Pilihan Raya Adalah Percaturan Politik

Malaysia kini di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bila-bila masa sahaja Parlimen sebagai badan perundangan (legaslatif) persekutuan boleh dibubarkan oleh YDPA.

Cuma dalam konteks Malaysia, biar pun hak atau kuasa membubarkan Parlimen di tangan YDPA (disebut sebagai kuasa prerogatif atau budi bicara), perancangan dan ‘ilham’ untuk melakukan pembubaran Parlimen terserah kepada Perdana Menteri. YDPA tidak boleh atas kehendaknya sebagai Ketua Negara membubarkan Parlimen tanpa didahului permintaan Perdana Menteri.

Pilihan raya persekutuan hanya boleh diadakan hanya setelah Parlimen dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya dituntut oleh perlembagaan persekutuan menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya diadakan. Selepas pembubaran Parlimen pilihan raya perlu diadakan pada mana-mana hari dalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan perlembagaan.

 

Continue reading

The Great Debaters

‘The Great Debaters’ adalah sebuah filem yang diangkat dari kisah benar dalam sebuah masyarakat yang sangat mengagungkan tamadunnya.

Latar budayanya rencam. Ia kisah pertembungan dua etnik. Satu superior – bangsa kulit putih yang hegemon ke atas rakan senegara yang inferior – bangsa kulit hitam. Bangsa ini sekarang kita kenali sebagai African-America.

Mengambil persekitaran tahun 1935 di Amerika Syarikat dan menggunakan babak-babak perdebatan akademik di universiti ternama, filem arahan pemenang Academy Denzel Washington dan diterbitkan oleh Oprah Winfrey, berjaya menonjolkan mesej bahawa hujah dan fakta yang kuat boleh menewaskan hujah dan fakta yang lemah.

Kebenaran akhirnya akan tertegak biar pun di tengah-tengah khalayak yang mendokong keunggulan bangsa etnosentrik.

Mari kita ambil iktibar dari kisah ini.

 

Merlimau oh Merlimau..

Semalam saya berada di Merlimau. Bukan untuk makan angin dengan isteri tetapi – bersama seorang sahabat baik – saya turun padang sebagai pemerhati proses demokrasi yang mula berlaku di daerah yang berdekatan dengan sempadan Johor ini.

Sebagai pensyarah Pengajian Malaysia, keberadaan saya di bumi Merlimau ini adalah satu daripada cara saya memahami isu-isu penting negara.

Bersama kira-kira 10,000 orang yang lain saya memeriahkan bumi Merlimau untukĀ  tempoh 4-5 jam mulai 8.00 pagi sebelum ia berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Merlimau adalah sebuah kawasan pilihanraya di negeri Melaka. Ia didaftarkan SPR sebagai salah sebuah kerusi DUN di Melaka, dengan nombor rujukan N27. Samalah seperti DUN Bachang, N15 dan DUN Telok Mas, N18.

Cerita semalam adalah tanda bermulanya episod baru kempen politik antara UMNO dengan PAS bagi merebut kerusi DUN yang telah kosong kerana ADUNnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat penyakit jantung yang lama dideritanya.

Continue reading

Buku Baru yang Sudah Usang

Masa tu sekitar tahun 2002 rasanya. Baru 6 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej UNITI. Saya baru sahaja ‘berhenti’ mengajar kursus Kimia ketika itu gara-gara program Pra-Sains UiTM diberhentikan. Sehingga sekarang pun saya masih tidak mengetahui sebab musabab program itu ditamatkan.

Seingat saya, selepas itulah saya mula mengajar kursus sains sosial. Satu daripadanya ialah Kenegaraan atau Pengajian Malaysia, selain Tamadun Asia. Mengajar kursus dari gugusan sains sosial itu bukan kerana terpaksa tapi kerana saya memang memilih untuk mengajarnya secara peribadi. Saya berminat untuk mengajarnya. Sungguh!

Continue reading

Menekuni Gejala dan Isu Pluralisme Agama dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya

Kiriman hari ini adalah lanjutan dari kiriman sebelum ini tentang bahayanya pluralisme agama. Bagi memahami lebih lanjut tentang gejala ini saya sarankan para pengunjung dapatkan bahan bacaan berikut.

Pemahaman gejala atau disebut sebagai ‘agama baru ini’ akan mengelakkan kita terjebak dalam idea atau fahaman toleransi agama yang berdasarkan logika dan premis akliah golongan tertentu.

Continue reading

Pluralisme Agama- Sila Cermati! Ia Doktrin Bahaya

Pluralisme adalah istilah dan konsep yang saya selitkan dalam nota kursus Pengajian Malaysia yang saya tulis untuk pelajar-pelajar saya. Ia digunakan untuk menegaskan bahawa kita – di Malaysia yang majmuk ini – perlu mempertahankan kepelbagaian latar budaya dan etnik.

Pluralisme atau juga disalingkaitkan dengan multiculturalisme adalah faham (isme) yang mencanggahi monoculturalisme yang ditaja dan giat dilaksana oleh Barat bagi mewujudkan satu budaya sejagat seragam berdasarkan pemikiran dan falsafah Barat seperti sekularisme, liberalisme, individualisme, positivisme, humanisme dan lain-lain lagi.

Justeru, dalam erti kata lain – dalam konteks pluralisme di Malaysia – berbeza etnik, agama dan bahasa – sekadar menyebut beberapa contoh – bukanlah satu masalah.

Continue reading

Ole-ole Karnival Pendidikan di MITC Melaka

Banyak peristiwa atau majlis rasmi berlangsung di MITC, Ayer Keroh Melaka pada bulan-bulan tertentu setiap tahun. Di situlah pusat pameran produk industri atau perkhidmatan kepada para pengguna diadakan. Ia menjadi acara tahunan negeri. Bahkan ada kalanya majlis yang dianjurkan bersifat kebangsaan seperti Minggu Saham PNB suatu ketika dulu.

Di situ juga berlangsungnya jualan mega untuk barangan keperluan masyarakat setempat dari kelengakapan dapur hinggalah ke alat audio video serta komputer yang serba canggih.

Dengan acara-acara besar begini mengisi kalendar aktiviti MITC, Ayer Keroh telah menjadi tarikan utama pengunjung tempatan.Malah sebelum ini pun memang telah ada tarikan kepada para pelancong tempatan dan luar negeri seperti Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Taman Buaya.

Kini dengan adanya antara lain pusat memberi belah Mydin, Planetarium dan UTeM, Ayer Keroh kian popular sebagai tempat wajib dilawati pelancong dalam negara dan Singapura selepas Mahkota Parade di Melaka Raya.

Continue reading

PPSMI telah pun gagal!

Alhamdulillah !

Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh semua penentang terbuka dan senyap PPSMI apabila mendapat tahu kabinet hari ini bersetuju memansuhkan PPSMI setelah 6 tahun bereksperimen melaksanakan dasar yangĀ ad hoc ini.

hasan ahmadKepada Gerakan Mansuh PPSMI khususnya rakyat Malaysia amnya berterima kasih kerana telah berjaya ‘mengajar’ kerajaan agar kembali ke landasan dan akar budaya bangsa. Juga agar kerajaan akur kepada semangat asal Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (walaupun alasan itu tidak disebut dalam kenyataan Menteri Pelajaran semasa mengumumkan keputusan bersejarah ini).

Continue reading

Majlis Raja-rajalah Yang Berkuasa

Keputusan kabinet (eksekutif) 22 April lepas bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain telah mengundang kontroversi kepada Ā mereka yang memahami isu perlembagaan dan juga kesan kepada institusi kekeluargaan Islam.

Isu ini juga dilihat sebagai usaha campur tangan eksekutif ke atas tugas atau bidang kuasa judisiari (kehakiman). Ini bercanggah dengan semangat dan prinsip dalam doktrin pengasingan kuasa. Batas kuasa dan tanggungjawab tiga cabang pemerintahan negara iaitu eksekutif, legaslatif dan judisiari telah diperincikan dalam perlembagaan persekutuan.

Untuk seketika polemik mengenainya mewarnai lanskap sosio-politik tanah air dan menghangatkan lagi Ā suhu politik yang tidak pernah surut semenjak PRU ke-12 lalu.

Continue reading

Esok saya cuti!

Sejak Isnin lalu kesihatan saya mula terganggu kembali. Kepala menjadi berat. Badan pula penat.

Sememangnya setiap hari berulang-alik Melaka-Pasir Panjang adalah rutin yang mencukai masa dan menghakis stamina saya. Kerana itu malam saya selalunya singkat.

Perjalanan pergi balik sejauh kira-kira 120 km jarang menyeronokkan. Mujurlah ada lagu-lagu pilihan MP3 menjadi teman perjalanan. Dapatlah saya melarikan diri dari perasaan bosan dan masalah harian. Untuk seketika saya berasa senang dan tenang.

Tapi penat kali ini amat terasa sekali. Keadaan mula diburukkan lagi oleh batuk-batuk kecil.

Kenapa saya jadi begini?

Continue reading

Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Dalam kursus Pengajian Malaysia, ‘Demokrasi Berparlimen’ menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Saya juga merasionalkan kepada pelajar bahawa kita adalah hasil percaturan para pemimpin politik – dahulu, kini dan juga akan datang. Sisi-sisi penting lain iaitu ekonomi dan sosial – sebahagian besarnya dicorak dan dipengaruhi oleh perkembangan politik. Justeru pasang surut politik negara perlulah boleh ‘dibaca’ oleh kita semua dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Saya sendiri begitu begitu beria-ia mengajar topik ini. Penekanan ke atasnya dilebihkan berbanding topik-topik lain. Ini kerana topik ini sentiasa bersifat semasa (contemporary). Banyak perkembangan politik dalam negara berlaku setiap minggu dan ia perlu dikongsi dengan pelajar agar mereka tidak ketinggalan dengan ‘up-dates‘ politik negara.

Continue reading

Budi Melayu : Di manakah sekarang?

Tidak seperti bangsa Barat, kita lebih suka memendam. Kita tidak begitu ekspresif.

Jika meluahkan pun kita masih cuba berselindung. Kita berkias. Pesan dan nasihat pun berlapik. Kita tidak ‘berani’ berterus terang. Kita memilih untuk menyampaikan maksud hati, perasaan dan buah fikiran secara tidak langsung.

Bukan maksud saya untuk mengatakan sikap sebegini tidak baik. Bahkan saya menyukai sikap dan cara sebegini.Ā Inilah budi bahasa Melayu. Warisan yang halus, lembut tapi membekas.

Bacalah semula pantun dan gurindam Melayu dengan penuh teliti pasti anda Ā akan membuat kesimpulan serupa. Ia sarat erti budi. Disulami pula dengan emosi menjadikan kesannya lebih menyentuh.

Continue reading

Kita ‘Berhutang’ kepada Anak Cucu Cicit Kita

Memilih untuk memihak atau menyokong mana-mana aliran atau idealogi siasah adalah hak yang sah di sisi perlembagaan negara. Jadi jika saya memilih untuk mendokong parti alternatif bukanlah satu dosa di sisi undang-undang negara. Ia samalah jika saya menyokong parti siasah pemerintah.

Hakikatnya sejak dulu saya bukanlah ahli kepada mana-mana parti siasah. Saya tidak pernah berniat pun untuk menyertai mana-mana parti siasah. Saya mahu kelihatan dan dilihat non-partisan. Pemihakan saya hanya akan saya terjemahkan di peti undi semasa pilihan raya.

Akan tetapi sebagai seorang rakyat yang prihatin, saya tidak boleh terlepas dari ‘membaca’ dan membincang isu-isu siasah.

Continue reading

Mengajar Orang Dewasa : Satu Pengalaman

Semalam saya telah memberikan kuliah Pengajian Malaysia kepada 4 orang pelajar Diploma Pengajian Islam Pengajian Jarak Jauh dari Singapura. Mereka perlu mengambil dan lulus kursus ini dan kursus Bahasa Kebangsaan bagi memenuhi syaratĀ  kelayakan untuk menyambung pengajian di IPTA negara kita.

Ini adalah Siri ke-2 Kuliah Intensif bagi kursus Pengajian Malaysia. Kali pertama pada 21 Februari lalu. Pengalaman sebegini adalah baru bagi saya sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam lapangan pendidikan.

Saya boleh katakan tugas saya kali ini menarik dan juga lebih mencabar. Ada 3 sebab.

Pertama, kuliah ini adalah berkonsepkan Pengajian Jarak Jauh (Distance Learning). Maka, pengajaran dan pembelajaran (P&p) tidak lagi bersifat tradisi sebagaimana kuliah pelajar sepenuh masa. P&p perlu berubah menjadi aktif kerana saya menjangkakan pelbagai soalan (FAQs) akan diajukan oleh pelajar-pelajar PJJ. Maklumlah kuliah secara bersemuka begini hanya berlaku sebulan sekali.

Kedua, saya berdepan pelajar berusia emas – paling muda khabarnya berusia awal 50-an. Usia begini adalah usia rehat. Lazimnya tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi untuk suatu pencapaian yang besar dalam hidup termasuk dalam bidang akademik. Dengan kekuatan daya fikir yang mula melemah, stamina yang merosot dan daya tumpuan yang menurun sudah tentu sukar bagi saya menyampaikan isi-isi kuliah. Apatah lagi bagi kursus wajib MQA ini bahan-bahan kursus adalah berat dan ia menuntut daya fikir yang segar untuk kritis bagi pemahaman yang sempurna. Saya bimbang isi-isi kuliah saya sukar diterima.

Ketiga, tempoh kuliah yang panjang iaitu 6 jam menagih kegigihan pensyarah dan juga pelajar. Ia bukan mudah terutama bagi pelajar berusia emas ini. Kuliah seintensif ini bagai mengejar masa untuk menghabiskan silibus – sebagaimana yang dikehendaki MQA. Untuk itu saya terpaksa memadatkan dan selektif kepada isi-isi utama sahaja.

Dengan 3 sebab di atas saya diulit kebimbangan. Bimbang jika saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar DPI PJJ yang mungkin sangat mengharap.

Namun setelah menghabiskan 2 sesi 12 jam (kira-kira 13-14 jam sebenarnya) kebimbangan saya mula berkurangan.

Ini kerana pelajar-pelajar dewasa Singapura ini mempamerkan sikap yang positif. Mereka sangat gigih, berdedikasi, dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Seperkara lagi adab mereka dengan guru juga masyaAllah begitu menonjol.

Mereka juga seperti yang saya jangkakan suka bertanya. Jika diberi ruang rasanya habis masa digunakan untuk menjawap soalan dan berdiskusi.Ā  Terpaksa saya mengawalnya agar dapat kembali kepada objektif asal perbincangan.

Bagi saya pelajar dewasa ini memang hebat. Biarpun penat berjam-jam dalam perjalanan sebelum ini mereka masih dapat memberikan tumpuan yang hampir sepenuhnya. Seakan-akan mereka tidak penat. Tidak ketara pada mata saya mereka mengantuk, mudah teralih perhatian (distracted) sepanjang kuliah 6 jam. Rehat hanya 1 jam setengah sahaja. Saya tabik dengan mereka!

Mengenangkan pelajar sepenuh masa saya yang berusia 18-19 tahun sekarang kebanyakan mereka tidak menunjukkan kesungguhan sebagai seorang penuntut ilmu! Pelajar remaja saya adalah pasif. Itu belum diukur lagi soal adab dan sahsiah.

Namun untuk menyalahkan mereka kerana menjadi pasif 100% adalah tidak adil kerana perkembangan minda dan rohani mereka tergantung kepada faktor-faktor lain juga. Mereka adalah produk pendidikan rendah atau/dan menengah yang tidak seberapa cemerlang. Dengan kelayakan 3 kredit SPM mereka berharap mendapat peluang kedua untuk berjaya dalam akademik di peringkat diploma.

Kepada para pelajar remaja saya, contohilah pelajar dewasa Singapura ini. Banyak teladan baik dapat diambil untuk memotivasi diri menjadi pelajar yang bersahsiah dan berdedikasi dalam pelajaran. Jika mereka dalam usia emas ini pun beria-ia untuk menimba ilmu inikan pula kita yang masih muda remaja. Wajar untuk kita rasa malu kerana ketidaksungguhan kita dalam menuntut ilmu, banyak terleka, terlibat dalam aktiviti lagha dan seakan tiada arah tujuan. Orang belajar kita pun belajar. Malang sungguh pelajar yang belajar ikut orang ni!

Saya kongsikan foto pelajar dewasa saya di sini dan bandingkan dari raut wajah dan penampilan mereka dengan anda yang sangat muda. Cermin diri dan muhasabah – adakah andadsc_6098-e2crop-3 sama kudrat dari sudut pemikiran, inisiatif, motivasi, minat pada ilmu dan juga sahsiah diri jika dibanding dengan pelajar dewasa ini?

Kesungguhan pelajar-pelajar dewasa dari Singapura memotivasikan saya untuk memberikan yang terbaik ilmu dan pengalaman saya dalam bidang Pengajian Malaysia. Saya yakin mereka akan lulus dengan baik kursus ini biarpun dengan payah sekali.

Pelajar-pelajar remaja saya juga memberikan motivasi sama tapi dengan cara yang berbeza. Mereka tampil ‘pasif’ dalam kebanyakan masa dan situasi!

Masih banyak tugas yang perlu saya pikul untuk menjadikan mereka (boleh) berfikir sendiri. Ini kerana tujuan pendidikan bukan setakat memandaikan mereka – untuk score 4.00 – tetapi yang paling asas (basic) ialah membolehkan pelajar berfikir sendiri secara merdeka.

Mereka perlu menjadi individu yang punya pendirian dan pemikiran sendiri untuk menentukan pilihan yang tepat dalam hidup mereka. Mereka tidak boleh menjadi pak turut lagi.

‘Pahala’ dah sampai ke Gaza

Ada banyak cara untuk membuat kebajikan. Ada banyak cara juga untuk kita mengajak atau mempengaruhi orang lain membuat kebajikan. Namun yang paling pokoknya ialah keikhlasan dan ia dibuat dengan cara yang betul.

Baru-baru ini saya telahĀ  ‘mengajak’ pelajar-pelajar saya membuat kebajikan iaitu menderma untuk Tabung Gaza dengan cara yang tidak langsung.

Bagaimana saya melakukannya?

Mereka diwajibkan membeli buku saya ‘Nota Pengajian Malaysia : Jilid 1’ untuk memudahkan mereka mengikuti kuliah kursus wajib MQA. Jadi melalui bayaran buku tersebut saya buat ‘kutipan’ infaq fi sabillilah. Saya telah mengeluarkan sebahagian ‘keuntungan’ menjual buku saya dan ‘bank-in’kan ke Akaun AMAN Palestin minggu lepas. Alhamdulillah.

Saya lakukan begini sebab kita ni susah nak keluar duit walaupun seringgit dua untuk menderma. Nak-nak di kalangan pelajar yang sering masih bergantung kepada duit poket dari mak ayah masing-masing. Kita mungkin simpati terhadap penderitaan orang lain. Tapi untuk menghulurkan bantuan kita perlu berasa empati juga.

Jadi, dengan kaedah begini setiap pelajar saya yang berjumlah 228 orang telah pun membuat saham akhirat iaitu pahala. Moga infaq mereka telah atau mungkin akan Ā sampai ke Gaza tidak lama lagi. Moga Allah telah menerima ‘amal ini.

Amin.