Siapakah Melayu?

Mari kita fahami bait-bait puisi nukilan Hartini Omar yang memperihalkan siapakah Melayu dengan menggunakan gadis sebagai subjeknya.

Naskah jiwa ini begitu indah dan halus – bersesuaian dengan budi Melayu.

Saya menyalin semula puisi ini juga kerana ia mempunyai kaitan dengan tajuk Etnik – satu bab dalam kursus Pengajian Malaysia. Dengan gaya kreatif dan berseni, Hartini sekali lagi berjaya mengungkapkan satu lagi sisi penting dalam kehidupan manusia.

Pendekatan begini dapat menyentuh sisi penting insan iaitu emosi selain mengisi logika intelek.

Melayu…

Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejaka

Gadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulan

Gadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkota

Gadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikata

Melayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawa

Melayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,

Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisu

Melayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang…

Hartini Omar (31/10/2008)

Advertisements

4 comments on “Siapakah Melayu?

    • Suatu yang baik akan disukai oleh yang baik juga.

      Kredit ini untuk sdri Hartini Omar yang telah menukilkan naskah jiwa dan nurani Melayu yang begitu puitis. Saya mengutip puisi ini dari blog beliau. Untuk ‘menikmati’ karya jiwa Hartini sila ke blog beliau Mata Minda.

    • ‘Alaikisalam Hartini,

      Saya yg patut berterima kasih kepada Hartini kerana menghasilkan senaskah karya budi. Nukilan berjiwa Melayu. Indah. Tersirat.

      Terima kasih Hartini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s