Antara Takut dan Berani

Menjadi berani bermakna kita berusaha untuk menakluki rasa takut.

Rasa takut ini wujud dalam banyak situasi. Selain takutkan dosa dan takutkan Tuhan, semua perasaan takut ini mempunyai kesan negatif dalam hidup.

Senarai rasa takut ini panjang kerana takut itu macam-macam jenisnya.

Boleh jadi kita takut untuk bercakap di depan khalayak orang ramai, takut untuk membuat keputusan, takut bertukar kerja, takut untuk berhijrah, takut ditinggalkan, takut bersuara, takut berkawan, takut dengan orang sekeliling yang mengata, takut untuk menegur, takut orang berkecil hati, takut mencuba satu yang baru, takut kepada ketinggian, takut kepada hantu dan berbagai-bagai lagi jenis takut.

Ada juga orang yang takut berkahwin. Dalam kes lain yang ‘biasa’ terjadi ramai orang takut berpoligami walaupun mahu dan mampu. Apatah lagi perempuan tentunya takut dipoligamikan. Dalam budaya kita orang Melayu, ini memang boleh dijangka. Selalunya ia dilihat negatif kecuali di mata wanita Arqam suatu ketika dahulu.

Berkahwin lebih dari satu bagi seorang lelaki adalah seumpama melakukan satu ‘dosa’ besar. Biarpun ‘lulus’ syarat dan tapisan syarak, seorang yang ingin berpoligami mesti juga ‘lulus’ tapisan isteri, rakan taulan dan masyarakat.

Justeru, poligami sentiasa menjadi fitnah di mata kita. Tidak ramai yang memilih untuk berani meneruskan niat itu. Hanya yang berani meneruskan niat ikut pintu belakang. Akhirnya apabila tembelang terbongkar , kerana tiada ‘restu’ dan kerjasama isteri pertama, rumah tangga berantakan.

Begitulah ramai yang takut daripada berani menempuh kehidupan yang sepatutnya memberikan sakinah kepada seluruh ahli rumah tangga.

Malangnya kerana emosi, persepsi, budaya dan sikap kita, rasa takut ini hadir hingga menyulitkan sebuah kehidupan yang cuba dibina.

Dalam konteks lebih luas,perasaan takut kepada perubahan yang ingin dilakukan boleh menjadi penghalang kepada kemajuan sebuah komuniti, organisasi dan institusi.

Namun perkara ini tentunya subjektif. Negatif di mata kita, tidak di mata orang lain. Apatah lagi ketakutan ini wujud demi mempertahankan hak, maruah dan kepentingan tertentu.

Itulah sebahagian latar rasa takut yang biasa wujud dalam diri kita.

Saya juga pernah rasa takut sama seperti orang lain juga. Dulu masa di sekolah rendah takut nak amik peperiksaan Penilaian Darjah 5. Lepas tu takut nak masuk jawi. Takut sakit kena potong!

Bila masuk sekolah menengah takut pula nak amik SPM walaupun ketika itu saya adalah pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Bila masuk U pula takut tak dapat masuk Fakulti Perubatan pula. Maklumlah rata-rata jika ditanya pelajar Matrikulasi ketika itu, kebanyakannya nak jadi doktor. Takut malu dengan orang kampung bila tak dapat!

Takdir Allah akhirnya ‘mencampakkan’ saya ke Jabatan Sains Nuklear, Fakulti Sains Fizik dan Gunaan.

Ketakutan saya tentang masa depan tidaklah berterusan. Ia semakin hilang satu persatu.

Pengalaman hidup banyak mendewasakan saya. Saya menjadi lebih kritis dengan apa yang saya lihat, dengar dan rasakan. Saya mula serius berfikir dan terarah untuk mencari makna-makna yang selama ini tersirat di sebalik peristiwa yang saya alami.

Semenjak itu saya tahu saya nak jadi apa, tahu memilih siapa untuk menjadi rakan-rakan saya dan juga – yang paling utama – teman hidup saya.

Selain itu saya juga tahu aliran pemikiran apa yang saya akan pegang atau dokong. Itu adalah antara beberapa perkara yang saya telah pilih untuk lakukan dan amalkan tanpa rasa takut yang berpanjangan.

Dengan itu saya meredah masa depan dengan berbekal harapan, sedikit ilmu dan kemahiran yang saya kutip di menara gading.

Saya berterima kasih kepada Allah kerana telah banyak menguji saya sejak kecil. Saya adalah ujian yang telah saya tempuhi, baik ujian yang berjaya saya atasi atau sebaliknya.

Dengan ujian-ujian ini – sebahagian besarnya bersifat peribadi dan kerjaya – saya membesar dan matang sebagai orang dewasa.

Di usia 40-an ini ujian masih terus datang walaupun telah banyak ujian yang telah pergi. Saya tahu ujian Allah tidak akan pernah bernoktah. Bahkan makin lama makin kuat kerana masih ada cita-cita dan tujuan hidup yang penting yang perlu saya capai.

Cuma kini saya tahu dan sedar sesetengah ujian itu hanya boleh diatasi dengan sikap yang BERANI atau ekstra-BERANI.

Sebab itu, saya telah berani meluahkan isi hati, pemikiran, hujah saya demi menjaga kepentingan diri sendiri, kelompok saya, keluarga saya dan institusi yang saya wakili. Ia telah terjadi di dalam bilik mesyuarat, sesi diskusi dan hubungan dengan sahabat hinggalah ke ruangan peribadi antara seorang suami dengan isteri.

Kini saya sedang memberanikan diri dengan kekuatan baru demi mencapai sebuah cita-cita besar dalam hidup saya.

Apapun, natijah daripada sikap berani ini masih terletak di tangan Allah. Seperti Siti Hajar yang bertawakal dengan melepaskan pergantungan kepada sebab musabab dan manusia, saya berharap begitu jugalah saya.

Saya merancang, Allah juga merancang. Semoga kedua-dua perancangan ini berbetulan. Jika tidak berlaku sebagaimana dirancang, saya perlu teruskan bersabar dan berikhtiar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Kepada Allah saya sandarkan KEBERANIAN dan ikhtiar saya untuk masa depan yang lebih baik.

Dan masa depan itu ialah syurga dan mardhatillah bersama dengan insan-insan yang paling saya sayangi dalam hidup saya.

Amin

Advertisements

2 comments on “Antara Takut dan Berani

  1. Kalau kita perhatikan hidup kita tidak pernah lekang dari ujian. Sudah menjadi fitrah sifat manusia itu keluh kesah apabila ditimpa kesusuhan dan alpa apabila berada dalam kesenangan. Apabila susah kita selalunya ingat allah berbanding apabila kita hidup senang. Maka harus kita bersyukur apabila allah memberikan ujian kesusuhan kerana takkala itu kita ingat allah dan tempat bergantung harapan.. Jadikanlah kesusahan itu pintu untuk kita hampir dengan allah. Sebenar allah sayangkan kita, allah mahu mendengar rintihan kita. Justeru berdoalah, bangunlah pada sebahagian malamnya untuk merintih kepada allah. lakukanlah ibadah yg terbaik kerana beribadah itu untuk kita hampir dengannya supaya allah mengkabulkan doa kita.

    ………………………………….

    • Akur dengan coretan ikhlas enta. I couldn’t agree more… Nasihat yang wajib diikuti. Amin

      Syukran kathiran.

      p/s : Maaf ayat yg terakhir terpaksa disunting untuk tidak mengundang pandangan serong kawan2 kita nanti…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s