The Power of Words

Saya petik kata-kata Robert Fulghum untuk muhasabah kita semua, khususnya para ibu bapa dan pendidik yang selalu berpesan dan menegur dengan lisan kepada anak-anak mereka :

Cikgu Yati melayan mesra murid Tadika KEMAS semasa Karnival Sure Kids satu masa dahulu. Kini beliau telah pun berkhidmat di sekolah kerajaan. Selamat mengajar Cikgu Yati..:)

Kata-kata ini saya kutip dari buku yang bertajuk Positive Words, Powerful Results tulisan Hal Urban dari halaman 30.

Buku setebal 205 halaman ini sarat dengan pemerhatian dan tips penulis mengenai kuasa lisan (perkataan, atau words) yang boleh terungkap atau diungkap semasa perbualan, sesi kuliah, ceramah, dialog filem dan sebagainya.

Biarpun berharga RM49.90 dengan kertas kuning (edisi paperback) – saya beli di MPH tahun lepas – isinya sangat berbaloi.

Benarlah kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ia bukan pusaka Melayu untuk orang Melayu sahaja. Ia adalah pengalaman dan pemerhatian yang bernilai sejagat (universal) kerana saya rasa ia benar dalam semua peradaban manusia.

Pasti Hal Urban juga bersetuju dengan pepatah ini.

Advertisements

Buku Baru yang Sudah Usang

Masa tu sekitar tahun 2002 rasanya. Baru 6 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej UNITI. Saya baru sahaja ‘berhenti’ mengajar kursus Kimia ketika itu gara-gara program Pra-Sains UiTM diberhentikan. Sehingga sekarang pun saya masih tidak mengetahui sebab musabab program itu ditamatkan.

Seingat saya, selepas itulah saya mula mengajar kursus sains sosial. Satu daripadanya ialah Kenegaraan atau Pengajian Malaysia, selain Tamadun Asia. Mengajar kursus dari gugusan sains sosial itu bukan kerana terpaksa tapi kerana saya memang memilih untuk mengajarnya secara peribadi. Saya berminat untuk mengajarnya. Sungguh!

Continue reading

Melayu Bangsa Pemalas – Mitos atau Realiti?

Benarkah Melayu itu bangsa yang malas?

Orientalist dulu pernah menyatakan orang Melayu bangsa pemalas. Sampai sekarang pun saki baki pemikiran atau persepsi itu masih ada dalam kotak minda bangsa bukan Melayu. Barangkali inilah alasannya mengapa tokey syarikat di kota metropolitan tidak mahu menggajikan eksekutifnya dari kalangan bangsa Melayu. Atau juga kerana dorongan lain yang kita tidak mampu selami.

Apapun gambaran yang bersarang dalam benak sesetengah dari kita tentang orang Melayu ini, ia tidak mengubah fakta sejarah beratus tahun bahawa orang Melayu pernah membina kerajaan ulung yang tersohor di rantau Asia ini. Fakta ini bukanlah mitos atau cerita lisan rakyat yang diwarisi turun temurun. Ia adalah hasil kajian arkeologi dan ahli sejarah.

Continue reading

‘Loving People : How to Love and Be Loved’

Saya kini sedang membaca sebuah naskah tentang perasaan yang wujud dalam hubungan sesama manusia. Naskah tulisan Dr. John Townsend bertajuk ‘Loving People : How to Love and Be Loved’ ini sangat menarik kerana ia menjelaskan sesuatu yang bersifat abstrak dan intrinsik dengan kupasan yang mudah difahami dan juga ‘down to earth’.

Lebih dari itu ia telah memberikan suluhan dan kecelikan kepada saya dan sekaligus memahamkan saya tentang situasi yang saya hadapi baru-baru ini. Bagaikan satu kebetulan pula!

Saya menyukai karya ini kerana ia bukan satu karya retorik, atau teori semata-mata – tidak seperti karya lain yang pernah saya baca – tetapi mendasar kepada realiti kehidupan kita.

Saya akan kongsi beberapa tips daripada naskah ini buat pertimbangan pembaca blog saya kelak apabila berkesempatan.

Buku Sejarah Malaysia dan Singapura

Saya tertarik dgn sebuah buku bertajuk ‘Crossroads : A Popular History of Malaysia and Singapore’ Revised and updated Edition 2008 yang ditulis oleh Jim Baker, dan diterbitkan oleh Marshall Cavendish International Private Limited.

Saya baru membelinya di MPH Book Store dengan harga RM67.20 utk koleksi Pengajian Malaysia, perpustakaan kolej Uniti.

Berikut adalah komentar mereka yg autentik dalam bidang sejarah terhadap buku ini:

Ken Whitting, S’pore Bureau Chief of the Associated Press for 15 years

“A must-read for those puzzled about what’s behind recent heandlines from southeast asia.”

Prof. Cheah Boon Kheng – Emeritus Professor of History, USM

Jim Baker has written and recounted a history of Malaysia and S’pore for everyone with great zest, charm and interpretive skills.”

Naskah ini boleh membantu pemahaman kita mengenai sejarah Malaysia dan Singapura.

Hadiah Bermakna Buatku

Pagi Sabtu ini saya mulakan dengan membaca sebuah naskah ilmiah bertajuk ‘Revolusi IQ.EQ.SQ’ tulisan Taufik Pasiak. Buku ini diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd, cetakan 2008.

Ia adalah hadiah sahabat akrab saya Major (B) Dr Faisal Zuli sempena Hari Lahir saya yang ke-39 baru-baru ini. Buku setebal 434 ini sudah tentu akan ‘mencukai’ banyak masa saya untuk saya membacanya dari halaman ke halaman.

Buku ini menambah lagi koleksi buku ilmiah di perpustakaan mini rumah saya.  Semua rak dah penuh dengan buku-buku yang telah saya beli semenjak di sekolah menengah lagi. Ia bertambah hampir setiap dua minggu kerana kekerapan saya berkunjung ke kedai buku dan selalunya akan membawa pulang paling tidak senaskah buku. Nampak gaya tak lama lagi kena buat extension barulah untuk menampung buku-buku yang makin banyak ni.

Continue reading

Hak cipta saya dirompak..

Sejak beberapa tahun lepas saya telah memulakan usaha menyiapkan beberapa naskah ilmiah atau separa ilmiah dalam bidang keahlian dan minat saya. Setakat ini saya telah menghasilkan sebuku nota ‘Jilid 1 Kimia Pra-Sains (CHM081)’ untuk kegunaan pelajar Pra-Sains UiTM-Uniti (2000-20010, sebuah buku panduan ‘Penulisan Ilmiah : Esei’ dan sebuah buku Pengajian Malaysia untuk kursus MPW1133 berdasarkan silibus MQA.

Selain untuk memenuhi kelayakan ahli akademik atau sarjana – gelaran yang sangat tinggi dalam dunia akademik – saya ingin mewariskan ilmu dan pemikiran-pemikiran besar kepada para pelajar saya.

Saya lakukan usaha-usaha berat ini secara perlahan-perlahan mengikut keluangan masa dan idea serta ilham yang sampai. Saya tidak selalunya punya banyak masa kerana kerja-kerja mengajar yang banyak dan kesibukan mentadbir di kolej.

Continue reading

Buku Baru di Pasaran : 19 Tabiat Kuasa Perubahan

dsc_5675-resizeAhad lepas saya telah membeli sebuah buku yang kebetulan berkaitan dengan semangat menyambut Ma’al Hijrah 1430 pada tahun ini (yang disambut dengan cuti umum pada 29 Disember, Isnin lalu).

Buku ini bertajuk ’19 Tabiat Kuasa Perubahan’ karya bersama Zahir Zainudin dan Amaludin Ab. Rahman, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, cetakan pertama 2008.

Perasan saya buku ini tidak pernah saya temui sebelum ini semasa saya membuat kunjungan mingguan di kedai-kedai buku yang sering saya kunjungi seperti Popular dan MPH Melaka. Justeru, apabila saya menemuinya di Kedai Buku Thai Kuang dan menilainya sebagai sebuah karya yang baik saya terus membelinya. Harga pasaran ialah RM14.00. Dengan menjadi ahli kedai buku tersebut saya dapat diskaun 10%. Jimat RM1.40!

Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami buku ini dapat menyampaikan tips atau petua untuk kita melakukan perubahan atau hijrah dalam hidup ini. Tips dinyatakan sebagai tabiat yang praktikal untuk membolehkan hijrah itu berlaku kepada diri kita.

Bagi menguatkan pandangan penulis, kisah-kisah benar yang mencuit hati dan meruntun perasaan turut diselitkan sebagai iktibar buat kita. Ilustrasi dalam bentuk kartun menceriakan lagi persembahan buku setebal 109 halaman ini.

Kepada para penggemar buku, naskah ini memang tepat pada masanya untuk dimiliki.