Esei! Aiseyman

Jika adalah satu saat yang paling sukar dan mencabar bagi pelajar, saat itu ialahresearch1 uitm apabila menerima soalan tugasan Pengajian Malaysia. Ia akan menjadi satu pengalaman yang paling rumit sepanjang pengajian diploma mereka. Beban dirasakan amat berat.

Ini kerana tugasan itu berbentuk esei.

Aiseyman!

Yalah soalan esei bukanlah soalan objektif – ada 4 pilihan jawapan. Tembakpun boleh kena! Soalan esei adalah soalan subjektif yang paling susah. Soalannya mungkin pendek tapi di sebaliknya tersirat ‘macam-macam arahan’ untuk disempurnakan. Ia kerja akademik yang perlu ditekuni sejak hari pertama dapat soalan. Ia adalah suatu bentuk penyelidikan (research) pada skala kecil.

Continue reading

Internet, Plagiarisme dan Pelajar

Ketika ini pelajar-pelajar saya sedang bertungkus lumus mempersiapkan bahan untuk pembentangan tugasan atau kajian mini Pengajian Malaysia. Setelah kira-kira 2 bulan lebih soalan diberi, masanya hampir tiba untuk saya melihat hasilnya.

Walaubagaimanapun sepanjang masa ini, hanya beberapa kerat sahaja kumpulan pelajar yang menemui saya untuk berbincang mengenai tajuk tugasan mereka. Saya mengharapkan lebih ramai lagi yang mencari suluhan atau petunjuk tentang proses memula, mencari dan menyudahkan tugasan kursus yang berat ini. Tapi ini tidak berlaku sebagaimana diharapkan.

Yang berjumpa saya pula dengan kerenah dan ragam masing-masing. Misalnya ada yang merungut ‘…tajuknya tidak ada dalam internet cikgu.’ Jelas nada kehampaan mereka kerana setelah lama meng’goggle‘ bahan-bahan internet masih juga gagal ditemui. Internet seperti ‘tidak mesra-pelajar’ yang begitu beria-ia ini.

Continue reading