The Power of Words

Saya petik kata-kata Robert Fulghum untuk muhasabah kita semua, khususnya para ibu bapa dan pendidik yang selalu berpesan dan menegur dengan lisan kepada anak-anak mereka :

Cikgu Yati melayan mesra murid Tadika KEMAS semasa Karnival Sure Kids satu masa dahulu. Kini beliau telah pun berkhidmat di sekolah kerajaan. Selamat mengajar Cikgu Yati..:)

Kata-kata ini saya kutip dari buku yang bertajuk Positive Words, Powerful Results tulisan Hal Urban dari halaman 30.

Buku setebal 205 halaman ini sarat dengan pemerhatian dan tips penulis mengenai kuasa lisan (perkataan, atau words) yang boleh terungkap atau diungkap semasa perbualan, sesi kuliah, ceramah, dialog filem dan sebagainya.

Biarpun berharga RM49.90 dengan kertas kuning (edisi paperback) – saya beli di MPH tahun lepas – isinya sangat berbaloi.

Benarlah kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ia bukan pusaka Melayu untuk orang Melayu sahaja. Ia adalah pengalaman dan pemerhatian yang bernilai sejagat (universal) kerana saya rasa ia benar dalam semua peradaban manusia.

Pasti Hal Urban juga bersetuju dengan pepatah ini.

Advertisements

Prof Dr Muhaya di IKIM.fm

Saya ingin mewar-warkan satu rancangan bual bicara mingguan di Radio IKIM.fm yang dinamakan ‘Islam Itu Indah’.  Semua orang kena dengar rancangan ini. Itu syor saya.

Pembicaranya ialah Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad, seorang pakar mata yang kini aktif dalam menyampaikan motivasi di televisyen, radio dan seminar atau bengkel motivasi.

Khabarnya respons para pendengar agak baik terhadap isi dan topik perbincangan yang dikeudarakan pada setiap hari Rabu, dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Saya sendiri mendengar beberapa pemanggil memuji slot ini kerana telah menyentuh minda dan jiwa mereka hingga membuat perubahan dalam hidup mereka selepas itu.

Pemikiran dan kupasan Dr Muhaya melalui penyampaiannya yang mudah, bersahaja, lancar dan tertib teratur membuka dan mencelikkan kita tentang siapa diri kita dan apa yang sepatutnya kita lakukan dalam hidup ini.

Beliau juga cuba membetulkan tasawwur dan salah faham masyarakat terhadap isu-isu peribadi, sikap masyarakat dan ummah dalam menghadapi ujian dan kemelut dalam hidup.

Kini slot ini boleh diikuti di atas talian (online) dalam laman sesawang IKIM. Maklumat di hujung jari kita.

Jom islah diri melalui slot Dr Muhaya ini.

Merlimau oh Merlimau..

Semalam saya berada di Merlimau. Bukan untuk makan angin dengan isteri tetapi – bersama seorang sahabat baik – saya turun padang sebagai pemerhati proses demokrasi yang mula berlaku di daerah yang berdekatan dengan sempadan Johor ini.

Sebagai pensyarah Pengajian Malaysia, keberadaan saya di bumi Merlimau ini adalah satu daripada cara saya memahami isu-isu penting negara.

Bersama kira-kira 10,000 orang yang lain saya memeriahkan bumi Merlimau untuk  tempoh 4-5 jam mulai 8.00 pagi sebelum ia berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Merlimau adalah sebuah kawasan pilihanraya di negeri Melaka. Ia didaftarkan SPR sebagai salah sebuah kerusi DUN di Melaka, dengan nombor rujukan N27. Samalah seperti DUN Bachang, N15 dan DUN Telok Mas, N18.

Cerita semalam adalah tanda bermulanya episod baru kempen politik antara UMNO dengan PAS bagi merebut kerusi DUN yang telah kosong kerana ADUNnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat penyakit jantung yang lama dideritanya.

Continue reading

Mesir, Husni Mubarak dan Rakyatnya : Iktibar Buat Kita

11 Feb 2011 adalah tanggal bersejarah kepada bangsa Mesir.

Apa yang telah terjadi di Mesir sebenarnya?

Tarikh itu menjadi batu tanda dalam sejarah Mesir moden apabila regim (kerajaan) Husni Mubarak ditumbangkan oleh rakyat Mesir. Istilah ditumbangkan di sini bermaksud kerajaan tersebut dijatuhkan, digulingkan atau diturunkan dari tampuk kekuasaan dengan menggunakan tekanan kuat misalnya daripada kekuatan ketenteraan, demonstrasi rakyat dan seumpamanya.

Continue reading

Melayu Bangsa Pemalas – Mitos atau Realiti?

Benarkah Melayu itu bangsa yang malas?

Orientalist dulu pernah menyatakan orang Melayu bangsa pemalas. Sampai sekarang pun saki baki pemikiran atau persepsi itu masih ada dalam kotak minda bangsa bukan Melayu. Barangkali inilah alasannya mengapa tokey syarikat di kota metropolitan tidak mahu menggajikan eksekutifnya dari kalangan bangsa Melayu. Atau juga kerana dorongan lain yang kita tidak mampu selami.

Apapun gambaran yang bersarang dalam benak sesetengah dari kita tentang orang Melayu ini, ia tidak mengubah fakta sejarah beratus tahun bahawa orang Melayu pernah membina kerajaan ulung yang tersohor di rantau Asia ini. Fakta ini bukanlah mitos atau cerita lisan rakyat yang diwarisi turun temurun. Ia adalah hasil kajian arkeologi dan ahli sejarah.

Continue reading

Kerja versus Kerjaya

“Bekerja dan bekerjaya adalah dua perkara yang berbeza.” Getus seorang penceramah motivasi dalam satu bengkel yang saya hadiri satu masa dulu.

Eh! Bukankah sama maknanya tu? Kan kedua-duanya mengerah keringat, memerah otak dan akhirnya menyelesaikan segala tanggungjawab yang dipundakkan di atas bahu mereka.

Berpinau sekejap memikirkan isu ini. Namun setelah mendengar lanjut sambungan ceramah tadi, saya mula faham akan perbezaan di antara keduanya.

Continue reading

Selagi Diperlukan

Semua yang makan gaji bekerja di bawah suatu organisasi. Tak kisahlah organisasi tu kecik atau besau. Organisasi ni kebiasaannya wujud sebagai entiti syarikat. Lazimnya jika syarikat tu kecik, maka keciklah gaji pekerjanya. Begitulah sebaliknya.

Saya, macam juga kebanyakan anda yang bekerja di luar sana, bekerja makan gaji. Setakat ini saya sudah berkhidmat dengan dua majikan. Majikan yang pertama adalah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tapi hanya bertahan 1 tahun 8 bulan sahaja. Bukan kerana tak tahan dengan kerenah pelajar dan politik sekolah. Tetapi ia adalah keputusan peribadi demi keluarga yang tidak boleh saya elakkan.

Majikan yang kedua ialah majikan sekarang – sebuah institusi pendidikan swasta bumiputra –  sejak 13-14 tahun lalu. Ia dikenali dengan nama Kolej Uniti. Satu jenama kecil dalam persada pendidikan swasta tanah air. Mungkin tidak segah Kolej Shahputra di Pahang dan Institut Profesional Baitulmal di Kuala Lumpur. Tetapi ada pengaruh dan sumbangan tersendiri di tanah air ini.

Niat saya jika saya ingin bertukar majikan lagi kelak, ia mestilah sebuah institusi pendidikan juga. Saya berpegang ‘once a teacher, always a teacher‘.

Continue reading

Pluralisme Agama- Sila Cermati! Ia Doktrin Bahaya

Pluralisme adalah istilah dan konsep yang saya selitkan dalam nota kursus Pengajian Malaysia yang saya tulis untuk pelajar-pelajar saya. Ia digunakan untuk menegaskan bahawa kita – di Malaysia yang majmuk ini – perlu mempertahankan kepelbagaian latar budaya dan etnik.

Pluralisme atau juga disalingkaitkan dengan multiculturalisme adalah faham (isme) yang mencanggahi monoculturalisme yang ditaja dan giat dilaksana oleh Barat bagi mewujudkan satu budaya sejagat seragam berdasarkan pemikiran dan falsafah Barat seperti sekularisme, liberalisme, individualisme, positivisme, humanisme dan lain-lain lagi.

Justeru, dalam erti kata lain – dalam konteks pluralisme di Malaysia – berbeza etnik, agama dan bahasa – sekadar menyebut beberapa contoh – bukanlah satu masalah.

Continue reading

Joomla!

Saya sedang mengikuti kursus Pembangunan Web Profesional Joomla! 1.5  sekarang bersama dua orang lagi sahabat saya, En Zamri dan En Firdaus – kedua-duanya arif IT. Kami dihantar oleh majikan untuk mendalami kepakaran asas Joomla.

Asalnya staf lain (sahabat baik saya Cikgu Syafrizan, otai IT kolej) yang patut jadi peserta tapi kerana kekangan tertentu beliau tidak dapat menyertainya. Jadi saya ditakdirkanNya menggantikannya.

Seronoknya dapat ilmu dan kemahiran baru membuat website. Sebagai orang non-IT yang sifar pengetahuan dan selok belok bahasa pengaturcaraan kursus 2 hari ini sangat membantu saya.

Tengah praktikal ni. Sibuk memahirkan diri dengan ciri-ciri asas Joomla. Nanti saya kemaskini perkembangan kursus ini.

Bilik Seminar
JomTraining.com
Salak Tinggi

Bila Dapur Saya berasap..

Kiriman hari ini lain dari yang lain. Ia pasal makanan. Santaikan! 🙂

Selain membeli buku hampir setiap minggu, saya juga gemar memasak. Teori masakan bukannya tau sangat. Walaupun banyak juga buku memasak yang telah saya beli tapi hanya jadi koleksi jerlah.

Jadi selalunya saya cuba mahirkan diri dengan kaedah trial and error. Sikit-sikit saya belajar sendiri dan cuba untuk tidak terlepas rancangan chef selebriti di TV tempatan kita. Nak jadi macam mereka kena ikutlah cara dan gaya mereka.

Continue reading

PENGETUA yang autokratik

Pengetua adalah ketua eksekutif atau ringkasnya CEO bagi sesebuah sekolah. Sebagai kepala kepimpinan peranannya sangat besar dalam mempengaruhi pembentukan iklim pendidikan yang berjalan di sekolahnya. Sebab itulah apa-apa pencapaian – naik atau merudum – khususnya dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM, tumpuan diletakkan di bahu seorang pengetua. Seakan-akan nasib sekolah itu bergantung kepadanya. Begitulah gambaran kekuatan pengaruh seorang pengetua.

Hal yang serupa boleh berlaku kepada ketua jabatan bukan akademik di mana-mana organisasi baik di sektor awam atau pun swasta mengikut konteks masing-masing.

Entri kali ini akan memberi fokus kepada gaya kepimpinan seorang pengetua yang menjadi punca maju mundur atau statiknya pencapaian sesebuah sekolah.
Secara amnya, gaya kepimpinan pengetua boleh jatuh dalam salah satu daripada 3 kategori ini iaitu autokratik, demokratik atau laissez faire.

Continue reading

Gejala Kecanduan Internet

Lama saya tidak menulis. Macam-macam sebab boleh saya berikan. Selebihnya hanyalah dalih atau alasan sahaja. Malas tu adalah juga. Tapi itu bukan perkara pokoknya.

Di samping mengalami writer’s block (selalunya bukanlah lama sangat), saya juga tidak terdorong  untuk menulis. Faktor komitmen pada pekerjaan hakiki yang selalunya mengheret hingga ke waktu malam di rumah meletihkan otak saya. Sedangkan menulis bagi saya memerlukan idea yang segar dari minda yang segar. Malangnya saya tidak mempunyai kualiti itu.

Saya cemburu pada Ustaz Hasrizal – blogger tersohor yang menulis dalam SaifulIslam.com. Beliau begitu prolifik dan kuat iltizamnya dalam menulis. Kita tidak pernah ketinggalan membaca tulisannya di blog beliau saban minggu.

Continue reading

Khabar dari Laut Yang Jauh

Malam tadi membawa khabar sedih.

Malapetaka ke atas kemanusiaan di lautan tidak jauh dari bumi Gaza telah menjadi khabar buruk untuk didengar, ditatap dan ditonton oleh warga dunia ini. Sepantas kilat khabar sedih ini diyoutube, ditweet dan difacebookkan ke seluruh dunia. Khabar ini secara spontan tanpa dipaksa dan dipengaruhi oleh kita telah mengusik dan meruntun emosi semua warga dunia.

Kepada yang masih tidak tahu atau tidak peka dengan apa yang telah dan sedang berlaku googlelah perkataan Gaza. Ia sudah cukup untuk mendapat senarai berita agensi asing dan tempatan kita tentang khabar sedih ini. Atau untuk lebih cepat layarilah laman sesawang berita Aljazeera.

Continue reading

Darah Jenis B

Seorang ibu sangat risau akan kesihatan anak lelaki sulongnya, si Ali. Maklumlah Ali tu kelihatannya asyik kerja siang malam. Macam takda waktu rehat walaupun hari cuti.

Satu hari yang lapang, Ali berehat di rumah. Ketika itu dia sedang berbual dengan isterinya. Topiknya tentang derma darah.

Ali berkata kepada isterinya ” Abang teringin nak derma darahlah Yang”

Si isteri memberi pandangannya “Eloklah tu bang. Tukan tandanya abang ni perihatin pada orang-orang yang memerlukan darah.”

Continue reading

Ayah boleh pinjamkan saya RM25?

Entri kali ini berupa sebuah kisah ala-ala Chicken Soup for the Soul. Barangkali ia hanyalah fiksyen. Namun bayangan seorang penulis dalam mengungkapkan naskah kemanusiaan ini agak menyentuh bahagian diri kita yang paling dalam.

Kita tidak perlukan sebuah novel untuk memahami mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan. Cukuplah dengan kisah ringkas ini tetapi cukup sarat makna dan nilai. Saya mengutipnya dari email yang yang saya terima hari ini.

Kisah yang menyentuh perasaan ini adalah tentang ‘harga sebuah perhatian’ yang perlu dibayar oleh seorang anak kepada ayahnya. Kepada para bapa (juga ibu) kita diingatkan bahawa kemewahan hanyalah untuk keselesaan tetapi kasih sayanglah yang sebenarnya memberi kehidupan kepada anak-anak.

This is the real but ‘hidden’ facts of life!

Mari kita layan..

Continue reading