Lama saya tidak menulis. Macam-macam sebab boleh saya berikan. Selebihnya hanyalah dalih atau alasan sahaja. Malas tu adalah juga. Tapi itu bukan perkara pokoknya.
Di samping mengalami writer’s block (selalunya bukanlah lama sangat), saya juga tidak terdorong untuk menulis. Faktor komitmen pada pekerjaan hakiki yang selalunya mengheret hingga ke waktu malam di rumah meletihkan otak saya. Sedangkan menulis bagi saya memerlukan idea yang segar dari minda yang segar. Malangnya saya tidak mempunyai kualiti itu.
Saya cemburu pada Ustaz Hasrizal – blogger tersohor yang menulis dalam SaifulIslam.com. Beliau begitu prolifik dan kuat iltizamnya dalam menulis. Kita tidak pernah ketinggalan membaca tulisannya di blog beliau saban minggu.