan tidak memboringkan.Saya amat tertarik dengan cara cikgu menyampaikannya dan kemudian cikgu suka ambil fakta2 luar yang cikgu berikan.Pengajian Malaysia mata pelajaran yang paling menyeronkkan bagi saya .

    dari bumi anbiya
    abd halim

    • ‘Alaikumsalam ustaz Halim,

      Syukran di atas compliment ustaz. Moga kuliah cikgu telah memberi kesan yg positif kpd pembinaan fikrah kenegaraan. Lepas ni jika ustaz nak sambung master dlm bidang ketamadunan bolehlah panjang2kan ilmu yg diterima kepada khalayak umum di luar sana dengan lebih efektif dan efisyen lagi.

      Umat Melayu-Islam khasnya di negara ini semakin jauh dari akar budaya, tradisi dan keagamaan mereka. Tidak terkecuali kaum bukan Melayu yang diuliti oleh isme kemodenan.

      Ingat lagi ‘Tradisional tidaklah sampai kolot, moden tidak pula kebaratan’ ?

      Selamat maju jaya ustaz.

  15. Salam Cikgu Bad,
    Ini adalah kaLi pertama saya mengajukan soalan kepada cikgu..hu3x..saya adalah pelajar lepasan SPM tahun 2008..saya ada masalah untuk melanjutkan pelajaran di mana saya dah mohon IPG,IPT dan Politeknik,namun gagal..pada masa yang sama saya juga telah memohon untuk melanjutkan pengajian di UNISEL..dan permohonan saya di terima untuk program Diploma Komunikasi dan Media..apa yang menjadi masalah skrg ini ialah sejauh mana pengiktirafan UNISEL???saya takut sekiranya berlaku masalah untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah setelah tamat pengajian nanti..pada pndpt cikgu,perlu ke sy lapor dri ke UNISEL atau tggu utk kputusan rayuan IPG,IPT,n Politeknik???

    • Salam sdr Ayie,

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan mengajukan soalan kepada saya. Namun – saya tegaskan di sini – bahawa saya tidak boleh menjawab soalan ini bagi pihak Unisel. Ini adalah kerana saya adalah staf akademik kolej Uniti – entiti yg lain dari Unisel. Sudah tentu jawapan balas saya akan dilihat bias, selain kemungkinan tidak tepat.

      Sebaiknya Ayie mengajukan sendiri soalan ini kepada Unisel kerana hanya ia sahaja mempunyai maklumat sama ada program diploma Komunikasi dan Multimedia telah mendapat pengiktirafan MQA atau belum. Sila lawati website Unisel utk mendapatkan talian online atau nombor pihak HEA atau seumpamanya yg boleh memberikan jawapan yg Ayie inginkan.

      Saya hanya boleh mengiakan kebimbangan AYie bahawa akan terdapat masalah kemudian hari jika diploma yg ditawarkan tidak mendapat pengiktirafan (akreditasi) penuh MQA. Saya memang maklum graduan diploma hanya layak memohon ke IPTA dgn syarat diplomanya telah mendapat akreditasi penuh MQA dan Purata Nilai Gred Kumulatifnya mencapai mata minimum yg ditetapkan IPTA berkenaan. Misalnya PNGK perlu mencapai mata 3.00 atau lebih.

      Begitu juga utk berkhidmat di sektor awam (kerajaan) diploma atau ijazah mestilah telah diakreditasi penuh oleh MQA. Isu ini walaubagaimanapun tidak timbul jika Ayie ingin berkhidmat di sektor swasta.

      Sama ada Ayie ingin menunggu peluang ke IPG, Politeknik dan lain-lain itu bergantung kepada kesediaan Ayie utk ‘ketinggalan’ kerana mungkin tawaran itu lewat diterima. Lazimnya IPTA atau politeknik atau IPG dipilih kerana faktor kos yg lebih murah dan kerajaan ‘punya’. Seakan wujud lebih jaminan bila belajar di pusat pengajian spt itu.

      Namun, bagi mereka yg menempuh alam pengajian di IPTS – biarpun menanggung beban kos yg lebih tinggi dan masalah kemudahan dll – mereka dikatakan lebih ‘tegar’ berdepan dgn masalah dan cabaran di IPTA kelak, selain lebih mampu mengatasi kehidupan sebenar kelak di alam pekerjaan. Ini hanya satu pendapat. Maka tidak semestinya ia benar.

      Apapun semuanya bergantung kepada Ayie utk membuat keputusan muktamad. Di mana pun kita belajar, itu bukanlah perkara paling pokok. Ia sebenarnya tergantung kepada sikap dan kesanggupan kita utk berkorban utk masa depan.

      Selamat membuat keputusan yg terbaik Ayie.

      Wassalam

  16. cikgu bad,lagi satu soalan,kami dari ipts selalu dikertawakan oleh budak2 badan kerajaan mcm politeknik.kolej komuniti..dorang ejek kami bila kami cakap nak wat ijazah kat ipta.dorang cakap susah dapat,kena fight dgn budak2 poly dan kolej komuniti dul.dorang cakap IPTA akan utamakan budak2 poly dan kolej komuniti dulu.Betol ke?

    • Eza,

      Jangan menjadi lemah semangat atau terkesan hanya kerana diperlekeh oleh org lain. Mereka tu adalah pesaing kita yg sebenarnya tidak mempunyai maklumat yg cukup – hanya berdasarkan andaian shj – utk menghukum eza sbg tak layak dsbgnya.

      Setahu cikgu memang ada amalan yg seperti membeza2kan graduan diploma utk ditawarkan program ijazah. UiTM misalnya akan mendahulukan graduan diploma UiTM yg belajar di IPTS. Lepas tu barulah boleh dibuka kepada graduan lain yg bukan UiTM.

      Apa yg penting di sini – pertamanya, graduan dari IPTS mesti mencapai CGPA/PNGK > 3.00 utk ‘selesa’ memohon program ijazah pilihannya. Kedua, diplomanya telah mendapat pengiktirafan (akreditasi) penuh MQA.

      Dengan dua syarat utama eza boleh ditawarkan oleh mana2 IPTA asalkan ada kekosongan tempat dan eza layak di atas kertas.

      Jgn biarkan diri disakat pesaing2 yg tidak fahami soal peraturan sebenar.

      Selamat mencuab Eza.

  17. salam cikgu bad,sy nak mohon masuk ipta untuk program ijazah,sy da nk abis diploma kat unisel..
    saya dah try mohon sekarang,sy da tengok kat laman web UPU,tapi saya tak paham la..kalau sy nak mohon,saya kena tengok kat bahagian lepasan STPM/setaraf ea?dan apa beza Praijazah la,Pascaijazah la,Siswazah la..pening la..yang saya nk apply ni yang mana satu??Cikgu Bad tolonglah..tanya kawan2 pun dorang x taw..

    • Salam eza,

      Maaf cikgu tidak dapat nak semak laman web UPU utk menjawab kemusykilan eza. Cikgu hanya dapat menjawab soalan kedua sahaja.

      Praijazah menrujuk kepada kelayakan sebelum ijazah. Ini meliputi sijil, diploma, atau STPM. Adapun pasca ijazah (post-graduate) merujuk kepada kelayakan akademik selepas ijazah pertama (sarjana muda – BA, BSc dll) iaitu sarjana (master – MA, MSc, M. Ed., dll) dan kedoktoran (PhD – digelar Dr.).

      Siswazah pula mereka yg dah graduat dgn ijazah pertama.

      Jadi kembali kepada soalan pertama tadi, ini bermakna eza kena mohon dan klik di bahagian lepasan STPM/setaraf dgnnya jika tiada bahagian ‘diploma’.

      Eza kena sabar dlm mencari dan menentukan maklumat dan arahan yang betul dlm borang on-line. Jangan gopoh gapah. Eza kena bertanya org yg betul bukan kwn2 biasa yg tidak tahu.

      Selamat mencuba.

  18. saya mrupakan pelajar diploma pengurusan perniagaan di unisel.Sy nak tanya adakah senang untuk sy mlanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah ke mana2 ipta?adakah unisel diiktiraf?

    • Salam Eza,

      Saya tidak dapat menjawab bagi pihak Unisel Eza.

      Namun, utk tidak menghampakan saya akan menjawab secara umum berdasarkan kes2 yg biasa berlaku.

      Setahu saya lepasan diploma mana2 IPTS berpeluang utk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah IPTA dengan syarat (1) diploma tersebut telah mendapat pengiktirafan atau akreditasi penuh MQA. Bukan setakat Akreditasi provisional; (2) pelajar mencapai PNGK (bukan PNGS) yg ditetapkan IPTA berkenaan. Ada yg menetapkan > 2.75, ada yg > 3.00 dan sebagainya. Ini juga berdasarkan bidang yg diambil. Misalnya jika sdri memohon bidang perakaunan PNGK mestilah > 3.00.

      Jadi utk menjawab sama ada dipolma Unisel diiktiraf atau tidak, sdri mesti bertanyakan sendiri kepada pihak HEA Unisel. Mereka pasti ada jawapannya.

      Utk memahami lebih lanjut ttg proses pengiktirafan MQA, sila klik laman ‘Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS) Uniti’ bahagian soal-jawab isu ini jika berkaitan. Juga di laman ini – soal-jawab saya dgn Nazirah.

      Semoga sdri berjaya dalam bidang yang mulia ini.

  19. Salam cikgu Bad.

    Just nak tanya.. ‘penguliahan’ adalah betul dari segi tatabahasa..? saya dah buat sedikit rujukan.. tapi cuba cikgu semak semula.. adakah ia betul atau tidak.


    SHM

    • Salam ukht Misah,

      Semasa nak gunakan istilah ‘Menguliahkan’ pun saya tidak berapa selesa. Tapi diteruskan juga sbg satu ‘eksperimen’. Terima kasih kerana membuat semakan bagi pihak saya.

      Saya ibaratkan dgn istilah ‘Mengajar Pengajian Malaysia’. Cuma ‘Mengajar’ digantikan dgn ‘Menguliah..ditambah akhiran -kan’. Itu rasional saya.

      Demi menjaga tatabahasa yg betul – saya akan membuat semakan lebih lanjut nanti.

      Syukran ukht Misah.

  20. Salam cikgu bad, bila saya bukak blog cikgu bad, saya amat tertarik dengan pendapat dan pandangn cikgu bad, tapi saya ada satu soalan dimana kekeliruan saya dalam memilih universiti untuk sambung pelajaran untuk anak saudara saya. Boleh tak cikgu bad jelaskan, sejauhmanakh pengiktirafan UNISEL oleh LAN. Adakah ianya diiktiraf ? sebab baru-baru ini anak saudara saya memohon diploma prasekolah di unisel, apa yang membimbangkan saya, apabila tamat pengajian di UNISEL, ianya tidak diiktiraf. Ini akan merugikan masa dan pinjaman…dan adakah selepas belajar di UNISEL akan terus di posting dimana-mana sekolah kerajaan atau perlu menduduki mana2 exam untuk melayakkan bergelar sebagai pendidik.?…..mohon sangat cikgu bad menjawab kekeliruan ini….

    yang mengharap
    annekz

    • ‘Alaikisalam sdri Nazirah,

      Terima kasih kerana sudi menziarahi dan mengajukan soalan kpd saya. Keprihatinan sdri terhadap pendidikan adik sdri adalah suatu yg boleh saya banggakan di kala ramai pelajar-pelajar hari ini miskin keprihatinan dan perhatian dari ahli keluarga sendiri.

      Respons saya adalah seperti berikut. Saya mengandaikan sdri bertanyakan mengenai program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS) di Unisel.

      Pertama, saya selaku Ketua Program Diploma Pra-sekolah Kolej Uniti tidak dapat menjelaskan status program sama di Unisel. Ia adalah di luar pengetahuan saya. Justeru, saya mohon maaf kerana tidak dapat mengulas dan bercakap bagi pihak Unisel. Saya mencadangkan sdri Nazirah merujuk terus kepada pihak Unisel. InsyaALlah Unisel mampu menjelaskan status sebenar dan terkini program DPS sama ada dah diiktiraf atau belum.

      Saya memahami kegusaran sdri mengenai nasib adik kelak bila tamat pengajian jika program ini tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia, MQA (dulu LAN). Perkara yg sama jg menjadi isu di kolej saya berkhidmat apabila penjaga dan pelajar berkira-kira utk mendaftar sbg pelajar DPS.

      Namun, utk maklumat dan pemahaman sdri saya akan kongsi mengenai pengalaman kami di Uniti mengendalikan DPS. Mungkin ada persamaan.

      DPS Uniti telah berjalan hampir 2 tahun. Kini DPS mempunyai kira2 290 org pljr utk sem 1 hingga sem 4. Bilangan ini akn bertambah (jngkaannnya) 200 org lagi semester Mei nanti.

      Bagaimana pula dgn status program ini di sisi undang2 negara, lebih khusus MQA?

      Penjaga perlu faham bahawa suatu program baru hanya mempunyai satu kelulusan dari MQA iaitu Provisional Acreditation bagi menjalankan program dan mendapat penajaan MARA atau PTPN kelak. Undang2 ini terpakai utk semua program baru – maksudnya baru memulakan pengajian sem 1nya. Akreditasi pertama ini bagaimanapun tidak mencukupi untuk mendapat pengikitirafan kerajaan (JPA) dan IPTA spt UPSI, UM dan USM.

      Untuk tujuan diikitiraf oleh pihak JPA dan IPTA program ini kemudiannya mesti medptkan pengikirafan penuh (full acreditation) MQA. Tapi prosedur ini hanya boleh dimulakan apabila kolej mempunyai pelajar sem 4. Justeru, pengikitirafan mesti diperolehi mulai sem 4 hingga 6 – sebelum pelajar bergraduat.

      Bagi DPS Uniti kami sdg berusaha keras – sbgman sebelum2 ini utk 9-10 program yg telah lama berjalan dasn semuanya mendapat pengiktiragfan penuh LAN/MQA – utk memanggil MQA bagi menilai dan mengikitiraf penuh program ini. Utk diikitiraf banyak aspek perlu dipatuhi oleh kolej sama ada dr segi akademik, pentadbiran, HEP dll. Ia adalah usaha yg menyeluruh dan rumit.

      Jadi ini bermakna jika suatu program itu masih belum mempunyai pelajar sem 4 atau baru mempunyai pljr sem 4 maka dgn sendirinya kita tahu bhw program itu masih belum mempunyai pengikitrafan penuh.

      Sdri perlu bertanyakan betul maklumat dgn Unisel atau IPTS lain yg menawarkan apa2 program kpd adik sdri. Usul periksa secara mendalam. Jangan tertipu dgn janji manis IPTS kerana mereka ada kecenderungan utk menyorokkan maklumat atau bercakap tanpa fakta yang betul.

      Mengenai prospek selepas graduat nanti, setahu saya kolej saya pun tidak menjanjika sebarang peluang kerja sbg guru Pra-sekolah. Yang mungkin akan berlaku ialah meneruskan pengajian ke UPSI atau IPTA lain.

      Hanya selepas tamat ijazah sahaja mungkin pihak Kem Pelajaran Msia akan menawarkan peluang kerjaya sbg guru Pra-Sekolah. Ini yg saya tahu dari pengalaman lepasan UPSI dlm bidang Pendidikan Awal Kanak2 dan Pendidikan Khas.

      Namun perlu diingat bahawa dasar kerajaan boleh berubah jika keadaan memerlukan. Sama ada peluang ini masih ada pd masa akan dtg wallahua’lam.

      Sdri boleh merujuk kpd jawapan saya kpd soalan yg lebih kurg sama di page DPS. Mungkin ia boleh menambah kpd penjelasan sy di sini.

      Saya berharap adik sdri dpt belajar dlm bidang yg diminati di IPTS yg baik, menurut undang2 MQA.

      Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s