‘Behaviour rewarded is behaviour repeated’

Mengikut teori behaviourisme, sesuatu tingkah laku atau perbuatan hanya akan dikukuhkan oleh ganjaran, biasanya bersifat kebendaan (ekstrinsik atau luaran).

Barulah ia kemudiannya menjadi amalan atau disebut sebagai budaya. Ini kerana ganjaran itu menjadi pendorong untuk seseorang itu terus melakukan tingkah laku sama.

Bagaimana ganjaran itu boleh mendorong?

Ganjaran lebih-lebih lagi yang ikhlas akan memberi kesan seronok, gembira, rasa dihargai, rasa dimuliakan, rasa lebih baik berbanding rakan lain dan lain-lain perasaan yang dianggap positif.

Konsep ini benar dalam banyak situasi – baik di rumah, di sekolah atau di tempat kerja. Ia diaplikasikan dengan tujuan menggalakkan tingkah laku yang diingini oleh ibu bapa, guru, ketua atau pemimpin.

Tidak terkecuali majikan di tempat kerja.

Dalam bukunya bertajuk ‘The Greatest Management Principle’, Scott Mckain merumuskan amalan ini sebagai suatu hukum tingkah laku, iaitu:

Behaviour rewarded is behaviour repeated‘.

Namun posting saya kali ini ingin menyatakan bahawa prinsip ini tidak selalunya diikuti oleh para majikan. Mereka – atas sebab tertentu – melakukan perkara yang sebaliknya.

Dr LeBoeuf mengamati perkara ini dengan katanya :

“…many organizations are rewarding the wrong behaviour without realizing it!”.

Saya sedar bahawa inilah puncanya – selain punca atau faktor lain – mengapa produktiviti atau mutu perkhidmatan seseorang pekerja semakin menurun atau sekurang-kurangnya statik.

Pengajaran kepada para majikan jika ingin melihat kemajuan dan peningkatan produktiviti di kalangan stafnya, maka mereka mestilah menunjukkan (dengan arahan atau tindakan) sikap objektif dan adil apabila menilai staf bawahannya.

Cakap sahaja walaupun memuji tidak akan memberi bekas yang mencukupi dan kuat untuk mendorong kepada perubahan yang diingini. Apatah lagi apabila majikan selalu berjanji tetapi tidak pula menampakkan kesungguhan mengotakannya.

Lebih teruk lagi apabila majikan asyik memberi alasan untuk mengelak daripada memberi ganjaran yang sewajarnya apabila tiba masanya.

Mckain meninggalkan pesan ini untuk para majikan :

If you measure the wrong activities – then reward the wrong results – you won’t get what you want … you’ll get [only] what you rewarded.”

Ingat ‘behaviour rewarded is behaviour repeated‘.

Adakah majikan di tempat kita bekerja sekarang memerlukan dalil Quran atau hadith nabi dan tekanan dari kesatuan sekerja untuk untuk mereka tergerak melakukan tanggungjawab mereka menjaga kebajikan staf dan memberi ganjaran setimpal ke atas mereka?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s