Derma buat anak cikgu Anis

Jika sesiapa yang mengenali cikgu Anis inilah masanya untuk membantu beliau. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah Matematik di Kolej Uniti semenjak 1997/98 lagi. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

anis_border2Entri kali ini dibuat khas untuk beliau. Beliau sedang mengalami ujian maha berat kerana anak sulongnya yang berusia kurang setahun sedang menderita sakit jantung berlubang.  Keadaan anak beliau dilaporkan kian kritikal hari demi hari. Ini disebabkan lubang di jantungnya semakin membesar.

Menurut pakar IJN, anak beliau perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawanya. Memandang kos perubatan yang relatif mahal anak cikgu Anis dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan jantung di Bangalore India.

Beliau dijangka ke India dalam bulan Ogos ini – tarikhnya belum diketahui lagi –  dan tinggal di sana kira-kira sebulan bersama anaknya untuk tujuan pemantauan pakar jantung di sana selepas pembedahan.

Sehubungan dengan itu, bagi membantu pemergian beliau dan anaknya ke sana dan membiayai kos sepanjang sebulan di sana, entri kali ini membuat seruan kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbangkan derma ikhlas kepada cikgu Anis dengan kadar yang seberapa yang boleh.

Semua sumbangan boleh di’bank-in’kan ke akaun Maybank Khairunisa’ Masjedi bernombor : 151146582481.

Moga keluarga cikgu Anis tabah menghadapi ujian berat ini. Kita doakan sama-sama agar anak sulong beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan kembali ke tanah air dengan kesihatan yang lebih baik.

Amin ya rabb

Kepada semua yang akan menderma dan mendoakan kesihatan anak beliau, saya bagi pihak keluarga cikgu Anis mengucapkan jutaan terima kasih.

Terima kasih juga kepada cikgu Nazre UPSI yang telah memanjangkan perkara ini ke pengetahuan saya untuk disebarkan kepada semua sahabat-sahabat cikgu Anis melalui blog ini.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik sdr/i sekalian.

Advertisements

5 comments on “Derma buat anak cikgu Anis

  1. Assalamualaikum,cikgu.
    boleh ana tau ape perkembangan terbaru anak cikgu Anis. ana dpt tau melalui cikgu ujang melalui sms. klu sempat lg,insyaAllah ana cadang akan buat tabung di mesir ni. sbbnye ikhwah di sini ramai terutama student perubatan yg mmg bersedia sgt2 utk menghulurkan bantuan berbentuk kewangan.maklumat terkini blh cikgu forwardkn pd ana di nom. +20118342031.

    • Salam Fuad,

      Maaf buat masa ini cikgu tak info terkini ttg anak cikgu Anis. InsyaALlah apabila dapat nanti cikgu akan smskan pada fuad.

      Terima kasih di atas keprihatinan fuad dan ikhwah di sana. Kita doakan agar anak cikgu anis selamat menjalani pembedahannya di India.

    • Terima kasih Wan. Sebarkan derita cikgu Anis kepada yg lain. Moga lebih banyak doa dan pahala akan dapat dikutip..

  2. terima kasih cikgu bad kerana maklumkan hal ini, sudah lama saya tak dengar khabar cikgu anis, beliau sebagai mentor saya kt uniti dahulu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s