Kolej Uniti (KU) : Antara Persepsi dan Realiti

KU tidaklah segah kolej-kolej swasta lain. Dengan Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIM ) – pesaing terdekat di Kuala Sungai Baru pun KU boleh dianggap kalah. Kalah dari segi bangunan dan prasarana akademik dan sosialnya.

Lokasinya pula jauh ke dalam hutan simpan Pasir Panjang Port Dickson. Orang kata macam tempat jin bertendang. Rasa jauh sangat untuk sampai ke situ.

Ada juga yang melihat KU tak ubah sebuah kampung. Ada ciri-ciri usang di sini.

Bangunan akademiknya lama. Semuanya masih kekal berlantai dan berdindingkan papan. Atapnya macam atap rumah kampung. Hanyadscn4854 dewan makan, dewan besar, tandas-tandas dan sebiji rumah banglo untuk Pengetua Pusat Bina Semangat saja yang agak moden – dibina dengan batu.

Asalnya bangunan-bangunan akademik adalah dorm tempat tinggal peserta kursus Bina Semangat. Maklumlah KU mengambil alih tapak Pusat Bina Semangat Pasir Panjang. Khabarnya KU menyewanya selama 20 tahun dari Kerajaan Negeri Sembilan.

Selain bangunan dan prasarananya yang merupakan ‘pusaka’ Pusat Bina Semangat, ketiadaan kemudahan perbankan dan aktiviti sosial di pekan Pasir Panjang menyebabkan KU berada dalam pekan mati.

Tak banyak yang boleh dilakukan untuk melepaskan tekanan belajar dan membuat aktiviti luar kelas. Nak pergi bandar PD jauh pula. Nak ke Kuala Sungai Baru pun jaraknya boleh tahan jauh. Kira-kira 15-20 km. Pelajar seakan terkongkong oleh persekitaran yang kian sempit kerana pelajar yang semakin ramai.

Agaknya secara kebetulan pula KU berpegang kepada nilai-nilai tradisional Melayu-Islam biarpun misinya untuk melahirkan teknokrat dan profesional muslim bagi mengisi pasaran dan keperluan guna tenaga semasa negara. Falsafah pendidikannya pula diambil dari tradisi keilmuan Islam.

Ini menjelaskan mengapa peraturan KU agak  ketat. Ketat mengikut budaya Melayu (Timur) dan syariat Islam. KU sangat sensitif dengan amalan dan tingkah laku pelajarnya.

Bagi menjaga dan mengawal sosialisasi warga KU, maka semua diwajibkan menutup aurat sejajar dengan tuntutan Islam. Sama ada suka atau tidak, rela atau terpaksa semua warga KU bukan saja kena berpakaian sopan tetapi menutup aurat.

Seiring dengan ini juga, sebarang kelakuan yang condong kepada gaya hidup liberal adalah satu penyimpangan budaya yang mesti dikekang. Dalam hal ini KU tiada kompromi. Akhlak dan agama maha penting di KU.

Bagi saya inilah ciri pokok dan menjadi tiang seri kepada kewujudan KU sebagai IPTS yang akan dapat menghadapi cabaran zaman yang sarat materialistik dan hedonisma.

Disebabkan keadaan ini KU dianggap kolej yang tradisional atau konservatif.

Namun di sebalik ‘kekurangan’ dan ‘kesulitan’ hidup warga kolej selama ini masih ada kebaikannya KU tersorok jauh di kawasan pedalaman.

Persekitaran KU dihijaukan oleh hutan simpan yang luas. Kompleks KU pula betul-betul berhadapan dengan Laut Selat Melaka.

Ketika bayu laut Selat Melaka bertiup di waktu petang keadaan begitu dscn2060mendamaikan sekali. Sebab itulah KU diberi jolokan ‘Kolej Panaromik’. Pengalaman yang tiada di kebanyakan IPTS atau IPTA di negara ini.

Begitulah KU ketika ia memulakan operasinya pada awal 1997 dahulu. Buat permulaan semuanya berjalan dengan baik.

Namun langit tidak selalunya cerah di KU.

Sebagai entiti perniagaan-pendidikan, KU tidak terelak dari mengalami kemelut persaingan dengan IPTS lain. Pasang surut, untung dan rugi perniagaan menyekat perkembangan KU.  Dasar kerajaan yang berubah juga mempengaruhi perancangan dan perkembangan KU.

Akan tetapi – alhamdulillah – KU masih gagah bertahan ketika mana banyak IPTS bumiputera gulung tikar. Barangkali kerana keberkatan alim ulamanya dan niat serta iltizam para akademiknya untuk menyampai ilmu dan mendidik para pelajarnya menjadi insan soleh.

Dalam keadaan yang serba kekurangan inilah KU memikul tanggungjawab sosialnya menerima permohonan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang pilihan yang ketika itu agak terhad ditawarkan oleh KU.

Dari mata kasar tidak ramai beranggapan apatah lagi untuk mempercayai bahawa KU telah melahirkan ramai graduan lepasan diploma yang telah berjaya mencapai cita-cita mereka sama ada meneruskan pengajian ke peringkat ijazah atau bekerja di sektor awam atau pun swasta.

Sebahagian daripada mereka tersekat ke IPTA kerana gagal mencapai kelayakan minima kredit SPM seperti yang disyaratkan IPTA. UiTM misalnya meletakkan syarat 5 kredit termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Ramai pelajar Melayu yang melepasi syarat ini. Tapi masih ramai juga yang tidak mencapainya. Tu yang kena masuk program pra dulu sebelum diterima ke program diploma.

Dan peluang ini yang disediakan oleh KU – semenjak 1997 lagi. Biarpun KU menerima pelajar-pelajar second class (mengikut tanggapan masyarakat luar) sebab yang first class dah masuk IPTA dulu atau lebih awal – namun pencapaian para pelajarnya boleh dibanggakan.

Pelajar-pelajar junior KU harus tahu bahawa kolej yang sering dianggap ‘indah khabar dari rupa’ ni besar jasanya kepada negara.

KU pernah menghasilkan graduan first class Bachelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Komunikasi UPM – pencapaian julung-julung kalinya dicapai pelajar Melayu.Yang membanggakan lagi ialah UPM sendiri belum pernah melahirkan pelajar Melayu first class dalam bidang kejuruteraan tersebut.

Bagi program DIA dan DBS UiTM, KU tidak kurang hebatnya. Beberapa orang pelajarnya pernah mendapat Anugerah Dekan (Dean’s List) dari UiTM Malaysia.

Lepasan DPI (Syariah) pula ramai yang dah berjaya menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar di peringkat ijazah. Kini graduan KU dan Azhar ini kebanyakannya menjadi pendidik di sekolah kerajaan atau pensyarah di IPTS atau IPTA.

Tinjauan rambang saya telah dapat mengutip maklumat tidak rasmi dari bekas-bekas pelajar KU mengenai bagaimana lakunya graduan KU di sektor awam dan swasta.

Segelintir yang saya tahu pula telah dapat menurut jejak langkah pensyarah mereka apabila berjaya memperolehi gelaran pelajar pasca-siswazah. Beberapa nama seperti Fouziah Yasin , batch pra-Sains UiTM-Uniti – berjaya melanjutkan pengajian ijazah pertama ke UK dalam bidang kejuruteraan komputer dan kemudian menamatkan pengajian pasca-ijazah (master) di sana.

Ada juga yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah. Antara yang telah mahsyur namanya ialah Nur Athiroh Masyaa’il Tandsc_3202_resize Abdullah @ Tan Ai Pao, graduan DPI Uniti yang kemudian mencipta nama di UKM. Beliau telah dikurniakan Anugerah Pelajaran Di Raja UKM kerana kecemerlangan akademiknya. Dan khabarnya beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Jordan untuk ijazah kedoktorannya pula setelah tamat pengjian sarjananya di UKM.

KU masih tidak miskin pelajar yang cemerlang. Masih ada yang KU tidak tahu tentang kejayaan bekas pelajarnya.

Antaranya adalah Hairin, batch kedua Pra-Sains UiTM-Uniti 1999. Baru-baru ini pula saya telah ditakdirkan bertemu kembali beliau. Secara kebetulan beliau menghantar adiknya untuk mendaftar sebagai pelajar baru DPI.

Apa yang membanggakan saya ialah pada penghujung Mei nanti beliau akan berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Seingat saya beliau bukanlah pelajar favourite. Tapi nasib dan tuah seseorang tiada siapa pernah tahu. 10 tahun kemudian beliau antara pelajar cemerlang UniKL yang mendapat tajaan MARA dan tawaran bekerja sebagai pensyarah UniKL.

Yang manis juga ialah beliau akan melangsungkan perkahwinannya pada awal Mei. Dan yang mengharukan saya juga adalah beliau lambat tamat pengajian dan berkahwin kerana menanggung pengajian adik-adiknya. Beliau ingin ‘lepaskan’ adik-adiknya dahulu. Tidakkah ini suatu sikap yang mulia bagi seorang kakak kepada adik-adiknya. Moga Allah memberkati kehidupannya.

Kesimpulannya, graduan KU adalah at par dengan graduan IPTS dan IPTA lain walaupun dalam keadaan yang bergelut dengan kepayahan dan kesulitan di tempat yang agak tersorok dari kemajuan kota. Ini membuktikan bahawa mutu pendidikan KU – yang bukan bersifat lahiriah – juga setanding dengan mutu IPTS dan IPTA lain.

Pengiktirafan penuh LAN (sekarang MQA) ke atas 10 – 11 program akademik bertaraf diploma dan ijazah menjadi hujah bahawa pendidikan KU telah mengikut piawaian pihak berkuasa negara.

Jadi dengan menginsafi sejarah KU ini, bagaimana sikap pelajar KU hari ini ? Adakah akan terus terkesan dengan tuduhan KU ‘indah khabar dari rupa’ lagi?

Kepada para pelajar KU sekarang anda bertanggungjawab menyambung tradisi prestasi akademik yang baik yang pernah dicapai sebelum ini. Kini dengan peningkatan kemudahan penginapan dan naik taraf prasaranadsc_5741_resize akademik yang sedang berlaku di KU dan Uniti Village, usaha menyambung tradisi ilmu akan jadi lebih mudah.

Masyarakat dan negara tidak mahu mendengar alasan lagi bahawa pelajar Melayu masih di takuk lama – lemah, pasif dan hanya menjadi bangsa subsidi.

Dengan sikap dan dorongan yang betul serta peluang yang ada, seseorang dsc_6295_resizeyang hampir tercicir boleh meraih kejayaan yang gemilang. Ingatlah jika jatuh 7 kali, bangkitlah 8 kali.

Benarlah ada orang yang perlu gagal untuk berjaya dengan lebih cemerlang kemudian hari.

Sebahagian daripada mereka yang berjaya ini berasal dari acuan KU.

Untuk lebih tersuluh dan terpandu, mari kita kembali ke akar budaya dan agama kita.

Mengapa ?

Kerana kecemerlangan akademik perlu dicapai oleh pelajar yang sarat budi. Budi ini yang membentuk akhlak.

Barulah ia benar-benar beerti – untuk agama, bangsa dan negara.

Advertisements

79 comments on “Kolej Uniti (KU) : Antara Persepsi dan Realiti

  1. Salam…Ckg,sy bakal students UNITI thaun ni bermula 26/5/2014 ni..
    Sy baca artikal negatif tentang UNITI PD ia membuatkn sy berubah fikiran…
    dengan org sekeliling sy ckp sijil disini x laku…
    tpi bila sy bca artikal & komen2 bekas pelajar sy mengerti mana yg betol mana yg slh… Jujur sy katakn sy tertarik dgn cara pendidikn disini kerana menggunakan syariah Islam… sy pun berfikir mahu berhijrah dri yg kurang mengerti Islam menjdi seorg yg mengerti Islam lebih mendlm….

    • Wa’alaikum salam Syahizin96,

      Semoga pilihan sdri untuk menerima tawaran KU mendapat keberkatan Ilahi hendaknya.

      Kami ucapkan selamat datang…ahlan wa sahlan ke Kolej UNITI yang tidak sepertinya ini. Jumpa nanti.:)

    • Assalamualaikum adik, ahlan belajar di UNITI…memang indah khabar dari rupa…tetapi berkat akk belajar di sana, Alhamdulillah akk smbung pengajian di Al Azhar Mesir, bnyk ilmu bermanfaat yg akk dapat…

  2. Assalammualaikum .. Sy bkl melanjutkn pljrn d KU mnggu dpn .. Sy ni peljr dri sabah dan sy mngmbil bdg diploma pra-sekolah d sna nnti .. Sy nk tny, KU nii swasta atau kerajaan ? Sbb sy ada npk byk bnda negatif psl KU yg sy bca d ntrnt .. Tpt tnggl pljr nii dkt dgn kdai rncit ka ? Sbb nnti klau nk beli ssuatu ssh lg .. Kn tpt tnggl pljr diktakan jauh dri bndar .. Sy hrp sgt prtnyaan sy akn dijwp .. Trima kasihh 🙂

    • Wa’alaikum salam Wawa,

      Terlebih dahulu cikgu mohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab. Blog ini telah lama tidak aktif. Justeru cikgu jarang membukanya.

      Kembali kepada pertanyaan Wawa, semua pelajar KU wajib tinggal di asrama yang disediakan pihak kolej iaitu di Iora Permai, Uniti Village (keduanya di Tanjung Agas, Pasir Panjang NSDK) dan terbaru di Palm Spring (tidak jauh dari kampus induk di Pasir Panjang).

      Di semua asrama ini disediakan kemudahan kedai makan dan kedai runcit. Pelajar tidak perlu risau mengenai masalah susah nak dapat bekalan runcit dan sebagainya.

      Tempat tinggal (bahkan kolej ini pun) memang disengajakan didirikan jauh dari pusat bandar agar pelajar dapat belajar dalam suasanan yang lebih kondusif apabila jauh dari keriuhan kota dan anasir-anasir negatif yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan kota.

      Apapun kami ucapkan selamat datang Wawa.

  3. salam cikgu bad…
    pertama sekali ingin saya hendak ucapkan betapa terima kasihnya saya pada cikgu2 yang pernah mengajar saya. pembelajaran saya bermula pada 1997 iaitu mula2 Kolej UNITI dibuka….saya adalah batch pra sains yang pertama..sehingga lah saya tamatkan pengajian saya di peringkat ijazah kejuruteraan di Kolej UNITI ini pada 2003. saya bukan lah pelajar fav. tapi cikgu yang mengajar saya pada ketika itu menyebabkan saya berjaya….disitulah saya mendapat ketenangan dan kejayaan dalam hidup saya…
    cikgu bad..saya amat rindu untuk bertemu dengan kalian..tapi saya tak pasti samaada cikgu yang pernah mengajar saya dari pra-sains sehingga lah bacelor, masih ada atau tidak lagi mengajar di Kolej UNITI.
    TERIMA KASIH CIKGU SEMUA…

    • W’slam Salwa,

      Salam kemerdekaan tanah air kita ‘Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’.

      Pertamanya terima kasih di atas penghargaan Salwa kpd kami pensyarah lama UNITI. Terharulah pulak. Dah lama Salwa tamat belajar tapi masih ‘basah’ lagi ingatan pd kami dan UMITI.

      Ya cikgu dan ramai lagi pensyarah lama masih mengingati Salwa. Kejayaan Salwa sebenarnya adalah hasil usaha gigih dan berterusan Salwa dengan izin ALlah. Pensyarah hanya perantaraan ilmu sampai dari Allah kepada pelajarnya. Tahniah cikgu ucapkan di atas kejayaan Salwa dalam akademik, kerjaya dan keluarga sekarang.

      Ramai yang dah meninggalkan UNITI. Antaranya cikgu (Dr. sekarang) Che Soh dan Cikgu Nazre ke UPSI. Cikgu Shipun (bakal Dr.) di UTHM. Ust (Dr) Zul kini berjaya sbg pendakwah bebas. Yg tinggal selain cikgu ialah Ust Nafis, Ust Soberi, cikgu Ujang, cikgu Md Zin, Pn Chah, Pn Nani, cikgu Zakri dan cikgu Roslan.

      Silalah singgah. Kami tunggu Salwa.

      Wassalam

  4. Assalamualaikum wbt,
    Cikgu Bad. Nak tanya, maksudnya selepas bayaran RM2600, akan ada bayaran lagi bila berada di kolej selepas mdaftar?

    • W’slm Hasbullah,

      Bayaran RM2600.00 itu hanyalah bayaran untuk pendaftaran masuk. Kos pengajian termasuk sewa penginapan, perkhidmatan HEP dan lain-lain masih perlu dijelaskan pelajar sepanjang pengajian 6 semester di Kolej UNITI. Namun semua kos ini akan dilunaskan oleh PTPTN atau MARA (yg mana diluluskan buat sdr). Lazimnya bagi program diploma jumlah keseluruhan 6 semester ialah RM24,000.00.

      Sdr perlu faham bahawa apabila kos pengajian itu dilunaskan oleh PTPTN atau MARA, sdr tidak lagi berhutang dgn Kolej UNITI. Sdr hanya berhutang dengan PTPTN atau MARA. Hutang ini wajib dilunaskan selepas tamat pengajian nanti. Namun pengecualian bayar balik boleh diberikan oleh penaja tersebut jika PNGK sem 6 mencapai mata > 3.5 (jika tidak silap cikgu). Perkara ini perlu dirujuk kepada penaja berkenaan untuk kepastian.

      Semoga penjelasan ini membantu sdri memahami perbelanjaan yg perlu dikeluarkan untuk pengajian di kolej ini.

      Wassalam

  5. salam..saya nak tny..memg semua student uniti ni yg perempuan pakai tudung jenis bwal ke? x boleh ye pkai jenis slendang..dan btol ke sush nak cri tempat mkan kt situ?

    • W’salam Farahdyana,

      Pelajar lelzki dan perempuan wajib menutup aurat menurut etika berpakaian Kolej Uniti. Khusus bagi pelajar perempuan, jenis dan kaedah bertudung yang dipilih pelajar perlulah menurut tatacara yang ditetapkan. Amnya pemakaian tudung yang betul menurut konsep hijab ialah melabuhkan tudung ke bawah paras dada, dan tidak terlalu menonjolkan aksesori dan mempamerkan tren fesyen yang keterlaluan.

      Adapun pakaian perlulah longgar dan tebal. Ia tak boleh begitu ketat hingga menampakkan susuk tubuh seperti sarung nangka.

      Wallahua’lam

  6. sy adalah bekas pelajar UNITI…Alhamdulillah atas didikkan pensyarah2 disana sy tak akan berada disini…tak akan bergaji sebesar ini…dimana kita berada bukan tempat jadi pengukurnya,atas usaha pelajar sendiri,..jika pelajar itu pun belajar main2 sama ada palajar itu di IPTA tak akan berjaya juga, Dengan gaji dan apa yg saya ada sekarang belum tentu pelajar dr IPTA pun ada sekarang,sy beruntung walaupun anggapan orang terhadap UNITI dalah salah sbb sy berjaya atas tunjuk ajar pensyarah2 disana….Alhamdulillah saya jua dapat menjejak kaki di luar negara walaupun sy dr pelajar UNITI…bagi sesiapa yg suke mencari kekurangan orang lain cube-cube lah mencari kekurangan diri sendiri…jangan terlalu mencari kesempurnaan belum tentu yg sempurna itu cantik….dimana kita belajar yg penting pointer kena jaga…All the best untuk yg suke mencari kesilapan orang lain…suluh2 lah diri sendiri…wasallam….

    • As salam Indaharlina,

      Terima kasih di atas ingatan dan penghargaan ke atas Kolej UNITI di mana dari situlah kejayaan sdri bermula. Apapun kredit sebenar adalah kepada diri sdri sendiri kerana pencapaian adalah ditentukan oleh pilihan yang dibuat oleh diri pelajar itu sendiri.

      Bagi kami kerabat pensyarah KU mengucapkan kejayaan terus dikecapi sdri dlm kerjaya dan rumah tangga, in shaa ALlah.

  7. Pingback: Kolej Uniti (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupa’kah Ia ? | Blog Kolej UNITI

  8. Pingback: Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya | Blog Kolej UNITI

  9. assalamualaikum cikgu,sy ingin bertanya soal kos pembelanjaan bg diploma pra sekolah ni??boleh tidak saya ingin tahu jumlah keseluruhan kos diploma ni?

    • Wa’alaikumsalam Lia,

      Yuran DPS sama dengan kebanyakan program akademik di KU iaitu RM24,000 untuk 6 semester. Namun ini tidak termasuk dengan bayaran pendaftaran RM2,600.00.

      Bagi menampung kos pengajian sdri berpeluang untuk memohon penajaan daripada PTPTN atau MARA – jika ada peruntukaqn dari pihak kerajaan.

  10. assalamualaikum cikgu…
    sy akan beajar di kolej uniti dlmbdang pra persekolahan..sy ada terbaca ttng komen-komen negatif mengenai kolej unit…tetapi sy masih tetap ingin belajar di kolej uniti..jadi sy ingin tahu mengenai prasarana terbaru uniti…jika boleh cikgu tlg pamerkan gambar terbaru keadaan kolej uniti…

    terima kasih…

    • Wa’alaikumsalam Ani,

      Terimas kasih dan tahniah kerana masih cuba berfikiran rasional dan usul periksa terhadap cerita-cerita yg negatif ttg KU di laman sosial. Untuk mendapat maklumat lanjut ttg KU, boleh layari Facebook KU di : http://www.facebook.com/kolej.uniti.pd

      Selain itu Ani boleh layari blog KU di : uniti.wordpress.com

    • assalamualaikum/salam 1 malaysia….. sy En Mohammad Yaakob,bertugas sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar di Uniti. sy ditugaskan bergerak di seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak utk mendapatkan/memberi PELUANG kpd pelajar lepasan SPM/STPM utk melanjutkan pengajian diperingkat Diploma/Degree.alhamdulliah…sambutan dan pengetahuan/penerimaan mengenai Kolej Uniti sudah mula dikenali,dimana sj kami pergi,mahupun di Sabah/Sarawak mereka sudah tahu berkenaan Uniti. mereka sudah tahu yg KU terletak di Port Dickson N9, mereka tahu KU menyediakan ASRAMA SEPANJANG PENGAJIAN TIGA TAHUN,berkenaan asrama adalah yg selalunya ibubapa/beliau tersangat suka,kerana tak banyak Kolej yg boleh menyediakan asrama sehingga tamat pengajian. belajar diKU TIADA YURAN BULANAN, semua Program diKU adalah bersesuaian dgn pasaran sekarang dan yg paling penting semua programnya telah mendapat pengiktirafan oleh KPT,MQA DAN JPA.
      kadang2 ada juga yg cakap KU jauh dri bandar, tapi perkara itu tidak menjadi masalah kerana ibubapa pelajar lagi bijak dri anak2nya, sebab bgi ibubapa tempat yg paling sesuai utk belajar adalah kolej seperti Uniti,jauh dri kesebukan kota atau bunyi2 kenderan.
      Bagi pelajar yg sudah konvo pula pandangan mereka berbeza, kalau sebelum ini mereka sangkakan dgn keputusan spm 3 kredit yg mereka ada,mereka tak blh pergi kemana-mana,apa lagi utk sambung diploma, tapi alhamdulliah… selepas berjumpa kami, berkat kekuatan semangat dan tunjuk ajar dari pensyarah2 yg berdidakasi selaras dgn moto KU, BERILMU BERAKHLAK DAN BERBAKTI. ada diantara mereka yg sudah berjaya sambung pengajian sehingga keluar negar.
      bagi pendapat sy KU adalah satu kolej yg telah berjaya melahirkan graduan-graduan yg berjaya sejak lima belas tahun dahulu.
      kpd adik2 atau para ibubapa yg masih tercari2 dimana tempat yg boleh membawa anda/anak2 Tuan/Puan ke arah kecemerlangan, boleh lah hubungi/sms sy ditalian 017-6835203/012-6848614 atau daftar online http://www.jommasukkolejuniti.blogspot.com
      ‘KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI’ dan ‘KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI’

  11. salam,cikgu bad.terlalu banyak kenangan sy di KU…sy ex student DPI di KU Nov 2008 – Nov 2009. tak sempat sy nak habiskan DPI sy…ape yang paling penting sy nak kongsi dgn cikgu bad ialah sebelum sy mula blaja di KU,sy bukanlah pelajar dari sek.agama yang ada asas bahasa arab.tapi mungkin sebab niat + minat + sokongan keluarga,kawan2 dan yang penting pendidik2 KU yang profesional tak jemu2 untuk mengajar student mcm sy ni yang membuatkan sy dapat keputusan yang agak cemerlang bg sy (3.1) pd semester 1.sy nak ucapkan byk2 terima kasih pada semua warga KU (pelajar & pendidik)…..sampai sekarang pun sy masih minat untuk meneruskan minat sy dalam bidang Pengajian Islam.tapi, banyak sgt halangan (kerja + masa).tapi, apa yang penting sy nak bg tau cikgu bad, sy syg Kolej Uniti…..kalau satu hari nanti KU ade program PJJ (DPI),tolong bagitau sy ye cikgu bad…..sekian, Assalamualaikum…..

  12. Sy ieka,pelajar lepasan spm 2010,sy mendapat tawaran dari uniti ,dari upu ,sy dapat twaran uiam kos kejuruteraan dan sains komputer,tp sy dari keluarga susah,sy ingat nk msuk uniti hanye krana ada pinjman mara,,,,sy punyai ibu tunggal yang x mmpu nk tanggung pandidkan sy di universiti,,,sy harap pihak uniti dapt bantu syyy,,,,sy ingin berjaya

    • As salam Nurul Zulaikha,

      Pertamanya cikgu mengucapkan tahniah di atas tawaran yg diterima sdri. Pastinya keputusan SPM 2010 sdri agak baik dan membanggakan. Syabas! Tidak ramai yg bernasib baik seperti sdri yg menerima tawaran dari UIAM – sebuah IPT Antarabangsa yg tersohor itu. Sebaiknya sdri merujuk dahulu kpd UIAM ttg bantuan pembiayaan pengajian yg mungkin disediakan sama ada oleh dana khas UIAM atau dari dana MARA atau PTPTN sendiri.

      Hanya jika peluang ditaja tiada barulah sdri boleh mencari peluang lain di IPTA lain atau IPTS yg sesuai. Cgu sebenarnya tidak fikir nasib pljr spt sdri akan diabaikan kelak. Selain dr wang zakat sdri boleh memohon dana khas dr pihak2 berkenaan spt Yayasan Bukhary dan sebagainya.

      Apapun cgu berpendapat tawaran UIAM adalah lebih baik krn ia sebuah IPT yg mempunyai nama yg kukuh di tanah air kita. InsyaALlah masalah penajaan pengajian bukanlah isu besar kerana bantuan selalunya akan diberikan kpd pelajar dari latarbelakang sosio ekonomi yg lemah spt sdri. Saya percaya ramai pelajar yg senasib dgn sdri dan mereka memilih utk tabah menghadapi dugaan hidup. Jgn lepaskan peluang yg berharga ini hanya kerana takutkan ‘keptusan’ duit nanti utk makn minum dan membeli buku. Rezeki sdri ada insyaALlah.

      Kejayaan sentiasa memihak kepada mereka yg tidak pernah kenal erti putus asa, selain sentiasa berikhtiar memajukan dirinya dengan fikiran yg kritis, terbuka dan berani meneroka peluang.

      Akan tetapi jk sdri Nurul memilih utk belajar di UNITI kami di sini mengalu-alukannya. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. InsyaALlah di UNITI ada sebahagian pelajar kami yang senasib dengan sdri. Dan nasib mereka sedaya upaya kami bela.

      Moga Allah merahmati sdri. Amin

  13. Assalamualaikum wbt..

    Alhamdulillah..salah seorang adik saya telah di tempatkan ke KU..namun saya tak dapat ikut dia mendaftar kerana bekerja di Terengganu..jadi saya ingin mengetahui status terbaru prasarana KU dari pihak KU..kerana dari apa yang saya baca (komen-komen di atas) prasarana KU agak “poor”..tapi saya tak memandang akan kesemua prasarana..tetapi cuma mahu mengetahui tentang prasarana utama yakni kemudahan pelajaran, bank, kesihatan dan sosial..

    wassalam, (^_^)
    subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil’adzim 🙂
    ~~Muslim Sepakat Islam Berdaulat~~

    • Wa’alaikum salam En Muhammad Naili,

      Pertamanya terima kasih kerana memilih Kolej UNITI utk pengajian diploma adik sdr.

      Saya akan cuba menjawab soalan-soalan dikemukakan berdasarkan apa yg boleh diperhatikan secara fizikal di kampus baru di UNITI Village dan kampus lama di Kompleks UNITI.

      Gambar yg ditunjukkan dlm entri saya yg dibaca oleh sdr adalah gambar di kampus lama di Kompleks UNITI Pasir Panjang. Kampus ini masih lagi digunakan untuk program2 akademik bertaraf diploma dalam bidang Pengajian Islam, Pengajian Pernaiagaan, Perakaunan, Sains Komputer, Muamalat dan program usahasama UiTM dan UPM.

      Sementara bagi program Pendidikan Prasekolah ia dijalankan sepenuhnya di UNITI Village mulai 2 tahun lepas. Kemudahan di sini masih di tahap sederhana , memadai utk keperluan biasa pelajar seperti kemudahan bilik kuliah di bangunan baru akademik dan lama, makan minum, keperluan peribadi pelajar – yg semuanya disediakan oleh cafe dan koperasi kolej.

      Adapun kemudahan bank setakat ini hanya ada di Pasir Panjang (Agro Bank, termasuk mesin ATM) dan bank2 lain di Port Dickson (kira2 20 km dr KU), atau pilihan lain di Masjid Tanah Melaka (kira-kira 25 km dr UV). Mesin ATM di kampus telah lama diusahakan tetapi belum mendapat kelulusan pihak bank berkenaan.

      Kemudahan pengangkutan telah menjadi lebih baik kerana bas sudah dapat masuk ke kampus UV (juga sebagai tmpat penginapan pelajar). Pelajar juga boleh mendapatkan khidmat teksi di sekitar Tanjung Agas atau Pasir Panjang utk ke PD, Seremban atau ke Melaka.

      Kemudahan sosial dan kesihatan di bawah tanggungjawab HEP dan felo. Dan ia berjalan dalam batasan kemampuan pihak tersebut setakat ini. Kami juga mempunyai hubungan baik dengan pusat kesihatan dan pihak PDRM, khasnya apabila timbul isu-isu kesihatan dan keselamatan pelajar.

      Utk makluman sdr, usaha masih terus dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak pengurusan utk menambah baik prasarana sedia ada agar persekitaran kampus dan asrama menjadi lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran para pelajar KU.

      Kita doakan agar Kolej UNITI terus maju dari segi intelektual dan manusiawinya, amin.

  14. Alhamdulillah,selama saya menjadi Education Affairs(Pegawai Pengambilan Pelajar) di KU,tiada sebarang masalah besar yang timbul apabila menguruskan kemasukkan pelajar baru.Hanya pada permulaan sahaja terdapat rungutan ibu bapa tentang lokasinya yang agak jauh dari pekan namun apabila melihat sendiri lokasinya yang amat amat sesuai untuk seorang pelajar mencapai cita-citanya,segala rungutan tersebut hilang dan digantikan dengan kesyukuran…KU bukanlah sepertimana IPTA/S lain yang membenarkan para pelajarnya menyewa diluar,disini segalanya adalah terjamin dan selamat.Jika ada ibubapa diluar sana yang ingin menghantar anak anak anda belajar disini,KU adalah pilihan yang paling tepat.Jangan segan silu untuk menghubungi saya ditalian 012-2711982,saya akan membantu anda seberapa yang boleh

  15. Cik gu Bad,

    Terima kasih di atas jawapan dan penerangan. InsyaAllah, anak saya akan mendaftar di KU pada penghujung bulan nanti dan seterusnya belajar sehingga tamat. Saya sememangnya berharap agar KU dengan sokongan semua warga dan tenaga pengajarnya akan menjadi pendorong bagi pelajar-pelajar baru seperti anak saya untuk mencapai kejayaan cemerlang.

    Semoga kita juga akan berpeluang untuk berjumpa suatu hari nanti.

    rgds,

    • En Rahman,

      Dengan tunjuk ajar pensyarah, persekitaran yang baik dan pergaulan yang sihat anak En Rahman akan berjaya mengejar cita-citanya. Namun, sikap dan iltizam dialah yang menjadi faktor pokok kepada pencapaiannya kelak.

      Selebihnya, dia pasti berhajat kepada doa ibu dan ayahnya. Moga Allah mentakdirkan kejayaan cemerlang buat anak En Rahman. Amin

      InsyaAllah kita akan bertemu suatu hari nanti.

      Wassalam

  16. Assalamualaikum Cik gu Bad dan alumni Kolej Uniti,

    Anak perempuan saya berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan Pra-Sekolah di Kolej Uniti. InsyaAllah akan mendaftar pada penghujung bulan May ini.

    Kalau ada seiapa yang sudi berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka, saya ingin mendengar sedikit feedback dari alumni yang telah berjaya mendapat diploma dan dimanakah mereka sekarang? Mungkin dapt menjadi panduan dan pembakar semangat untuk anak saya.

    Sekian. Terima kasih.

    rgds,

    • Wa’alaikumsalam En Rahman,

      Pertamanya saya bagi pihak Kolej UNITI mengucapkan terima kasih kepada En Rahman kerana bersetuju menerima tawaran pengajian DPS Kolej UNITI. Juga diucapkan tahniah kepada anak En Rahman kerana memilih untuk meneruskan pengajian pasca-SPMnya di kala ramai lagi yang tidak cenderung untuk menyambung pengajian selepas tamat pengajian sekolah menengahnya.

      Kedua, program DPS Kolej UNITI masih belum mengeluarkan graduan pertamanya walaupun baru sahaja mendapat pengiktirafan atau akreditasi penuh MQA awal tahun ini. Graduan sulong hanya akan dikeluarkan pada sekitar bulan Oktober nanti selepas pelajar semester 7 menamatkan latihan praktikum mereka. Justeru, DPS masih belum ada testimoni kejayaan dan pengalaman bekerja di sekotor awam atau swasta.

      Namun, setakat ini, hasil hubungan tidak resmi dengan pihak KEMAS dan tadika swasta di sekitar N Sembilan, Selangor dan tempat-tempat lain, peluang graduan untuk diterima sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak atau guru pra-skolah adalah agak baik. Juga dengan pengiktirafan MQA tadi, insyaALlah peluang meneruskan pengajian ijazah di IPTA dalam bidang pendidikan amnya dan pendidikan pra-sekolah khasnya akan terbuka luas.

      Untuk pengetahuan En Rahman, pihak DPS kini sedang mengemaskini kurikulumnya atas nasihat MQA pasca penilaian MQA yang membuat lawatan penilaian pada Oktober tahun lepas. Untuk itu pihak kami telah mendapatkan bantuan pakar bidang dari UNITAR dan UPSI. Ini dapat mengukuh dan memantapkan lagi program ini agar pelajar dan graduannya kelak dapat memenuhi keperluan pasaran dan kehendak semasa arus pendidikan negara yang kini memberi fokus besaqr ke atas pendidikan pra sekolah. Buktinya adalah program PERMATA dan usaha menaiktaraf Tadika KEMAS oleh pihak kerajaan.

      Saya bagi pihak En Zakri Md Zain – selaku Ketua Program DPS sekarang – mempelawa anak perempuan untuk berhubung dengan pelajar senior – selain membaca bahan2 berkaitan DPS di dalam blog Kolej UNITI atau blog Ketua Program sendiri (boleh dicari di blog Uniti) – untuk mendapatkan gambaran lebih dekat tentang program DPS ini.

      Selain itu, kami mempunyai barisan pensyarah terlatih dari UPSI, UM dan USM yang – sebagaimana kebiasan – selain mengajar juga menjadi rakan dekat pelajar kelak.

      InsyaALlah dengan kekuatan lebih 700 org pelajar DPS sekarang, program ini akan kekal popular kepada pilihan pelajar dan ibu bapa. Kami berharap program ini akan menyumbang kepada keperluan pendidikan pra-sekolah negara.

      Memadai buat sementara ini. InsyaAllah peluang untuk bergaul dengan para senior dan pensyarah akan membuatkan anak En Rahman semakin biasa dengan persekitaran DPS dan kampus UV.

      Ahlan wa sahlan buat anak En Rahman.

      Wassalam

  17. Assalamualaikum…
    Kepada semua bekas2 pelajar Ku atau yg masih meneruskan pengajian di KU.. Saya ucapkan tahniah… baru semalam (13 April 2010 ) saya mendaftarkan anak sulung saya di sini. Pertama kali menjejakkan kaki bersama rombongan kami di sini.. Rasa nak balik pun ada kerana panorama nya yang tidak seindah khabar seperti yang diuar-uarkan oleh seorang pegawai yang bertugas mengambil pelajar baru ini… Walaupun demikian kami tetap melangkah dengan hati yang berat kerana pendaftaran telah pun dibuat.. Akhirnya saya pun meninggalkan anak saya di sini demi menuntut ilmu dan cita-cita sebagai pendidik. Sebelum pulang saya saya sempat berpesan kepada anak sulung yang amat dikasihi iaitu Nurul Farhanim.. Belajar lah nak… walaupun kamu terpinggir dari kemewahan dan keriuhan bandar namun di sinilah kamu akan menuntut apa jua bidang ilmu yang baik… Balik.. saya mendokan anak saya semoga dia tabah menghadapi apa jua rintangan yang harus dilalui di sini.. Saya tahu tengok dari keadaan di sini anak saya pasti akan menghadapi banyak rintangan kerana tempat ini hanya untuk anak-anak yang mahu mengenepikan apa jua hiburan dan juga kesenangan yang diperolehi barsama ibu bapa mereka . Saya tahu suatu hari nanti anak saya akan sedar betapa pembelajaran ilmu di akhirat di samping ilmu dunia itu lebih penting daripada segala-galanya.. di sini lah bermula titik tolak dia sebagai pelajar KU… Diharap tenaga pengajar di sini dapat memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada mereka yang begitu kehausan ilmu.. Biar apa pun saya sangat2 berharap agar anak saya di Ku ini dapat manfaatkan masa untuk belajar dengan tekun dan ambil peluang yang ada ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..
    Akhirkata hidup tanpa usaha, maka tiadalah kejayaan yang boleh digenggam…. terima kasih. Ibu pelajar KU 2010….

    • Wa’alaikum salam Pn Faridah,

      Saya ucapkan terima kasih kerana masih memilih Kolej UNITI untuk pengajian diploma buat anak sulung pn biarpun kolej ini tidak segah mana. Pastinya puan dan anak puan telah alami perasaan berbelah bagi pada awalnya apabila realitinya kolej ini indah khabar dari rupa dari sudut pandangan puan.

      Sebagai seorang tenaga pengajar di kolej ini sejak mula ia beroperasi 13 tahun lalu saya arif dengan keadaan yg puan bangkitkan – perasaan keluh kesah, kebimbangan para penjaga dan pelajar terhadap kekurangan kemudahan dan keadaan kolej sekecil UNITI yang jauh dari bandar.

      Namun dalam keadaan sukar dan kadang-kadang menghimpit jiwa pelajar, secara amnya para pelajar kolej – khasnya dari kumpulan-kupulan terawal dahulu – pengajian mereka masih dapat berjalan. Ini kerana barangkali komitmen para pensyarah (diakui oleh kebanyakan pelajar dulu dan juga sekarang) yang sentiasa berdampingan dengan pelajar, dalam keadaan susah juga senang. Juga barangkali (harap2 begitulah) kerana keberkatan Allah ke atas kolej ini kerana hadirnya peribadi-peribadi soleh dan solehah di kolej ini.

      Bohong kalau saya katakan kolej ini tiada masalah. Dah lumrah kehidupan di asrama utk alami keputusan bekalan air, ketiadaan elektrik, susah nak dapat bekalan / stok makanan, dan macam2 lagi jenis masalah. Ini dah jadi asam garam kehidupan pelajar di kampus.

      Pengurusan kolej menyedari masalah ini. Justeru dalam kesempatan yang ada UNITI memperbaiki kelemahan yang ada dan pada masa sama berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur. Namun kerana kekangan dana, pembangunan kolej berjalan dengan perlahan. Sehinggalah kira2 setahun lalu – dalam usianya mencapai 12 tahun – baru kampus baru di Uniti Village dapat dibangunkan untuk menampung keperluan akademik dan pelajar baru yang kian bertambah.

      Cerita UNITI panjang. Tapi biarlah anak puan mengetahuinya sendiri melalui pergaulan dgn rakan2 barunya dan pensyarah kelak. InsyaAllah moga anak puan diberikan hidayah dan inayahNya. Dia amat memerlukannya kelak untuk mengharungi cabaran sepanjang 3 tahun pengajian di UNITI.

      Dan dengan pemantauan dan sikap prihatin puan terhadap anak puan, dia akan sentiasa berada dekat dengan ibunya, ayah dan adik beradiknya. Puan dan famili akan menjadi sumber inspirasi yang terbaik utk kejayaannya kelak. Amin.

      Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum buat Nurul Farhanim. Biarpun tiada jaminan bahawa Nurul Farhanim akan seronok dan kekal di sini, namun doa saya agar dia tabah, cekal, berfikiran terbuka, berlapang dada dan juga – yg amat penting dalam penerokaan ilmu – berfikiran kritis. Ini adalah resepi untuk ‘lulus’ dlm ujian yang bakal dia ‘duduki’ dari satu semester ke semester berikutnya.

      Kepada puan, saya bagi pihak Kolej UNITI mengalu-alukan sebarang komen membina untuk kebaikan kita bersama kelak. Terima kasih puan di atas titipan budi, doa dan harapan. Ia menyentuh hati saya dan yang lain. Tiada yang lebih baik dari seorang ibu kepada anaknya melainkan doa yang tulus ikhlas.

      Wassalam

  18. assalamualaikum cikgu bad,
    saya pernah berada di dalam kelas cikgu bad kektika saya di dalam pra diploma tahun 2008,
    saya lebih dikenali dengan nama fais, saya agak terharu dengan nukilan cikgu bad, memang benar masa saya mula-mula masuk KU, agak terasa sakit sedikit, tapi lama-kelamaan saya jadi lali dengan keadaan KU. Walaupun saya GB di dalam kursus DBS, tapi apabila saya kenang peristiwa silam di KU, semuanya seperti memori manis buat saya. Alhamdulillah, sekarang saya menyambung pelajaran di dalam kursus DCN dan masih di KU buat kali kedua setelah 2 tahun meninggalkan kolej tu, KU makin cantik dengan panorama kawasan sekiling, oleh itu moga-moga KU akan lebih tersergam indah dengan panorama kehijauan alam sekitar.
    sekian.

    • Wa’alaikum salam Faisyal,

      Terima kasih singgah di blog cikgu yg tidak seberapa ini. Juga, kerana ‘teringatkan’ dan mengingatkan cgu pd kelas pra-diploma 2008 lalu wlpn sudah lama ia berlalu.

      Kelihatannya Faisyal seorang yg cekal dan tidak patah semangat kerana gagal pada percubaan pertama di dlm DBS. Cikgu berharap Faisyal mengambil iktibar di atas kegagalan silam. Dalam banyak situasi kita ‘perlu’ gagal utk berjaya – asalkan kita tahu sebab musabab kiyta gagal. Dan kemudian tahu pula utk mengubah cara atau kaedah utk berjaya.

      Jika tidak takdir yang sama akan diundang. Pi mai pi mai tang tu jugak!

      Moga Allah telah melorongkan jalan ke arah kejayaan buat Faisyal apabila Faisyal memilih utk kembali belajar di kolej kecil ini dalam bidang yg baru pula. Dengan persekitaran yg baru, mungkin ia akan membantu pencapaian Faisyal.

      Amin…

      Wassalam

  19. assalamualaikum wbt..

    Cikgu Bad…terharu saya dengan luahan yang di cikgu papar kan….bagi saya KU juga mampu melahirkan insan yang cermerlang dari sudut akedemik dan juga rohaninya….banyak pengalam pahit manis di KU yang mematangkan saya sebagai seorang insan….apa yang boleh saya katakan saya bangga menjadi sebahagian warga UNITI…

    Rindu dengan rakan-rakan, cikgu-cikgu….rasa-rasa Cikgu Bad ingat lagi tak ngan Batch kami…bermula dari pra-perdagangan sampai la masuk DBS….pelajar2 yang nakal sampai Kak mi pening kepala nak handle…he…he..semua tu kenangan..

    Apa pun saya ucapkan semoga Cikgu success..

    Wasalam…
    JAM

    • Wa’alaikum salam Jam,

      Lama benar cikgu tidak mendengar berita dari Jam. Kali terakhir kita berjumpa di Uniti dulu semasa Jam dan kwn2 ziarah kami sekejap. Masa tu Jam kerja dengan Sapura jika tidak silap cikgu.

      Dengan kenangan ini maknanya cikgu masih ingat Jam lagi.:) Jam masih lagi di Sapura atau dah berhijrah ke tempat lain? Bagaimana dgn kwn2 lain ? Suhana (maaf jk cgu tersilap namanya) masih lagi jd penterjemah bahasa Mandarin lagi ?

      Kejayaan Jam mengharungi ujian di UNiti dan kini berjaya dalam kerjaya menjadi satu lagi testimoni kualiti dan kejayaan pendidikan Kolej Uniti untuk masyarakat dan negara.

      Cgu ucapkan selamat maju jaya lagi buat Jam.

  20. assalamualaikum cikgu…
    mgkin cikgu sudah lupakan sy..
    tp,jasa cikgu terpahat di ingatan sy..
    sy anak murid cikgu pd thn 2007..
    namun,pd akhir thn itu, sy terpaksa berhenti kolej kerana kehilangan ayahanda tercinta…
    kini, sy msih merindukan suasana di KU..
    sy tahu sy bukanlah pelajar yg terbaik..
    cuma hanya mampu menghantar pesanan ringkas ini utk cikgu agar cikgu tidak menganggap sy sudah melupakan jasa cikgu itu..

    • Salam Nur’ain,

      Terima kasih di atas ingatan Ain pd cikgu. Sebenarnya cikgu masih ingat lagi nama AIn dan wajahnya sekali wlpn tup tap tup tap Ain tiba2 berhenti dari kolej dan khabarnya berkahwin tidak lama selepas itu. Apapun pasti ada alasan munasabah utk takdir ini berlaku buat ain.

      Nah sekarang – selepas kira2 3 tahun – Ain dah ada keluarga sendiri. Mendahului shbt2 Ain lain..:) CIkgu dah tengok wajah bayi comel Ain dalam facebook. Cikgu doakan ain telah belajar sesuatu dari kehidupan yg sementara di Uniti dahulu. Dan kini sedang meniti usia kematangan sebagai isteri dan ibu. Amin

      Semoga Ain dikurniakan rezeki yang barakah dan melimpah ruah dariNYa.

      Wassalam

  21. slm cg.bad.. smoga hari ini indah buat cg..
    batchke2, pra sains uitm kelas b, 1998-1999

    pagi ceria sy tiba2 bertukr haru bl sahabt sy rizuani frwdkn sy link blog ni..sblum ni sy spt khilgn kabar ttg cg2 di KU. dgn penuh perasaan sy typekn komen ini brsma sgla kngan indah di KU..ia kmbli hangat wlupn hmpir 10thun sdh brlalu. buat pengthuan cg, kami geng2 yg sering dgelar asobiyyah dlu ttp sering ngutus kba sehingga kini. inilah persahabtan tulus kmi yg trcipta di KU..

    sy bca entri cg mmbuatkn sy trkenang kmbli saat kegagalan sy dsana, smntra cg mmbariskn kjyaan pljr cg yg lain.ia ckp phit utk sy mngingtinya..

    nmun sy sedar, apbl sy kluar dr KU, sy cuba bgkit kmbli dan sedikit kjyan sy miliki hri ini adalh lbih besr mknanya.. kata2 smgt cg sntisa sy bekalkn brsama. KU xkn sama temptnya dgn kmpus(univsti) yg lain yg prnh sy duduki slps KU. Guru2nya jauh lbih mulia.. yg mngjar sy lbih dr ilmu pendidikn dunia..

    cg2 dsnilah yg mndidik sy mnjdi manusia yg sabar, tabah dan ikhlas dg apa jua perkra yg dlakukn. akn sy kenang smp mati sgla budi2 cg. hnya Allah sje yg mampu mmblasnya….

    • ‘Alaiksalam Salbiah,

      Hah yang ini cikgu ingat rupanya. Jelas di mata cikgu sekarang. Tak silap cikgu Salbiah pernah menghubungi cikgu lepas tamat belajar di Uniti. Kita berbalas salam – sekurang2nya.

      Macam berjanji pula semuanya hantar komen dalam blog cikgu ini. Adapun tentang berita2 kejayaan pelajar Uniti – perkara itu hendaklah difahami sebagai memberi dorongan kepada pljr baru Uniti sekrang yang tiada ikatan hati dan jiwa dengan uniti. Mereka juga – sebahagiannya – memandang rendah dengan kampus Uniti yang masih bersifat tradisi. Mereka perlu disedarkan betapa Uniti mungkin miskin harta benda tetapi kaya budi dan ilmunya. Ia tersirat di sebalik manusia-manusia yang mendiaminya.

      Akhirnya cikgu nak ucapkan tahniah dan syabas buat Salbiah kerana berjaya menjadi insan yang masih ingat asal usulnya. Terima kashi kerana masih ingat cikgu lagi.

      Moga ALlah memberkati kehidupan Salbiah sekarang. Nik dah ada dua anak. Salbiah..?

      • sy blum ada cg..sdh 4thun kwen. mgkin blum ada rzki dr Allah..apapn sy redha dan sbar mnungu..

        sy nk jupe cg jumt ni blh?..kbtuln sy ada dtluk kmag wekend ni. mmbntu shbt2 yg btugas PRK n31. mmg sy plan nk jenguk cg2 (cg bad dgn cg ujng)kt sna.xsangka rizuani bg link blog cg arini.igt nk redah je…sy nk bwk keropok terenggnu bg kt cg 🙂

        • La kat sini dah Salbiah…Dalam diam aktif bersiasah! InsyaALlah, nanti kalau nak dtg sms kat cikgu. Tapi jgnlah lepas jam 5.30 pula ya. Boleh cerita panjang nanti.

          No telefon cgu emailkan ya.

          Jumpa nanti Sal.

  22. Asaalamualaikum cikgu…
    Ingat saya lagi tak?kami ni geng kelate yang famous tahun 99 dulu, famous bukan sebab terror tapi famous sebab tak terror dan bermasalah…
    Tapi alhamdulillah geng2 kami yang tak berapa terror dan selalu disindir ni akhirnya berjaya juga dalam hidup walaupun tak sehebat student cikgu yang lain…
    Saya pun banyak juga kenangan di KU walaupun saya cuma setahun berada di sana..banyak kenangan pahit manis..yang pahit bila geng2 kami selalu disindir kerana xberapa pandai macam orang lain..yang manis sebab kami jumpa geng2 yang sekepala.. walaupun kami tersisih tapi kami gembira dengan cara kami yang otai dan sempoi.
    Tiada dahulu tiadala sekarang…
    Saya sekarang sudah 5 tahun bekerja di sektor kerajaan (JKR) tapi kerja biasala setimpal dengan kelulusan saya Diploma Engineering Uitm..InsyaAllah ada peluang nak sambung ijazah..lagipun anak dah 2 orang, masa agak terhad.
    Doa2kanlah……….

  23. Assalamualaikum…

    Apekabar cg bad? harap sehat sokmo la…

    Hari ni saya tetiba je terjumpa blog cg ni melalui fb, tak sangka la pulak… Rasa pilu pulak bila baca entri nih…

    Kenangan bersama uniti mmg amat sukar saya lupakan cg… Rasanya hampir 10 thn saya meninggalkan uniti ni… banyak cerita ceriti saya bersama uniti dan sahabat-sahabat di sana. Ye la cg, masa remaja saya selama 5 tahun hanya bersama uniti je…

    Tapi apapun saya amat bersyukur kerana diberi peluang utk belajar di sana…
    Terima kasih yg tak terhingga juga kpd semua guru2 dan pensyarah uniti yg pernah mengajar saya ni… terima kasih cg bad, cg zaidi, cg nazre, cg ujang, mr sam, us nafis, cg anis, cg zakiah, cg zakri, cik jannah, us zul, en syafrizan, miss nani… ramai lagi laaa termasuk semua pensyarah pra-sains (1998-1999) & DKTM (1999-2003)… Lama jg saya berada di uniti nih 😀

    Apapun, ikhlas dr saya sbg bekas pelajar uniti batch ke-2, sememangnya belajar di uniti amat menenangkan, guru-guru yg mengajar begitu ikhlas, sahabat-sahabat yg sama2 susah, sama2 senang… semuanya ada di uniti…

    Terima kasih dari kami geng2 klate yg sering merasa tersisih, apepun kami bersyukur kerana semua sudah berjaya kini, walaupun tak sehebat anak-anak didik cg yg lain… selepas diuji dgn pelbagai ujian… (rasa kecik hati masih tersisa cg…) Alhamdulillah…

    Sering ingat kata2 ni: “GAGAL sekali tidak bermakna GAGAL untuk selama-lamanya…

    Uniti Pra-Sains Kelas B 1998-1999
    (Rizuani, Salbiah, Nik Suhaila, Marini, Norhasniah, Juliana & Shamsida)

    • ‘Alaikisalam Rizuani dan Nik Suhaila,

      terima kasih kerana singgah dan menyapa semula cikgu setelah sekian lama meninggalkan alam Uniti.

      Mungkin rupa cgu dah lupa tapi nama ni ingat lagi. Alhamdulillah dan cikgu ucapkan tahniah kerana Rizuani dan Nik berjaya mengatasi halangan hidup semasa belajar dahulu dan kini dah menjadi profesional.

      Sedih pula bila Rizuani kata ‘… Terima kasih dari kami geng2 klate yg sering merasa tersisih, apepun kami bersyukur kerana semua sudah berjaya kini, walaupun tak sehebat anak-anak didik cg yg lain… selepas diuji dgn pelbagai ujian… (rasa kecik hati masih tersisa cg…)..’

      Begitu juga Nik ‘..banyak kenangan pahit manis..yang pahit bila geng2 kami selalu disindir kerana xberapa pandai macam orang lain..yang manis sebab kami jumpa geng2 yang sekepala.. walaupun kami tersisih tapi kami gembira dengan cara kami yang otai dan sempoi.”

      Seakan cikgu yang tertuduh sengaja menyindir dan melukakan hati kalian. Pasti ada penjelasan mengapa terjadi sedemikian.

      Jika ada apa yang keluar dari lisan cgu dianggap sindiran dan cikgu tidak mesra-geng kelate ni cikgu minta maaf. Namun, cikgu tidak pernah bermaksud begitu. Begitu juga guru-guru lain. Mungkin cara cikgu disalah tafsir..Pula tu geng2 yg pandai tu rapat pula dgn cikgu. Itu tidak bermaksud yg cikgu melebih2kan mereka dan mendiskriminasikan Rizuani, Nik dll. Jika masih ingat lagi motto cikgu ‘Mengajar pada yang sudi, mendidik pada yang punya hati’ – barangkali apa yg telah berlaku mudah difahami.

      Kepada kalian berdua (juga yg lain2) jernihkan hati, pandanglah ke hadapan terus dengan sikap yg optimis, terbuka dan berani mencuba. Masa depan kita ditentukan oleh perkara2 tersebut biiznillah.

      Wassalam

      • Sama2 cikgu…

        Sebelum apa2, saya mintak maaf banyak2 la, kalau ada tulisan saya yg menyebabkn cg terasa pulak… Saya bergurau je cikgu… biasa la lama tak jumpa, tak borak2 nih, terkeluar la kata2 yg tak sepatutnya… hehe…

        Saya ni tak pandai bermadah bicara macam salbiah tu cikgu, dia memang, berjiwang sokmo, dari dulu sampai loni, memang gitu la dia cikgu. Nik tu pulak, cikgu faham-faham la, gaya bahasa, laras bahasa dia memang ganas sikit cikgu, lagi pun nik tu dah lama tersimpan dalam hati perasaan dia tu cikgu, tu sebab bila dapat peluang macam ni, terpaksa la cikgu tadah telinga… hehe…

        Sebenarnya cikgu, kami ni bukan apa, kami ni sering merasa rendah diri, rasa tak mampu nak bersaing dengan ramai coursemate yg hebat-hebat semua nih, tu la sebabnya punca kami jadi macam diri kami terasing dan diasingkan. Rasa kecik je… Perasaan tu sampai sekarang masih terbawa-bawa cikgu. Saya faham cikgu, sebab saya sekarang pun ikut jejak langkah cikgu zaman sebelum cikgu jadi pensyarah juga, pulak tu kena posting ke pedalaman, main ngan anak-anak iban, ngan buaya sungai ni, jadi saya memang faham cikgu…

        Jadi, saya nak ucap lagi sekali terimakasih banyak-banyak, ikhlas ni cikgu, bukan saja2… kalau tak kerana pengalaman saya di uniti nih, takdenye semangat saya keras, cekal begini cikgu… Cumanya, sedih sikit la cikgu, saya ni asyik duk dalam hutan je, dr hutan uniti, hutan sintok, hutan gua musang, ni kena masuk hutan srwk ni lg laaaa sedih… 😦

        Tp nak buat mcm mane itu pilihan saya, rezeki saya… Terima je la… Saya pun nak guna ayat cikgu la “Mengajar pada yg sudi, mendidik pd yg punya hati…” hehe, tp saya ambik frasa belakang je la cg: “Mendidik dan mengajar pd yg punya hati…” tak kira la hati yg macam mane, ajar je la, kita tak boleh pilih hati2 ni…, boleh tak cikgu? 🙂

        Ok cikgu… semoga ukhwah kita sebagai anak murid dan guru nih terus berkekalan… sebagaimana ukhwah kami bersama geng klate yg gedebe sokmo ni cikgu… hihi…

        Terimakasih, syabas dan tahniah kepada cikgu!

        Semoga ilmu yg cg curahkan akan mendapat balasan yg setimpal daripadaNya…

        Sebelum terlupa, saya dan geng klate nih nak ucap “SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN”…

        Peace no war 🙂

        • Rizuani,

          Yalah cikgu faham perasaan kalian semua. Sedih pula cikgu mendengarnya..kisah 10 tahun lalu. Tapi itulah, tidak dinamakan nikmat hidup jika hanya ada manis. Pahit tulah yang menyempurnakan hidup kita. Yang penting kita belajarlah dari apa yg telah berlaku.

          Pasal motto cikgu tu ambiklah Rizuani. Itu milik ALlah yang dipinjamkan kepada cikgu. Moga ada kesan baik yg membekas dlm diri rizuani dan anak-anak murid rizuani nanti. Cikgu nak tambah satu lagi ..”pikatlah dengan budi, bukan body”.

          Oh rupanya Rizuani pun dah jadi pendidik..kat Sarawak jg mcm cgu. Dah ‘rezeki’ di hutan. Pasti ada hikmah. Kata org mula2 jauh dari famili, hujung2 nanti insyaallah kembali dekat. Moga ALlah bagi kekuatan rohani buat Rizuani kerana ujian itu akan ‘dilemahkan’ dgn rohani yg kuat.

          Salam lebaran. Maaf zahir batin.

          Jgn ‘lupakan’ cikgu di sini lagi..

  24. Pass is pass…
    masa x kan berputar ke belakang.Lagi laju n kita x dpt nak kejar.So, sdh tiba masanya utk kita berfikir utk menjd yg terbaik walau nasib kita x berapa baik.Sebenarnya smua org boleh…bukan x boleh cuma kdg2 nasib x menyebelahi kita.Dan jgnlah anggap dpt result mcm ni aku x nak la smbg..bukan boleh akupergi mana pun..stop thinking like that.Ad azam tinggi,kita boleh berjaya n mana tahu setanding dgn mereka yg lulusan IPTA di luar sana.Dgr cite pelajar KU pun x kurang hebatnya.
    KU bnyk mengajar sy utk mnjd lebih baik n lebih respect senior n junior.Pensyarah2 x kurang hebatnya msg2 x lokek mencurahkan ilmu.Kemudahan?itu lumrah alam..kdg2 kita x dpt nak puaskan hati semua org..jd bersyukur lah dgn apa yg ada..
    Maaf kalau tersalah kata..
    Salam penuh keceriaan…

  25. Pass is pass.Forget the pass n build a new life…
    Kita semua boleh berjaya kalau ad nawaitu n azam yg tinggi. Usaha yg berterusan dan kita mampu berdiri setanding dgn mereka2 di luar sana.
    Oh ya cikgu bad,KU bnyk mengajar kita lebih menghormati antara satu dengan lain senior n junior..KU juga mempunyai pensyarah2 yg profesional n berbincang mengenai facilities mana2 pun sama ad kelebihan n kekurangan.Bersyukur la dgn apa yg ada.
    Semoag KU terus sukses n x lupa buat tuan empunya blog ini..Cikgu Bad yg dh naik pangkat tu..hehe…Moga terus berkhidmat di UNITI.Pjg umur kita jumpa lagi

  26. askum cikgu bad apa khabar? ana kat bumi anbiya ni sihat selalu di bumi yang penuh perjuangan yang mana tertumpah darah pejuang -pejuang addin kerana ALLAH TAALA.
    Cikgu masih ingat saya lagikan .Cikgu macam mana uniti sekarang. Cikgu saya nak tanya cikgu kalau saya kembali ke Malaysia nanti saya nak ambil master dalam bidang sejarah terutama sejarah Islam dan nak buat tesis pasal pembukaan 2 pada zaman Islam rasanya boleh ke saya tukar bidang dari syariah ke bidang lain seperti sejarah sebab saya mmg mina sejarah.Cikgu ni ym saya akuboleh1983@yahoo.com add tau dan no saya
    +20114713016 dan saya berada di tahun akhir skrg doakan ana berjaya.Sampaikan salam ana kat semua warga uniti

    • ‘Alaikumsalam Halim,

      Ya cikgu masih ingat lagi Halim. Alhamdulillah kelihatannya Halim seronok berada di bumi anbiya. Moga Halim sedang mengutip mutiara ilmu dan pengalaman berharga di sana.

      Uniti buat masa ini dah ramai pelajarnya, sekitar 1300 orang. InsyaALlah secara perlahan-lahan kami akan berpindah ke kampus baru di Uniti Village.

      mengenai niat Halim nak takhasus dlm sejarah (atau mungkin peradaban / hadharah) rasanya tiada masalah. Halim boleh mohon Sarjana Pengajian Peradaban Uni Malaya – sama mcm bidang cikgu. Dua semester ambil kursus dan dapatkan minima PNGK 3.00 utk layak menulis tesis. Tajuk ikut kita. Jadi bolehlah Halim pilih tajuk yg Halim minat.

      Baiklah Halim cikgu doakan selamat berjaya. Salam Lebaran 1430 H.

      Wassalam

      P/S: YM cikgu : cikgubad

  27. Assalamualaikum wbt,

    Saya memang akui bahawa Kolej Uniti adalah merupakan sebuah kolej swasta yang dapat menawarkan kualiti pengajian yang amat tinggi. Keadaan infrastruktur Kolej Uniti yang agak serba kekurangan jika dibandingkan dengan kolej swasta yang lain dari segi mata kasar sebenarnya adalah faktor kekuatannya. Ini akan membangkitkan rasa keinsafan kepada pelajar bahawa menuntut ilmu itu memerlukan keyakinan yang tinggi. Banyak universiti yang terkemuka di dunia ini bermula dari deretan rumah kedai atau sebuah pondok atau madrasah. Ianya mengambil masa ratusan tahun untuk iannya menjadi terkenal. Apa yang dikagumi di Kolej Uniti ialah keikhlasan tenaga pelajar memberi didikan kepada pelajarnya. Dengan jumlah bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai, penyampaian ilmu dari pensyarah kepada pelajar dapat dilakukan dengan berkesan. Ini terbukti dengan kelahiran pelajar cemerlang seperti Puan Masrah yang telah mendapat kelas pertama dalam Master in Electronic Engineering di Laborough University, United Kingdom dalam 2006. Akhir sekali, Kolej Uniti mungkin satu-satunya kolej swasta yang terletak ditepi pantai sebuah kampung yang kecil. Ini juga salah satu faktor yang memudahkan pelajar menyerap ilmu yang diterima dengan baik dalam suasana tenang jauh dari segala kesibukan.

    Semoga Kolej Uniti akan terus cemerlang.

    Zainal Abidin Md Yassin
    PhD Student, Nottingham University Business School

  28. salam,
    cikgubad…
    boleh x nak brtanya sdikit..
    boleh x saye nak kmbali ke kolej uniti balik???
    saye ex student uniti sem 1st 2009 crse DPS…
    setelah membace blog cikgubad,saye baru sdar bhawa kolej uniti bukan indah khabar dari rupe…
    em…saye baru jerk keluar kolej uniti tu 2 mggu…
    tapi tidak mnghantar surat brhenti kolej lagi..
    ap pendapat cikgubad..
    emergency case…!!!!!!!

    • Salam nurdiyana,

      Moga ALlah telah memberi petunjuk kpd sdri apabila membuat keputusan utk kembali semula ke Kolej Uniti. Kes seperti ini pernah berlaku sebelum ini. Jika tidak silap saya permohonan pelajar tersebut telah diluluskan asalkan masih belum terlewat, maksudnya ujian 1 belum lagi diadakan.

      Merujuk kepada kes sdri, saya dapati status sdri masih aktif kerana belum mendaftar keluar secara resmi dgn mengisi borang. Namun tindakan boleh diambil kerana sdri telah ‘menghilangkan’ diri tanpa sebab atau mungkin telah ponteng kuliah selama ini. Apapun alasan sdri sebaiknya segera berhubung dengan cikgu Zakri selaku Ketua Program DPS utk memaklumkan masalah sdri sebelum peluang itu tertangguh atau tertutup sama sekali.

      Selamat kembali Nurdiyana.

  29. Salams Cikgu Bad juga kepada semua ex pelajar UNITI batch 1998 – 2003 yang masih mengenali saya,

    Saya amat tertarik dengan kenyataan Cikgu Bad tersebut.

    Sememangnya bagi saya KU merupakan sebuah IPTS yang mempunyai nilai nya yg tersendiri serta ianya mempunyai ‘sentimental value” nya yang tersendiri di mana anda tidak boleh mendapatkannya dari mana-mana IPTS.

    Hingga kini saya masih merasai semangat ukhuwah yang masih terjalin di kalangan warga KU terutamanya dari pihak pengurusan, akademik hinggalah pelajarnya.

    Wujudnya tiada jurang pemisahan antara semua pihak secara tidak langsung membangkitkan semangat ukhuwah yang begitu tinggi hinggakan masing2 mengetahui peranan mereka demi memartabatkan KU mencapai kecemerlangan yang kita tidak sangka2 kan hingga ke hari.

    Buat cikgu Bad serta rakan2 KU saya mendoakan agar teruskan usaha kalian demi mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang produktif demi bangsa, agama dan negara yang tercinta.

    -halim -HEP (1998-jan 2003)

    • ‘Alaikasalam Ustaz Halim,

      Lama tak dengar khabar berita dari ustaz. Mungkin terus sibuk dgn tugas yg mencabar sekarang.

      Mengenai Uniti – ia sudah jauh berubah ustaz. Persekitaran fizikal mungkin semakin baik kerana ada peningkatan. Namun sifat manusiawinya barangkali banyak yg perlu diperbaiki.

      Apapun, pengurusan Uniti sedang meneliti isu-isu dasar pendidikan di Uniti agar semua sisi penting sebuah tamadun dibangunkan secara seimbang.

      Terima kasih di atas doa ustaz. Moga ustaz juga berjaya dalam bidang yg ustaz ceburi sekarang.

      Wassalam

  30. Salam…
    sy nk tny ttg pnjman yg d twarkan oleh klej uniti…
    adakah mmg d sediakan pnjmn dan berapakah jumlah yg d berikan kpd pelajr2..sbb sy d fhamkan skrg ni da mslh dgn pnjman..dan bolehkah saya tahu jumlah yuran yang dikenakan kepada setiap pelajar bagi setiap semester…???

    • Salam Afiq,

      Maaf saya kurang pasti tentang adanya tawaran pinjaman oleh KU kepada pelajarnya yg menghadapi masalah kewangan. Satu masa dahulu ada Yayasan Uniti yang menaja pengajian pelajar. Namun status dana tersebut tidak pula diketahui sekarang sama ada masih ada lagi atau tidak.

      Apapun saya akan cuba mencari maklumat berkaitan dengan perkara ini.

      Berkenaan dengan jumlah yuran pengajian dll yang dikenakan ke atas pelajar setiap semester saya fikir Afiq harus merujukkan perkara ini kepada bahagian Kewangan kolej. Bukankah hal sepenting ini telah dijelaskan semasa pendaftaran pelajar ?

  31. salam…sy merupakan stdent KU…sy cume ingin memberi cdgn…mn la tau ckgu blh kemukakan cdgn ni…leh x sediakan 1 atm kad utk kemudahan pljar,,,,

    • ‘Alaikisalam Leeya,

      Terima kasih kerana memberi cadangan tersebut.

      Suka saya maklumkan bahawa cadangan tersebut telah lama dikemukakan oleh pihak kolej kepada bank-bank utama berkaitan utk membuka Mesin ATM di dalam premis kolej berikutan pertambahan pelajar ketika itu. Namun, atas pertimbangan yang lebih melihat kepada aspek kos dan kesesuaian lain pihak bank berkenaan tidak meluluskan permohonan kolej.

      Mungkin dalam situasi sekarang di mana jumlah pelajar KU lebih banyak berbanyak berbanding dahulu cadangan ini boleh dikemukakan semula kepada bank berkenaan demi kemudahan pelajar.

      Saya akan panjangkan sekali lagi perkara ini untuk pertimbangan pihak atasan KU.

  32. salam cg bad,
    masih igt saya lagi?
    apa khabar ?
    cuti semester agak bosan jika tak diisi dengan perkara yang berfaedah .. duduk di rumah je…
    cg bad , bila agaknya naik semester 3 ?

    • Salam Aisyah,

      Mana cikgu boleh lupakan Aisyah.:) Cikgu sihat alhamdulillah. Harap2 Aisyah juga sihat dan aman dari tekanan hidup buat sementara waktu semasa cuti semester ni.

      Utk masa terisi pergilah ziarah kwn2 seprogram yg dekat. Yg jauh pun boleh. Juga, pergilah ke kedai buku atau perpustakaan. Pasti banyak faedahnya.

      Kalau ada jemputan pergilah ke rumah cik Rosmi 6 Jun ni sebab ada majlis walimatul urus di rumahnya.

      Pasal naik semester tu, berdasarkan takwim yg dikeluarkan HEA, pendaftaran pelajar lama berlangsung dari 13-17 Julai nanti. Namun jika ada perubahan akan dimaklumkan kemudian.

      Seperti biasa surat akan dikirim kepada setiap pelajar mengenai pendaftaran sem baru nanti.

      Cikgu juga akan maklumkan perkara ini dalam blog cikgu bila masanya tiba. Harap Aisyah selalu ziarah cgu di blog cikgubad.

      Ok Aisyah.

      Jaga diri. Jaga hati. Kerana hidup biar berbudi.

      Uniti

  33. As salam Cikgu Bad,
    Lama saye tak menjenguk Uniti…kali terakhir rasenye pada 2007…singgah dalam perjalanan ke Melaka…
    Ya saye akui, kali pertama menjejak kaki ke Uniti – 1) jauh, 2) bangunan papan, 3) macamana ye kemudahannya?, 4) nak beli barang jauhnye, 5) panas & bermacam2 di fikiran…parents tak komen ape2…pada mereka biarlah anaknya bersusah2 & berdikari, di mana2 pun boleh belajar…
    Tapi lama kelamaan..bila cuti sem, saye akan rindui bayu laut, pokok2 menghijau, sahabat2, pensyarah2 yg penyayang, berkaliber & paling penting dpt mendidik pelajarnye menghayati Islam & cara hidupnya…
    Uniti telah memberi peluang yg luas utk mencari hidup, mengenali diri & makna kekuatan dalaman seseorg & bagaiman berdamping & menghormati masyarakat setempat…
    Ape yg saye dpt di Uniti, saye dpt harungi kehidupan di negara org…jauh di UK..6000 miles away bile sambung degree…hanya saye seorg pelajar Malaysia utk kursus itu…kdg2 mengalir air mata bile ape yg perlu dipelajari & yg tak faham, pandai2lah nak belajar…masa ni memang teringat kat pensyarah2 Uniti…
    Yg pastinye..Uniti telah memberi saye peluang utk mengaut ilmu dunia & akhirat…sesiapa yg tak ambil peluang…sila2lah tgk kembali ape yg anda terlepas & masih tak terlambat utk mengaut keuntungan itu…

    • Salam Marina,

      Alhamdulillah sdri masih ingat lagi pada Uniti biarpun dah merantau jauh ke luar negeri. Kelihatannya marina masih seperti dulu. Namun diharap juga marina dah melakukan anjakan paradigma positif hasil pendedahan ke atas persekitaran yg menuntut ekstra-stamina, ekstra-masa, ekstra-usaha agar kekal kompetetif dgn pesaing2 di universiti dulu. Cikgu dapat rasakan cabaran hidup bersama mat dan minah salleh. Sangat menguji!

      Silalah jengah lagi ke uniti. Titipkan pesan. Kongsikan pengalaman. Adik2 Uniti sangat memerlukan suluhan Marina.

      Selamat kembali Marina.

  34. ‘Alaiksalam Faez,

    Moga persepsi, kepercayaan atau pegangan Faez akan dikongsi sama oleh para pelajar KU sekarang.

    Walaupun rata-rata ramai di kalangan remaja atau belia hari ini dipengaruhi dengan faham kebendaan dan hedonisme, cikgu masih mempunyai baki harapan bahawa masih terdapat segelintir pelajar KU yang telah menyerahkan hatinya untuk dididik oleh pensyarah yang berdedikasi.

    InsyaALlah KU akan kembali ke era silam yang sarat cerita budi, persahabatan dan pengorbanan jika setiap dari warga KU kembali kepada misi dan visi asal KU.

    Amin

  35. assalamualaikum wbt..

    Saya amat tertarik dengan artikel di atas, sebenarnya ungkapan “dont judge the book by its cover” sudah lali di dengar…tapi itulah prinsip yang harus kita sedari bahawa sifat fizikal kadang2 tidak mencerminkan apa yang tersirat di dalamnya..namun tidak semua perkara perlu dinilai dari aspek luaran sedangkan aspek dalaman itulah yang memberi sumbangan terbesar hakikatnya.

    Bagi saya sebagai x-student DPI Uniti, saya amat berbangga dengan apa yang terdapat di dalam Uniti walaupun fizikalnya lebih jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan IPT yang lain yang penuh dengan kemudahan dan fasiliti yang lengkap.

    Namun bagi saya sendiri, kekurangan itulah yang mengajar kita erti kesusahan dan pengorbanan dalam belajar. Suatu yang tidak mustahil jika seorang pelajar itu boleh berjaya, di dalam suasana pembelajaran yang cukup sempurna dengan segala kemudahan yang mudah didapati. Tapi lebih membanggakan jika seorang pelajar itu berjaya dalam suasana pembelajaran yang sederhana dan ada kekurangan. Sebab kekurangan itu akan membantunya lebih berdikari dan bersungguh-sungguh dalam belajar.

    Suasana Uniti cukup memberi ketenangan dan sesuai untuk proses pembelajaran dengan suasana kehijauan dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa kekurangan, namun ia bukan penghalang bagi seseorang untuk berjaya. Cikgu Bad telah memberi contoh-contoh mereka yang berjaya hasil produk Uniti. Ini membuktikan kemudahan dan fasiliti yang kurang bukan sebab untuk seseorang tidak boleh berjaya. Apa yang penting usaha, ketekunan, keazaman serta istiqamah dalam menuntut ilmu dan mencari ilmu menjadi faktor dan penyumbang terbesar kepada kejayaan seseorang.

    Pesanan saya buat adik-adik di Uniti, ingat kesenangan tidak semestinya menyumbang kepada kejayaan seseorang bahkan boleh menggagalkan mereka kerana leka dan lalai dengan kesenangan yang diberikan, tetapi kekurangan lebih menjadikan kita berdaya saing dah lebih berusaha untuk beroleh kejayaan.

  36. kolej uniti kebanggaan saya…tatapan buat mahasiswa kolej uniti…

    saya lahir di negeri kelantan, sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Result SPM dan STU (Sijil Tinggi Ugama)tidak berapa bagus, tetapi tekad saya untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi sangat kuat…

    pada tahun 2002 saya berniaga di pasar malam dan pasar ramadhan…sambil berniaga saya membaca akhbar dan terlihat iklan kolej uniti, lantas hati saya kuat untuk menyambung pengajian di kolej ini, lalu saya menghubungi KU untuk permohonan, saya diterima masuk…

    hari pertama, saya bersama ayah naik kereta sewa dari PD ke kolej uniti. dalam fikiran saya tertanya-tanya bagaimanala KU ni…cantik tak cantik…? apabila sampai di KU, saya terkejut beginikah KU!!…saya rasa menyesal, rasa nak patah balik dan pilih kolej lain tetapi takut nak cakap ngan ayah….

    Ayah saya tersenyum…ingat dia pun tak suka…rupanya dia suka pulak KU ni…dia kata tempat sesuai untuk belajar…saya turutkan aja…

    akhirnya saya dimasukkan ke Program DPI…tempat penginapan pertama di IXORA…rindu plak saya kt ixora tu…sangat best sbb tepi pantai…lepas tu berpindah ke Palm Spring…rasa mcm orang kaya plak…sbb dulu uniti ada golf clup..saya main sekali jer…sbb saya nak pukul bola golf tapi rumput yang pergi jauh dari bola…smpi hari ini saya ingat…

    hari berganti hari..tahun berganti tahun saya di uniti..saya gembira di sana…sudah hilang rasa menyesal masuk KU ni…macam2 program saya join…sehinggalah saya jadi president JKKM KU…

    pensyarah di KU mesra..senang kalau nak jumpa…ustaz nafis, ust, sobri, ust. Abbu bakar dan ramai lg..pensyarah dari program lain pun ramai saya kenal…dan mereka pun kenal dengan saya. cikgu bad yang mengajar pengajian malaysia pun saya masih ingat, mungkin cikgu tidak kenal saya…atau mungkin ingat…dulu saya dah tahu cikgu bad bidang kimia…tatapi dia mengajar lain…pelik jugak pada awalnya…apapun saya seronok di uniti walau pun tak sehebat institusi lain…

    apabila saya tamat KU..saya berkerja selama setahun…setelah itu saya mohon sambung belajar di universiti awam untuk pengajian ijazah pertama…akhirnya saya diterima masuk ke universiti malaya dalam bidang pendidikan islam…sesi 2005/2006 terkejut saya….mcm mana dapat UM ni? kalau UKM logik jugak…sbb ada senior uniti kt sana….inilah rezeki Allah merentasi dugaan manusia..

    bila sampai di UM saya lagi terkejut…bahawa saya adalah mahasiswa pertama kolej uniti di Akademi Pengajian Islam UM…saya cuba mencari kwn2 lain dan junior KU tapi tak jumpa…rupanya saya sorang jer pelajar KU. Sesi 06/07…saya berjumpa junior kolej uniti 3 orang….alhamdulillah..tahun selepasnya saya tidak tahu..sbb tidak kenal mereka…di UM juga saya berjumpa cikgu bad ketika majlis konvokesyen di UM…kalau cikgu masih ingat…

    hari ini saya sudah tamat pengajian…exam terakhir pun dah habis…dan akan menyambung praktikal di SMKA pedas…selama 3 bulan…saya akan ingat pesanan cikgu bad, “Jika wan memilih menjadi guru, maka lakukan ia kerana minat yg mendalam. Bukan satu pilihan terakhir”. terima kasih cikgu…

    kepada mahasiswa KU…akhirkata….walau sehebat mana pun tempat pengajian, ia bukan ukuran untuk berjaya…kejayaan itu ada di mana-mana,,,jangan melihat pada aspek fizikal tetapi lihatlah pada kekuatan dalaman yang ada pada KU…bagi saya kekuataan KU ada pada pensyarahnya…..

    terima kasih guru-guru di KU….jasa anda saya tidak akan lupa…

    sekadar berkonsi cerita…wan (bekas pelajar uniti 2001/2002)…

    • Salam Wan,

      Wan pandai mengkaryakan pengalaman peribadi. Bahasanya santai tapi tetap berkesan.

      Cikgu yakin Wan akan berjaya sebagai pendidik kerana Wan punya ‘zahir dan batin’, upaya lahir dan dalam. Cikgu dan para pendidik KU pasti berbangga dengan kejayaan Wan sekarang.

      Terima kasih kerana berkongsi cerita jujur Wan. Takdir telah memilih Wan menjadi pelajar KU. Takdir Wan menjadi sempurna di UM.

      Dengan izin Wan , cikgu akan salin semula utk posting terbaru cikgu.

      Jazakallahu khairan kathiran Wan.

  37. saya berterima kasih kepada cikgu bad yang sempat mengajar saya subjek kenegaraan…saya bangga jadi sebahagian pelajar uniti…kini saya praktikal di SMKA pedas…

    • Sama-sama wan.

      Cikgu mengajar kerana amanah dan tgjwb. Tiada siapa pernah memaksa cgu untuk menjadi apa yang cgu lakukan sekarang. Semuanya atas pilihan dan dorongan dari dalam. Ia intrinsik. Ia terbatin.

      Jika wan memilih menjadi guru, maka lakukan ia kerana minat yg mendalam. Bukan satu pilihan terakhir.

      Moga Allah melorongkan kejayaan buat wan. Amin

  38. saya merupakan bekas graduan kolej uniti…yang menuntut di universiti malaya..dahulunya..saya rasa cukup menyesal apabila melihat keadaan kolej uniti yang serba kekeurangan..lama kelamaan…saya sedar kekuatan KU ada pada penyarah yng dedikasi mendidik pelajarnya….

    • Salam Wan,

      Tahniah wan kerana berjaya melanjutkan pengajian di UM – sebuah universiti yg tersohor di negara kita ini.

      Jika benarlah ada kebaikan dari kami barisan pensyarah, dipulangkan kesyukuran kami kepada Allah swt kerana Dialah punca segala ilmu yang kita miliki.

      Penyesalan dan kekecewaan adalah lumrah bila keadaan tidak memihak kepada kehendak kita. Alhamdulillah akhirnya wan menginsafi hakikat hidup – ia pada modal insan bukan zahir kebendaan. It’ better late than never wan.

      Moga wan juga akan menjadi pendidik yang berwibawa satu hari nanti. Amin

  39. assalamualaikum cikgu

    sebelum ini saya juga pernah terfikir mengapa pelajar KU merungut tentang kemudahan dan pengurusan kolej ini.
    saya juga kadang-kala merungut tentang pengurusan di KU. tapi bagi saya kemudahan yang pelajar dapat sekarang lebih baik jika dibandingkan dengan tempat tinggal kami di ixora dulu.

    saya sudah mendengar dan melihat cara hidup segelintir pelajar di KU. bagi saya semua rungutan berlaku kerana pelajar KU sekarang ni sudah terbiasa hidup senang. Walaupun susah, tapi dengan pinjaman mara yang pelajar dapat, cikgu sendiri boleh lihatkan..wah! macam orang kaya baru..
    saya tidaklah menuding jari pada orang lain, sedangkan kadang-kala saya sendiri begitu. tapi saya sedar diri dan inginkan perubahan dalam diri dan hidup saya.
    saya sendiri percaya, setelah mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan, disinilah titik mula saya untuk mengubah nasib dan masa depan saya..

    • ‘Alaikisalam Nurul,

      Dalam hidup ini kita akan sentiasa diuji dengan kesulitan hidup. Sebahagiannya datang dari luar, sebahagiannya dari kita sendiri (dalaman).

      Bijak pandai pernah berkata ““You need to remember that what happens in you is more important than what happens to you.”

      Cikgu andaikan Nurul telah memilih utk mengawal perasaan dan pemikiran sendiri agar dapat menerima seadanya apa yg disediakan oleh KU. Jika tidak akan ada sahaja yg tidak berpuas hati hari ini, esok atau lusa.

      Cita-cita dan masa depan Nurul lebih besar dari masalah kemudahan di UV.

      KU bukanlah sebuah IPTS yg lengkap serba serbi. 12 tahun kewujudannya tidak dapat ditarakan dgn kemudahan yg sepatutnya pelajar perolehi. Tapi semua ini bersebab. InsyaALlah lambat laun segala kelemahan yg ada akan diatasi.

      Cikgu harap lebih ramai yg akan mengambil sikap seperti Nurul. Dengan sikap yg betul perubahan nasib atau ‘takdir’ akan berlaku.

      Moga Allah memberkati kehidupan Nurul. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s