Kemanusiaan Yang Telah Hilang!

Masa itu sekitar 8.03 malam.

Saya diam terpaku. Tergamam. Untuk seketika air mata saya mengalir.

Begitulah reaksi spontan saya menonton satu klip video yang menyayat hati yang memulakan sajian berita dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.

Saya terus ‘menggoogle’ internet mencari klip video kisah anak kecil malang yang seakan dibiarkan mati setelah dilanggar lari  menggunakan BB saya.

Setelah memilih klip video yang sesuai di arkib Youtube, saya memuaturun video tersebut di laptop Lenovo saya.  Saya juga menyimpan URLnya.

Niat saya adalah untuk ia dikongsi dengan khalayak rakan dan pelajar saya di blog dan facebook. Sesuatu yang maha penting mesti saya hebah dan canangkan malam ini.

Inilah kisah malang itu.

Video ini yang dimuatnaik pada 16 Oktober adalah kejadian yang malang menimpa anak kecil 2 tahun yang dirakam CCTV pada waktu siang di sebuah jalan di kawasan perniagaan pekan kecil  di Wilayah Guangzhou Selatan China.

Anak kecil 2 tahun yang sedang mundar mandir di tengah jalan dilanggar-lari oleh sebuah van lalu dibiarkan oleh mereka yang lalu lalang sejurus selepas kejadian tanpa sedikit pun menolong anak kecil yang sedang amat kesakitan itu.

Kecederaan anak kecil ini diparahkan lagi apabila kakinya dilenyek pula oleh sebuah lori kecil.

Biarpun ada darah merah mengalir di sisi tubuh kecil anak malang itu (andaian saya kerana sebelum kejadian tiada kesan cecair di jalan), ia tidak langsung ‘mengejutkan’ 18 orang pelalu lalang di tempat kejadian sehinggalah diselamatkan oleh seorang wanita pengutip sampah.

Saya macam tidak percaya kejadian ini berlaku.

Butakah mereka pada tubuh anask kecil yang seakan kaku tidak bermaya dan berdarah itu?

Pekakkah mereka pada tangisan anak itu? Atau anak kecil itu sudah terlalu sakit hingga tidak lagi mengeluarkan suara menangis memanggil ibunya.

Ah…tidak tertahan kita melihatnya dari jauh di kaca TV.

Kejadian ini kita wajib tangisi kerana selain di bumi bergolak di Gaza Palestin, naluri kemanusiaan telah pun juga hilang di sebelah Timur ini!

Advertisements

2 comments on “Kemanusiaan Yang Telah Hilang!

  1. Assalamualaikum Cikgu,
    Pagi td saya mendengar isu ini dibincangkan di Hot.fm. seorang pemanggil memberi pandanganya tentang kes ini. Beliau menyatakan bahawa (setelah beliau meng “google” di internet) masyarakat di china bersikap begitu kerana undang2 di sana akan menjatuhkan kesalahan kepada sesiapa sahaja yang membantu orang yang kemalangan dan kebetulan orang tersebut mati di tangannya. Contohnya dlm kes kanak2 tadi, umum tahu bahawa kanak2 tadi kemalangan kerana dilanggar lari oleh sebuah van. Sekiranya salah seorang dari mereka yang lalu lalang tadi datang menolong dan kanak2 itu mati ditangannya ketika dia menolong, orang yang menolong itu yang akan disabitkan kesalahan. Sebab itu lah kita lihat 18 orang yang lalu lalang tadi hanya melihat tanpa menolong kerana mereka takut disabitkan kesalahan.

    Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan pemanggil tadi. Semoga kita dijauhi dari sikap pentingkan diri sendiri dan alhamdulillah setakat ini masyarakat di sekeliling kita masih menebal rasa peri kemanusiaan dalam diri masing2……

    • Wa’alaikumsalam Nanie,

      Apapun alasan bagi komuniti di wilayah China itu, ia tetap salah dari segi nilai insaniahnya.

      Cikgu agak hairan bagaimana sebuah tamaduan berusia 5000 tahun ini masih tidak melihat sisi insaniah ketika undang-undang yang dimaksudkan digubal. Dan tidakkah ia telah dibahaskan dengan mendalam sebelum undang-undang itu diluluskan di badan perundangan negara itu?

      Sehingga sekarang cikgu masih tertanya-tanya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s