Saya Yang ‘Baru’

Apa khabar saudara pengunjung blog saya?

Sambutan ‘Idul fitri baru berakhir minggu lepas. Moga selepas banyak menjamu selera di rumah terbuka semuanya tetap sihat wal’afiat.

Saya yang berdiet sebelum dan semasa bulan puasa, kini masih menjaga pantang makan. Makan masih tidak boleh sembarangan. Juadah yang masin, berminyak, daging berlemak atau tetel perlu saya jauhi atau kurangkan. Sebagai orang Melaka saya gemar makan nasi dengan gulai gerang asam daging tetel.

Maklumlah pengidap hipertensi sejak 6 – 7 tahun lalu ini sering diingatkan doktor dan isteri agar menjaga  makan. Tapi satu faktor yang penting juga yang perlu diawasi ialah saya perlu berada dalam persekitaran aman dan mampu mengawal perasan agar tidak selalu stress, terutamanya di tempat kerja. Saya ni agak sensitif orangnya. Tu yang kena jaga sangat perasaan saya ni.

Tidur saya juga mesti cukup. Jika asyik berjaga mengadap laptop sampai larut malam nahas ler jawabnya. BP tentu naik!

Kini, berkat usaha menjaga pantang makan dan makan 4 jenis ubat setiap hari – walaupun masih tidak exercise 3 kali seminggu – serta makan herba za’faran bacaan BP saya kembali normal 120/70. Bahkan bacaan diastolic jauh lebih rendah dari yang biasa iatu 80 mmHg. Dulu bacaan BP saya pernah mencecah setinggi 180/100 mmHg.

Alhamdulillah. Moga saya makin sihat hendakNya.

Itu cerita pasal penyakit saya. Tapi ia bukan tema utama entri saya kali ini.

Tulisan kali ini sebenarnya adalah mengenai diri saya yang ‘baru’.

Apa yang ‘baru’ tu? Inilah kisahnya.

Sejak Jun tahun ini – jika tidak silap ingatan – saya telah dipindahkan ke Unit Kaunseling dan Alumni, HEP. Mulai bulan itu saya benar-benar ‘dibebaskan’ dari tugas dan minat asal saya iaitu mengajar sejak 1997.

Tapi semenjak jadi pegawai HEP saya jadi sibuk semacam. Saya bukan pegawai biasa tapi memikul amanah mengetuai satu unit HEP yang melaksanakan peranan kaunseling dan mengaktifkan kerja-kerja menubuhkan Kelab Alumni KU. Kerana jadi pegawai kanan kolej yang sibuk saya diberikan Blackberry Gold dengan pakej ‘Celcom + broadband’. Merasalah jugak kemudahan dan kecanggihan smartphone BB ini.

Ini kali kedua saya dipindahkan ke portfolio lain – yang asing dari bidang asal saya mengajar dan mendidik pelajar. Kali pertama pada awal tahun 2000 dahulu. Tika itu saya dipindahkan ke Corporate Communication Division (CCD) untuk membantu kerja-kerja pemasaran bagi mendapatkan pelajar-pelajar baru kolej.

Tugas di CCD cukup meletihkan saya. Selalu kena pi KL untuk bermesyuarat . Tapi road show kolej tidaklah selalu. Sedaya upaya saya buat yang terbaik untuk beri impak positif kepada pasukan CCD.

Alhamdulillah pasukan CCD saya dapat anugerah pencapaian terbaik dalam Majlis Makan Malam kolej. Dalam tempoh saya berkhidmat di CCD, ada peningkatan jumlah pelajar yang mendaftar masuk kolej. Ini hasil kerja berpasukan CCD waktu itu. Saya berada pada masa dan dengan orang yang betul pada masa itu.

Namun, saya tidak mencapai kepuasan kerjaya. Akhirnya saya dikembalikan semula ke bidang akademik selepas 1 semester di CCD.

Ketika mula disebut-sebut saya akan ditukarkan ke HEP saya dah rasa tak sedap hati. Saya cuba sediakan hujah dan sebab mengapa saya perlu kekal dalam bidang akademik.

“Saya bukan orang HEP saya orang akademik” begitulah getus hati kecil saya.

Puas saya cuba menolak tapi tidak dilayan kerana kata pihak atasan saya memang layak pikul amanah ini. Adalah alasan diberikan untuk menyokong pemilihan (baca : pelantikan) ini. Kata mereka saya ada ciri-ciri atau kelebihan yang tidak ada pada staf lain.

Entahlah! Saya tidak begitu pasti tentang itu.

Barangkali kerana contact saya dengan pelajar yang agak ramai. Tapi bukan saya jer yang mengenali ramai pelajar. Bukan saya seorang jer yang ada Facebook. Facebook adalah fenomena yang melanda semua orang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup kita sekarang. Jadi ini tentunya bukan sebab saya dipilih.

Hanya satu yang saya agak pasti saya telah lama mengendali blog interaktif kolej. Ia bermula bertahun lalu tanpa diminta atau diarah oleh orang atasan pun.

Blog kolej ini walaupun sangat sederhana kerana menggunakan platform WordPress yang percuma, ia telah berperanan menjadi saluran penyebar informasi kolej dan saluran untuk pelajar berinteraksi dengan pihak kolej, terutamanya dalam menyampaikan aduan dan komen terhadap kolej.

Selain itu saya juga pernah dilantik menjadi ‘kaunselor’ tidak bertauliah . Tugas ini saya mulakan sejak tahun pertama saya di kolej dan ia kemudian menjadi lebih rasmi apabila saya diberikan bilik kaunseling kecil berhampiran perpustakaan kolej. Itulah pengiktirafan kecil yang pernah saya terima sebelum ini.

Jadi akhirnya kerana tiada pilihan lagi saya bersetuju dengan pelantikan tersebut. Ketika itu hati saya berat sekali.

Lalu kerana jawatan baru ini, saya jadi sibuk semacam.

Kolej saya semakin ramai pelajar. Khabarnya dah mencecah 2000 orang pelajar. Maknanya masalah pelajar juga semakin bertambah. Itu lazim kerana itulah hukum perubahan sosial.

Alumni juga makin ramai tapi usaha untuk menggerakkan kumpulan besar bekas pelajar untuk manfaat kolej ini tidak begitu efektif. Lagipun usaha ini seakan masih baru.

Sejak 2-3 bulan lalu saya sudah mula out station. Paling jauh setakat ini ke USJ. Erm eh mungkin juga Damansara. Saya pun tak pasti kerana saya ni memang tak berapa arif pasal peta ni. Mujur ada orang yang bawakan saya ke situ. Jika tidak mau sesat dibuatnya.

Sebagai orang baru dalam bidang Hal Ehwal Pelajar banyak idea yang perlu diperah dari minda yang berusia 41 tahun ni. Tu belum lagi tindakan susulan dan amalan-amalan rutin ketua bahagian ini.

Mesyuarat hampir setiap minggu saya hadiri. Saya seperti kawan-kawan lain juga tidak menyukai mesyuarat kerana lazimnya ia panjang berjam-jam. Pada saya biarlah mesyuarat lebih ringkas tapi ada keputusan yang praktikal untuk dilaksanakan.

Namun saya memahami kadang-kadang ada perkara yang perlu didalami dan dibahas secara kritis dalam mesyuarat. Justeru banyak masa terpaksa dihabiskan untuk mencapai satu-satu keputusan.

Kini sebagai Ketua Bahagian saya selalu duduk memikir bagaimana memimpin, mengurus dan menyelia tiga unit di bawah saya.

Unit Kaunseling dan Alumni HEP yang baru ditubuhkan sejak Julai lalu telah dijenamakan semula menjadi Bahagian Kaunseling, Alumni dan Jaringan Industri, HEP atau ringkasnya KAJI. Kini secara rasmi dan nyata bertambah satu lagi tugas iaitu menjalin hubungan dengan industri dan mewujudkan peluang untuk pelajar memilih bidang keusahawanan.

Justeru di depan saya kini terbentang tiga tugas KAJI untuk dilaksanakan. Saya ada pasukan 3 pegawai muda di bawah saya. Semoga mereka efektif dan efisyen dalam kerja yang diarahkan  kepada mereka.

Khabarnya hujung bulan ini saya diarah mengikuti rombongan kolej ke Indonesia. Sebagai orang yang tidak gemar melancung, tentunya misi ini mencabar.

Saya yang ‘baru’ tidak akan mampu melakukannya melainkan dengan izinNya.

Advertisements

8 comments on “Saya Yang ‘Baru’

  1. assalamualaikum cikgubad..
    moga cikgu dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberi dgn baik..
    walau apa pun..kesihatan perlu diutamakan. saya doakan cikgu sentiasa sihat dan dpt menjalankan tugas yg diberi dgn baik..amin.

    • Wa’alaikumsalam Nurul,

      Terima kasih di atas doa Nurul, juga ingatan kesihatan cikgu. Lepas makan 4 jenis ubat Dr dan sekarang ditambah dengan herba za’faran insyaALlah kesihatan cikgu lebih baik.

      Selamat menghadapi cabaran pasca-diploma Nurul. Dunia ini memihak kepada yang komited dan tidak kenal putus asa, selain BERANI membuat keputusan untuk maju ke hadapan.

  2. Assalamualaikum cikgu bad..lama x dgr khabar berita…tahniah cikgu menerima tugas yang baru, ini bermakna cikgu adalah insan yang dipilih Allah untuk memikul tangungjawab ini..ini bermakna ada insan yang hargai “anugerah” yg dikurnia Allah kepada cikgu…moga cikgu pikul tanggungjawab ini dengan sabar dan tabah..amin..

    • Wa’alaikumsalam Wan,

      Terima kasih di atas kata-kata perangsang Wan. InsyaALlah moga cabaran baru ini berjaya cikgu harungi dengan fikiran yang tenang, jernih dan objektif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s