Cinta Yang Suci

Cinta selalu mengasyikkan tapi boleh menipu (deceptive). Tapi kita selalu menafikannya kerana cinta itu – bukan sahaja ia buta tapi juga – membutakan kita.

Pesan oleh Arden menyempurnakan lagi makna cinta yang sebenarnya :

“Selain daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, jangan diharapkan cinta yang selebihnya adalah suci.”

2 comments on “Cinta Yang Suci

  1. ‘Alaikisalam sdri Ezzah,

    Saya dan semua orang yang beriman wajib menyokong pendapat sdri.

    Cinta sesama insan adalah cinta sesama makhluk. Kecuali kepada Rasulullah, para sahabat alim ulama dan ibu bapa, cinta itu boleh berubah kerana ia mudah didorongi nafsu. Juga cinta seperti itu boleh berputik dan berkembang dan surut kembali kerana hadir atau tidaknya kepentingan yang ingin dicapai.

    Cinta Allah adalah cinta kepada Tuhan. Justeru sebagai khalik (pencipta) cinta padaNya adalah luhur dan suci. Allah itu memberi (kerana sifat ar-Rahman dan ar-Rahim) sedangkan kita pula di pihak yang (asyik) menerima.

    Tapi nikmat ini – ironisnya – tidak pula selalu kita syukuri. Oleh itu dalam amalan biasa kita – cinta kepada Ilahi selalunya sukar dizahirkan. Seakan-akan ia menuntut kepada masa yang tertentu seperti hari raya korban, apabila meniti usia emas dan seumpamanya untuk dizahirkan. Cinta seperti ini adalah cinta musiman. Apabila kita mengatakan cinta Ilahi adalah cinta hakiki, pada masa sama kita menunjukkan amalan berbeza. Bukankah cinta Ilahi sebagaimana cinta kita kepada insan perlu pembuktian hari-hari? Bahkan ia menuntut lebih lagi daripada apa yang dizahirkan oleh kita kepada insan lain yang kita sayangi!

  2. Assalamualaikum..
    Cinta..???
    kbanyakkn cinta pd zaman bgini di salah ertikn…
    Cinta pd ALLAH adalah Cinta yg hakiki…kekal smpai bila2…
    Renung2knlh wahai semua umat islam…=)

Leave a comment