Generasi Muda dan Masa Depan Pendidikan Negara

Latar Masalah

Masyarakat dibentuk oleh individu-individu yang berkongsi budaya, norma, cita-cita, aspirasi, matlamat hidup dan sebagainya. Tidak terkecuali yang menjadi perkongsian semua ahlinya – sebagai elemen yang lebih asas – ialah sejarah kelahiran negara, kepercayaan (anutan) hidup yang diwarisi dan bahasa pertuturan.

Elemen-elemen ini menjadi social glue yang mengikat semua ahli masyarakat agar kekal bersatu dalam menghadapi cabaran semasa.

Bagi masyarakat Malaysia, cabaran maha besarnya adalah menghapuskan jurang sosial dan ekonomi dalam kalangan ahli masyarakatnya. Ini adalah disebabkan masyarakat Malaysia bersifat heterogenus. Dalam bahasa yang mudah, masyarakat negara ini bersifat majmuk yakni terdiri dari pelbagai lapisan bangsa atau kaum, keturunan, agama dan budaya.

Keadaan ini jauh berbeza dengan masyarakat Jepun yang rata-ratanya sebangsa – bangsa Jepun. Masyarakat homogen ini tidaklah sulit untuk dibentuk atau diurus tadbir kerana tiada perbezaan jurang sosial yang luas dan ketara kerana perbezaan kaum atau budaya. Yang ada adalah perbezaan ekonomi – kaya miskin.  Ini bukanlah fenomena tempatan di Jepun sahaja. Ia adalah fenomena yang boleh kita temui dalam kalangan masyarakat homogenous di mana-mana sahaja. Continue reading

Menekuni Gejala dan Isu Pluralisme Agama dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya

Kiriman hari ini adalah lanjutan dari kiriman sebelum ini tentang bahayanya pluralisme agama. Bagi memahami lebih lanjut tentang gejala ini saya sarankan para pengunjung dapatkan bahan bacaan berikut.

Pemahaman gejala atau disebut sebagai ‘agama baru ini’ akan mengelakkan kita terjebak dalam idea atau fahaman toleransi agama yang berdasarkan logika dan premis akliah golongan tertentu.

Continue reading

Joomla!

Saya sedang mengikuti kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5  sekarang bersama dua orang lagi sahabat saya, En Zamri dan En Firdaus – kedua-duanya arif IT. Kami dihantar oleh majikan untuk mendalami kepakaran asas Joomla.

Asalnya staf lain (sahabat baik saya Cikgu Syafrizan, otai IT kolej) yang patut jadi peserta tapi kerana kekangan tertentu beliau tidak dapat menyertainya. Jadi saya ditakdirkanNya menggantikannya.

Seronoknya dapat ilmu dan kemahiran baru membuat website. Sebagai orang non-IT yang sifar pengetahuan dan selok belok bahasa pengaturcaraan kursus 2 hari ini sangat membantu saya.

Tengah praktikal ni. Sibuk memahirkan diri dengan ciri-ciri asas Joomla. Nanti saya kemaskini perkembangan kursus ini.

Bilik Seminar
JomTraining.com
Salak Tinggi

Darah Jenis B

Seorang ibu sangat risau akan kesihatan anak lelaki sulongnya, si Ali. Maklumlah Ali tu kelihatannya asyik kerja siang malam. Macam takda waktu rehat walaupun hari cuti.

Satu hari yang lapang, Ali berehat di rumah. Ketika itu dia sedang berbual dengan isterinya. Topiknya tentang derma darah.

Ali berkata kepada isterinya ” Abang teringin nak derma darahlah Yang”

Si isteri memberi pandangannya “Eloklah tu bang. Tukan tandanya abang ni perihatin pada orang-orang yang memerlukan darah.”

Continue reading

Percubaan Pautan dengan Facebook

Ini hanya satu percubaan posting sahaja utk menguji kebolehan aplikasi facebook dengan blog WordPress.

Kini blog ini telah dipautkan ke dalam facebook saya. Semua posting selepas ini akan disiarkan juga dalam facebook personal saya.

Canggih betul teknologi ICT sekarang – tulis di sini boleh keluar kemudian di sana.

Ole-ole Karnival Pendidikan di MITC Melaka

Banyak peristiwa atau majlis rasmi berlangsung di MITC, Ayer Keroh Melaka pada bulan-bulan tertentu setiap tahun. Di situlah pusat pameran produk industri atau perkhidmatan kepada para pengguna diadakan. Ia menjadi acara tahunan negeri. Bahkan ada kalanya majlis yang dianjurkan bersifat kebangsaan seperti Minggu Saham PNB suatu ketika dulu.

Di situ juga berlangsungnya jualan mega untuk barangan keperluan masyarakat setempat dari kelengakapan dapur hinggalah ke alat audio video serta komputer yang serba canggih.

Dengan acara-acara besar begini mengisi kalendar aktiviti MITC, Ayer Keroh telah menjadi tarikan utama pengunjung tempatan.Malah sebelum ini pun memang telah ada tarikan kepada para pelancong tempatan dan luar negeri seperti Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Taman Buaya.

Kini dengan adanya antara lain pusat memberi belah Mydin, Planetarium dan UTeM, Ayer Keroh kian popular sebagai tempat wajib dilawati pelancong dalam negara dan Singapura selepas Mahkota Parade di Melaka Raya.

Continue reading

Berita Mutakhir Anak Cikgu Anis

Cikgu Anis, suami dan anaknya telah selamat kembali ke tanah air kira-kira 2 minggu lalu. Kini mereka sedang berada di Perak di kampung halaman suami cikgu Anis.

Alhamdulillah pembedahan tersebut telah selamat dan berjaya dilakukan oleh pakar jantung kana-kanak di India. Kini anak cikgu Anis sedang menjalani proses pemulihan di tanah air.

Cikgu Anis dengan ini merakam ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan anaknya dan mereka yang telah membantu secara langsung atau tidak bagi menjayakan misi ke India.

Sumber berita : Cikgu Nazre UPSI

Berita Mutakhir Anak cikgu Anis

Alhamdulillah, akhirnya cikgu Anis berjaya mendapatkan dana dari pihak JPA untuk membiayai kos pembedahan jantung anak sulongnya di India. Usaha beliau sebelum ini mendapatkan biaya dari Kemenerian Kesihatan menemui kegagalan.

Beliau, suami dan anaknya akan berangkat ke India pada Ahad, 27 September 2009 ini melalui KLIA.

Kita doakan agar rombongan beliau diberkati dan dilindungi ALlah. Semoga pembedahan dan rawatan ke atas jantung anak beliau berjaya dengan sempurnanya. Dan kesihatan anak cikgu Anis kembali pulih seperti biasa.

Amin

Nota : Sumber maklumat ialah Pn Nor Jannah Jaafar (sahabat baik cikgu Anis) semasa beliau menziarahi saya sekeluarga pada 23 September 2009 (hari raya puasa keempat).

Bazaar dan Bazir Ramadhan

Hari ini 2 Syawal 1430 H. Maknanya telah 2 hari kita meninggalkan Ramadhan. Bagi mereka yang berjiwa sufi kesedihan berpisah dengan bulan penuh keberkatan ini akan berterusan. Esok 3 Syawal dan hari-hari berikutnya adalah hari-hari yang ditangisi.

Justeru, tidak perlu menunggu lama, hati dan jiwa yang halus ini akan kembali merindui Ramadhan. Dorongannya tidak lain melainkan untuk beribadah hanya kepadaNya. Titik!

Bagaimana dengan kita yang ramai ini pada saat ini ?

Pastinya kita gembira. Perasaan ini mengiringi tasbih, tahmid dan takbir Raya yang menggema ruang angkasa malam 1 Syawal. Pada esoknya kegembiraan itu mencapai kemuncaknya.

Continue reading

Perangkap Pemasaran

Saya adalah antara rakyat Malaysia yang pernah naif. Maksudnya saya ni ‘jahil’. Tidak cukup dengan itu, saya juga mudah ‘cair’. Lebih teruk lagi mudah kesian.

Akibatnya mudah saya terpujuk untuk membeli produk atau melanggan perkhidmatan tertentu apabila didekati pegawai pemasaran berkenaan walaupun ada antara produk atau perkhidmatan itu tidak saya perlukan sangat. Saya juga tak berapa reti nak tawar menawar.

Jadi sudahnya belilah produk atau langgan perkhidmatan yang ditawarkan.

Namun, setelah menggunakan produk itu kualitinya tidaklah seperti yang diwar-warkan. Begitu jugalah dengan prestasi perkhidmatan yang saya langgani. Kebanyakannya  indah khabar dari rupa!

Macamana saya tak naik angin!

Continue reading

‘The Kite Runner’

Kali ini saya ingin bercakap mengenai filem. Ada dua jenis filem akan pasti saya tonton. Pertama, filem berdasarkan kisah benar (base on true story). Kedua, jika fiksyen ia (masih) bertemakan kemanusiaan.

Jangan salah anggap ya saya bukan kaki wayang. Ia sekadar mengisi masa lapang  saya.

Dalam dunia ICT ini, semuanya begitu mudah. Dengan perisian tertentu saya cuma muaturun filem kesukaan saya. Selepas berhari-hari barulah saya dapat filem yang saya nak tontoni itu.

Mana tidaknya dengan langganan broadband yang basic kualiti sambungan ke internet bukanlah pengalaman yang selalu menyenangkan. Kalu tak terputus, ia lambat atau perlahan sekali.

Continue reading

Derma buat anak cikgu Anis

Jika sesiapa yang mengenali cikgu Anis inilah masanya untuk membantu beliau. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah Matematik di Kolej Uniti semenjak 1997/98 lagi. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

anis_border2Entri kali ini dibuat khas untuk beliau. Beliau sedang mengalami ujian maha berat kerana anak sulongnya yang berusia kurang setahun sedang menderita sakit jantung berlubang.  Keadaan anak beliau dilaporkan kian kritikal hari demi hari. Ini disebabkan lubang di jantungnya semakin membesar.

Menurut pakar IJN, anak beliau perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawanya. Memandang kos perubatan yang relatif mahal anak cikgu Anis dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan jantung di Bangalore India.

Continue reading