Pilihan Raya Adalah Percaturan Politik

Malaysia kini di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bila-bila masa sahaja Parlimen sebagai badan perundangan (legaslatif) persekutuan boleh dibubarkan oleh YDPA.

Cuma dalam konteks Malaysia, biar pun hak atau kuasa membubarkan Parlimen di tangan YDPA (disebut sebagai kuasa prerogatif atau budi bicara), perancangan dan ‘ilham’ untuk melakukan pembubaran Parlimen terserah kepada Perdana Menteri. YDPA tidak boleh atas kehendaknya sebagai Ketua Negara membubarkan Parlimen tanpa didahului permintaan Perdana Menteri.

Pilihan raya persekutuan hanya boleh diadakan hanya setelah Parlimen dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya dituntut oleh perlembagaan persekutuan menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya diadakan. Selepas pembubaran Parlimen pilihan raya perlu diadakan pada mana-mana hari dalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan perlembagaan.

 

Continue reading

Advertisements

Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Dalam kursus Pengajian Malaysia, ‘Demokrasi Berparlimen’ menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Saya juga merasionalkan kepada pelajar bahawa kita adalah hasil percaturan para pemimpin politik – dahulu, kini dan juga akan datang. Sisi-sisi penting lain iaitu ekonomi dan sosial – sebahagian besarnya dicorak dan dipengaruhi oleh perkembangan politik. Justeru pasang surut politik negara perlulah boleh ‘dibaca’ oleh kita semua dengan ilmu dan maklumat yang betul.

Saya sendiri begitu begitu beria-ia mengajar topik ini. Penekanan ke atasnya dilebihkan berbanding topik-topik lain. Ini kerana topik ini sentiasa bersifat semasa (contemporary). Banyak perkembangan politik dalam negara berlaku setiap minggu dan ia perlu dikongsi dengan pelajar agar mereka tidak ketinggalan dengan ‘up-dates‘ politik negara.

Continue reading

Sejarah mungkin ‘takdir’ yang dirancang

Sejak jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak beberapa minggu lalu, beberapa peristiwa telah menyusul mewarnai perkembangan politik tanah air.

Untuk beberapa ketika negara kita terus dilanda oleh hiruk pikuk politik antara dua seteru politik – Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan ia memberi petanda yang tidak baik kepada kestabilan dan kesejahteraan masyarakat kita.

Yang terbaru ialah isu YB Elizabeth Wong apabila keperibadiannya ‘ditelanjangkan’ oleh pihak yang berniat ‘mala fide ‘ (jahat) dan niat ini disambung pula oleh media lalu disambut oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat (bukan musuh YB Eli).

Continue reading