Tabiat Yang Merosakkan Fungsi Otak

Otak (brain) adalah organ yang mengawal tingkah laku manusia, sama ada yang baik atau tidak baik. Namun dalam situasi tertentu tingkah laku kita boleh  ‘ditelunjukkan’ pula oleh gejolak jiwa dan perasaan.

Dalam kehidupan materialistik hari ini, tumpuan lebih diberikan ke atas kemampuan otak kita. Inilah yang ditunjukkan apabila masyarakat terlalu teruja dan meraikan kejayaan anak-anak mereka yang berjaya skor 5 – 10A dalam UPSR, PMR, SPM atau STPM/STAM. Jika gagal cemerlang, masyarakat yang sama juga akan bersedih dan kecewa. Kekesedihan dan kekecewaan ini selalunya lebih panjang diluahkan sebagaimana kegembiraan meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang.

Keprihatinan, juga kepekaan masyarakat nyata berbeza dalam isu akhlak dan sosial anak-anak kita. Bukan tiada yang risau atau berat memikirkan masalah sosial ini. Namun ia hanya dikongsi oleh sebahagian kecil daripada keseluruhan masyarakat kita yang besar.

Continue reading

Tips Untuk Fahami Ilmu

Di kolej saya sekarang  tengah demam peperiksaan.

Esok saja Ujian pertengahan semester bagi kursus Pengajian Malaysia akan diadakan. Dengan calon seramai 500 orang, suhu demam yang meningkat akan dirasai oleh warga kolej.

Fuhh! Penangan kursus sains sosial ni sentiasa dibayangi rasa takut pelajar-pelajarnya. Tanyalah sesiapapun, rata-rata jawapannya pelajar tak suka kursus sejarah! Saya faham mengapa ini berlaku.

Namun entri kali ini tidak akan mengulas tentang masalah ini.

Continue reading

3M

Khamis lalu adalah hari yang lebih sibuk dari hari-hari lain. Selepas menyampaikan 2 jam kuliah kursus Pengajian Malaysia saya kepada para pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah Semester 2 Kumpulan H saya dikunjungi pula pelajar-pelajar lain di bilik baru saya.

Ada yang datang mengundi soalan esei untuk tugasan kursus. Sesetengahnya pula secara personal datang kerana hendak membeli naskah nota Jilid 1 Pengajian Malaysia yang saya terbitkan.

Dahlah kotak-kotak berisi buku saya belum dipunggah lagi di atas lantai bilik menyebabkan bilik saya yang tidak berapa besar tu agak sesak seketika dengan pelajar-pelajar saya. Udara dari penghawa dingin di bilik saya sudah tidak lagi terasa kerana pintu bilik yang terbuka luas. Hawa lain pula terasa dek kehadiran jasad-jasad tambahan di dalam bilik saya. Untuk seketika, dalam suasana hiruk pikuk begini, saya jadi pening.

Continue reading

Mai cuba BAKKKAT

Pelajar yang lemah perlu diajar untuk mengubah nasibnya. Jika tidak ia akan kekal lemah. Ada tanda-tanda negatif yang boleh dilihat pada golongan ini.

Tanda yang jelas sekali ialah pada daya fikir mereka yang relatif rendah. Mengikut Taksonomi Bloom, golongan ini hanya berada pada tahap Lower Order of  Thinking yang terendah iaitu Knowledge atau Pengetahuan, atau lebih baik sikit Comprehension atau Kefahaman. Otak mereka tidak tahu melainkan mengingat fakta atau rumus. Dengan kata lain mereka kuat menghafal.

Golongan ini belajar secara pasif. Suka buat atau teruskan apa yang mereka lakukan selama ini. Cara belajar dulu dan sekarang tidak banyak berubah. Betullah kata bijak pandai :

Seorang yang melakukan satu perkara dengan cara yang sama berulang-ulangkali tetapi masih mengharapkan hasil yang berbeza adalah seorang yang bodoh

Orang Penang kata ‘pi mai pi mai tang tu jugak!’

Continue reading

S.C.I.E.N.C.E.

Istilah science membawa maksud akademik iaitu suatu kajian sistematik tentang alam nyata untuk menyelongkar rahsia alam ini bagi manfaat kehidupan manusia.

Ia adalah suatu gugusan ilmu yang besar baik sebagai sains tulen atau pun sains gunaan. Masing-masing pula banyak cabangnya atau disebut disiplin ilmu yang lebih khusus. Bidang saya iaitu Sains Nuklear misalnya dalah satu cabang atau disiplin khusus dalam sains gunaan.

Namun di sisi lain pula, istilah ini boleh membawa maksud tersirat tertentu. Saya ingin menterjemahkan satu daripada beberapa maksud tersirat yang mungkin ada. Maksud-maksud ini kita boleh kita cipta sendiri. Maksudnya ‘maksud yang kreatif’.

Ini saya rumuskan sebagai akronim S.C.I.E.N.C.E.  Tersirat di dalamnya 7 cara atau ciri belajar secara aktif. Secara tidak langsung kesemua ciri ini – jika diaplikasikan – boleh menjadikan seseorang itu ‘alim.

Continue reading

Esei! Aiseyman

Jika adalah satu saat yang paling sukar dan mencabar bagi pelajar, saat itu ialahresearch1 uitm apabila menerima soalan tugasan Pengajian Malaysia. Ia akan menjadi satu pengalaman yang paling rumit sepanjang pengajian diploma mereka. Beban dirasakan amat berat.

Ini kerana tugasan itu berbentuk esei.

Aiseyman!

Yalah soalan esei bukanlah soalan objektif – ada 4 pilihan jawapan. Tembakpun boleh kena! Soalan esei adalah soalan subjektif yang paling susah. Soalannya mungkin pendek tapi di sebaliknya tersirat ‘macam-macam arahan’ untuk disempurnakan. Ia kerja akademik yang perlu ditekuni sejak hari pertama dapat soalan. Ia adalah suatu bentuk penyelidikan (research) pada skala kecil.

Continue reading

Ada Telinga Saja Tidak Cukup!

Antara masalah pelajar semasa mengikuti kuliah ialah kegagalan untuk menangkap maksud atau isi-isi pokok yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Akibatnya kuliah ibarat angin yang lalu begitu sahaja. Tiada ilmu dikutip, tiada nilai dititip. Beberapa jam yang dilalui adalah tempoh yang menjadi sia-sia, atau lebih tepat lagi disia-siakan sendiri oleh pelajar. Kelemahan ini dikesan begitu ketara di kalangan pelajar yang pasif.

Mengapa ini terjadi ?

Tanpa menafikan kelemahan boleh terjadi ke atas pensyarah sendiri, pelajar perlu tahu bahawa kejayaan sesuatu kuliah juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran tertentu pelajar sendiri. Ia tidak semata-mata ’sumbangan’ pensyarah atau guru di sekolah dulu.

Continue reading

Jangan lagi Membaca Nota! (Dikemas kini untuk siaran minggu peperiksaan)

Saya siarkan semula posting bertarikh 2 April lalu yang saya kemaskini bagi membantu persediaan pelajar KU yang baru memulakan peperiksaan akhirnya 4 Mei 2009.

Mungkin ada yang terlepas pandang, atau seperti biasa tak berapa peduli dengan perkara ini.

Kepada yang masih terkial-kial dan seakan hilang punca untuk mendapatkan kaedah belajar paling baik untuk dirinya mungkin posting ini boleh membantu.

Walaupun dah pun masuk minggu peperiksaan akhir, namun kata orang last minute study adakalanya membantu. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Jika ingin berubah jangan lagi bertangguh. Lagi pun tiada istilah terlambat untuk berubah.

It’s better late than never’.

Continue reading

‘Daulat’ Guru

Sebagai seorang guru saya pernah didatangi oleh beberapa orang pelajar untuk memohon maaf daripada saya.

Kisah berikut adalah salah satu daripadanya. Namun kisah benar ini ada kelainan sedikit kerana yang ‘berani’ memohon maaf itu adalah seorang pelajar lelaki – bukan pelajar perempuan.

Kisah ini berlaku hampir 10 tahun lalu semasa saya baru dua tahun mengajar di KU.

Satu hari semasa sedang asyik membuat kerja di meja saya seorang pelajar lelaki bernama Ahmad (bukan nama sebenar) telah datang menghampiri saya.

Setelah meminta izin untuk berjumpa dengan saya, beliau pun mulalah menyatakan hajatnya untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai tajuk-tajuk Kimia yang beliau tidak fahami kebelakangan ini.

Continue reading

Internet, Plagiarisme dan Pelajar

Ketika ini pelajar-pelajar saya sedang bertungkus lumus mempersiapkan bahan untuk pembentangan tugasan atau kajian mini Pengajian Malaysia. Setelah kira-kira 2 bulan lebih soalan diberi, masanya hampir tiba untuk saya melihat hasilnya.

Walaubagaimanapun sepanjang masa ini, hanya beberapa kerat sahaja kumpulan pelajar yang menemui saya untuk berbincang mengenai tajuk tugasan mereka. Saya mengharapkan lebih ramai lagi yang mencari suluhan atau petunjuk tentang proses memula, mencari dan menyudahkan tugasan kursus yang berat ini. Tapi ini tidak berlaku sebagaimana diharapkan.

Yang berjumpa saya pula dengan kerenah dan ragam masing-masing. Misalnya ada yang merungut ‘…tajuknya tidak ada dalam internet cikgu.’ Jelas nada kehampaan mereka kerana setelah lama meng’goggle‘ bahan-bahan internet masih juga gagal ditemui. Internet seperti ‘tidak mesra-pelajar’ yang begitu beria-ia ini.

Continue reading

Mengajar Orang Dewasa : Satu Pengalaman

Semalam saya telah memberikan kuliah Pengajian Malaysia kepada 4 orang pelajar Diploma Pengajian Islam Pengajian Jarak Jauh dari Singapura. Mereka perlu mengambil dan lulus kursus ini dan kursus Bahasa Kebangsaan bagi memenuhi syarat  kelayakan untuk menyambung pengajian di IPTA negara kita.

Ini adalah Siri ke-2 Kuliah Intensif bagi kursus Pengajian Malaysia. Kali pertama pada 21 Februari lalu. Pengalaman sebegini adalah baru bagi saya sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam lapangan pendidikan.

Saya boleh katakan tugas saya kali ini menarik dan juga lebih mencabar. Ada 3 sebab.

Pertama, kuliah ini adalah berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh (Distance Learning). Maka, pengajaran dan pembelajaran (P&p) tidak lagi bersifat tradisi sebagaimana kuliah pelajar sepenuh masa. P&p perlu berubah menjadi aktif kerana saya menjangkakan pelbagai soalan (FAQs) akan diajukan oleh pelajar-pelajar PJJ. Maklumlah kuliah secara bersemuka begini hanya berlaku sebulan sekali.

Kedua, saya berdepan pelajar berusia emas – paling muda khabarnya berusia awal 50-an. Usia begini adalah usia rehat. Lazimnya tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi untuk suatu pencapaian yang besar dalam hidup termasuk dalam bidang akademik. Dengan kekuatan daya fikir yang mula melemah, stamina yang merosot dan daya tumpuan yang menurun sudah tentu sukar bagi saya menyampaikan isi-isi kuliah. Apatah lagi bagi kursus wajib MQA ini bahan-bahan kursus adalah berat dan ia menuntut daya fikir yang segar untuk kritis bagi pemahaman yang sempurna. Saya bimbang isi-isi kuliah saya sukar diterima.

Ketiga, tempoh kuliah yang panjang iaitu 6 jam menagih kegigihan pensyarah dan juga pelajar. Ia bukan mudah terutama bagi pelajar berusia emas ini. Kuliah seintensif ini bagai mengejar masa untuk menghabiskan silibus – sebagaimana yang dikehendaki MQA. Untuk itu saya terpaksa memadatkan dan selektif kepada isi-isi utama sahaja.

Dengan 3 sebab di atas saya diulit kebimbangan. Bimbang jika saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar DPI PJJ yang mungkin sangat mengharap.

Namun setelah menghabiskan 2 sesi 12 jam (kira-kira 13-14 jam sebenarnya) kebimbangan saya mula berkurangan.

Ini kerana pelajar-pelajar dewasa Singapura ini mempamerkan sikap yang positif. Mereka sangat gigih, berdedikasi, dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Seperkara lagi adab mereka dengan guru juga masyaAllah begitu menonjol.

Mereka juga seperti yang saya jangkakan suka bertanya. Jika diberi ruang rasanya habis masa digunakan untuk menjawap soalan dan berdiskusi.  Terpaksa saya mengawalnya agar dapat kembali kepada objektif asal perbincangan.

Bagi saya pelajar dewasa ini memang hebat. Biarpun penat berjam-jam dalam perjalanan sebelum ini mereka masih dapat memberikan tumpuan yang hampir sepenuhnya. Seakan-akan mereka tidak penat. Tidak ketara pada mata saya mereka mengantuk, mudah teralih perhatian (distracted) sepanjang kuliah 6 jam. Rehat hanya 1 jam setengah sahaja. Saya tabik dengan mereka!

Mengenangkan pelajar sepenuh masa saya yang berusia 18-19 tahun sekarang kebanyakan mereka tidak menunjukkan kesungguhan sebagai seorang penuntut ilmu! Pelajar remaja saya adalah pasif. Itu belum diukur lagi soal adab dan sahsiah.

Namun untuk menyalahkan mereka kerana menjadi pasif 100% adalah tidak adil kerana perkembangan minda dan rohani mereka tergantung kepada faktor-faktor lain juga. Mereka adalah produk pendidikan rendah atau/dan menengah yang tidak seberapa cemerlang. Dengan kelayakan 3 kredit SPM mereka berharap mendapat peluang kedua untuk berjaya dalam akademik di peringkat diploma.

Kepada para pelajar remaja saya, contohilah pelajar dewasa Singapura ini. Banyak teladan baik dapat diambil untuk memotivasi diri menjadi pelajar yang bersahsiah dan berdedikasi dalam pelajaran. Jika mereka dalam usia emas ini pun beria-ia untuk menimba ilmu inikan pula kita yang masih muda remaja. Wajar untuk kita rasa malu kerana ketidaksungguhan kita dalam menuntut ilmu, banyak terleka, terlibat dalam aktiviti lagha dan seakan tiada arah tujuan. Orang belajar kita pun belajar. Malang sungguh pelajar yang belajar ikut orang ni!

Saya kongsikan foto pelajar dewasa saya di sini dan bandingkan dari raut wajah dan penampilan mereka dengan anda yang sangat muda. Cermin diri dan muhasabah – adakah andadsc_6098-e2crop-3 sama kudrat dari sudut pemikiran, inisiatif, motivasi, minat pada ilmu dan juga sahsiah diri jika dibanding dengan pelajar dewasa ini?

Kesungguhan pelajar-pelajar dewasa dari Singapura memotivasikan saya untuk memberikan yang terbaik ilmu dan pengalaman saya dalam bidang Pengajian Malaysia. Saya yakin mereka akan lulus dengan baik kursus ini biarpun dengan payah sekali.

Pelajar-pelajar remaja saya juga memberikan motivasi sama tapi dengan cara yang berbeza. Mereka tampil ‘pasif’ dalam kebanyakan masa dan situasi!

Masih banyak tugas yang perlu saya pikul untuk menjadikan mereka (boleh) berfikir sendiri. Ini kerana tujuan pendidikan bukan setakat memandaikan mereka – untuk score 4.00 – tetapi yang paling asas (basic) ialah membolehkan pelajar berfikir sendiri secara merdeka.

Mereka perlu menjadi individu yang punya pendirian dan pemikiran sendiri untuk menentukan pilihan yang tepat dalam hidup mereka. Mereka tidak boleh menjadi pak turut lagi.

Nilai Bukan pada Kata-kata Tapi pada Tindakan

Saya selalu – apabila wujudnya kesempatan untuk menasihati atau memotivasi – akan menyebut dan juga mengulang-ulang petikan berikut kepada sesiapa sahaja, terutamanya pelajar dan orang-orang yang dekat dengan saya.

What we think or what we know or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do.
John Ruskin
English author, art critic, and social commentator

Continue reading

Hadiah Bermakna Buatku

Pagi Sabtu ini saya mulakan dengan membaca sebuah naskah ilmiah bertajuk ‘Revolusi IQ.EQ.SQ’ tulisan Taufik Pasiak. Buku ini diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd, cetakan 2008.

Ia adalah hadiah sahabat akrab saya Major (B) Dr Faisal Zuli sempena Hari Lahir saya yang ke-39 baru-baru ini. Buku setebal 434 ini sudah tentu akan ‘mencukai’ banyak masa saya untuk saya membacanya dari halaman ke halaman.

Buku ini menambah lagi koleksi buku ilmiah di perpustakaan mini rumah saya.  Semua rak dah penuh dengan buku-buku yang telah saya beli semenjak di sekolah menengah lagi. Ia bertambah hampir setiap dua minggu kerana kekerapan saya berkunjung ke kedai buku dan selalunya akan membawa pulang paling tidak senaskah buku. Nampak gaya tak lama lagi kena buat extension barulah untuk menampung buku-buku yang makin banyak ni.

Continue reading

‘Raikan’ Kesalahan

Salam pelajar-pelajar yang saya kasihi,

Sesiapapun asalnya tidak suka dilihat atau dikaitkan dengan kelemahan, kecacatan, dan kekurangan. Semuanya mahu dilihat baik, clean, lawa, kemas, dan betul. Merenglah seseorang itu jika dia suka dilihat jahat, tidak kemas dan asyik buat salah!

Adakah sikap ini salah? Saya tidak sesekali menghukum atau menyimpulkan begitu. Saya juga mahu orang lain melihat dan – jika boleh – mempercayai bahawa saya ni baik, cool, budiman dan beriman walaupun saya mempunyai kekurangan itu dan ini. Saya mahu dipercayai bahawa saya adalah seseorang yang boleh dirapati dan dibuat kawan oleh semua orang. Segala yang tidak baik akan saya sorokkan.

Cuma kali ini saya juga ingin membawa satu perspektif baru tentang ‘membuat salah/menjawap dengan betul’ dalam konteks menimba ilmu.

Lazimnya, pelajar takut untuk menjawab soalan gurunya. Dia akan cuba mengelak atau cuba menyorokkan pemikirannya dari diketahui oleh guru dan kawan-kawannya. Alasannya pelajar takut bagi respons yang salah. Bimbang diketawakan atau dipandang rendah oleh kawan-kawannya. Macam saya katakan tadi siapa suka dirinya dikaitkan dengan kelemahan dan kekurangan.

Mari kita ubah sikap pasif ini!!

Bagi saya sikap yang betul adalah semasa dalam bilik kuliah atau tutorial pelajar wajib berkongsi buah fikirannya. Komunikasi sihat perlu berlangsung sesama pelajar dan dengan pensyarah. Komunikasi mesti berlaku 3 hala. Bukan setakat 2 hala (guru – pelajar).

Bagi menggalakkan semua pelajar menyumbang kepada proses pembelajaran, guru mestilah bersedia dan – dengan tanpa syarat – ‘mengalu-alukan’ respons pelajar yang salah atau kurang tepat. Pelajar mesti didorong untuk menyumbang buah fikirannya – biar betapa lemah pun ia!

Pada hemat saya ‘jawapan yang salah sama pentingnya dengan jawapan yang betul’. Pembelajaran tidak harus berlaku dengan HANYA memberikan, menunjukkan, mendemonstrasikan atau mengilustrasikan jawapan, contoh atau penyelesaian yang betul sahaja. Pembelajaran adalah ‘apa yang betul, dan juga apa yang salah’. Bukankah kita berpegang bahawa ‘Yang betul dijadikan teladan, Yang salah dijadikan sempadan’!

Dengan cara ini pelajar lebih memahami selok belok perkembangan dan pembinaan ilmu pengetahuan. Pendekatan hari ini adalah berpusatkan pelajar (Student centered-learning, TCL) dan bukan lagi berorientasikan guru (Teacher-centered Learningm, TCL) yang menyudukan semua maklumat dan fakta ke dalam otak pelajar secara pasif dan kadang-kadang secara paksaan! Pelajar perlu diajar untuk mengetahui BAGAIMANA (Know HOW?) dan bukan lagi sekadar mengetahui APA (Know WHAT?).

Oleh itu, kepercayaan pelajar mesti diubah tentang makna pencapaian dalam akademik. Ini juga boleh membawa kepada pendefenisian kesempurnaan dalam hidup – sebagai satu definisi yang lebih mencakup iaitu kesempurnaan adalah kerana kejayaan yang terhasil setelah kegagalan. Atau kesempurnaan itu terjadi kerana tergabungnya kejayaan dan kegagalan. Dengan ini, pelajar disiap sediakan untuk sentiasa di awal kuliah atau di awal semester untuk memberi respons yang mungkin salah atau lemah. Kesilapan atau kesalahan perlu ‘diraikan’ oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Lama kelamaan pelajar akan lebih jelas hala tuju pembelajarannya dengan mengetahui kaedah yang betul dan tepat.

Akhirnya, pelajar akan lebih menghargai proses pembelajarannya. Bermotivasi untuk maju dan menjadi pelajar yang  ‘sempurna’. InsyaALlah.

Wallahu a’lam.

Pesan Buat Warga Guru

Salam buat semua warga guru.

Saya titipkan sebuah sajak oleh Sasterawan Negara, Usman Awang bertajuk ‘Guru O Guru’ untuk kalian bagi menginsafi akan maha besarnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul seorang guru. Juga saya khususkan ‘posting’ ini buat pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah saya yang bakal menjadi guru kelak.

Karya sebesar ini sarat makna dan pengertian. Ia tidak boleh disimpan dalam lipatan ingatan dan gedung sejarah negara. Ia perlu ‘dikeluarkan’ dan diulang-ulang untuk sentiasa segar dalam pemikiran dan kepercayaan masyarakat.

Kita tidak perlu menunggu tarikh 16 Mei untuk menginsafi peranan guru dan jasanya kepada bangsa dan negara. Karya ini begitu besar untuk dikenang hanya setahun sekali.

Continue reading