Maksud Hubungan Interpersonal

Saya kongsikan di bawah sebuah nukilan yang memberi maksud hubungan interpersonal mengikut jenis-jenisnya dan bagaimana ia dijalinkan agar menjadi satu ikatan yang berjaya.

Moga ia memberi kita sedikit panduan bagaimana membina hubungan yang jujur dan ikhlas dengan seseorang yang kita ingin jadikan teman, kekasih* apatah lagi suami atau isteri.

Dalam Islam hubungan interpersonal sangat dipentingkan. Ia disebut sebagai hablum minannas . Tujuannya bagi mencetus, memupuk, mencambah dan menyuburkan kebaikan sesama insan demi mencapai mardhatillah iatu keredhaan Allah sebagai khalik (pencipta) dalam apa jua bentuk dan maksud perhubungan.

Hubungan dengan Allah ini pula disebut hablum minallah. Ini bermaksud bahawa Allah juga mengingatkan hambaNya agar menjaga hubungan sesama manusia walaupun – keutamaannya – sentiasa beruluhiyyah dan berubudiyyah kepadaNya.

* Kekasih adalah satu bentuk hubungan istimewa lelaki-perempuan yang wujud dalam semua budaya manusia. Namun Islam tidak menganjurkan hubungan yang membawa keintiman kerana ia cenderung menguja fitrah atau naluri (basic instinct) lemah insan iaitu keinginan untuk berkasih-sayang tanpa batas kelak. Keterlanjuran sering berlaku apabila hubungan lelaki-perempuan bertukar menjadi hubungan kekasih, samada atas kerelaan sendiri atau pujuk rayu pasangan yang sudah tidak boleh mengawal perasaan dan nafsu.

Islam menyalurkan hubungan lelaki-perempuan yang sudah mempunyai keinginan kepada satu sama lain ini kepada satu hubungan yang halal dan suci agar maruah dan keperibadian terpelihara iaitu melalui sebuah ikatan perkahwinan. Adapun pertunangan masih belum memberi keizinan atau lampu hijau kepada pasangan untuk berjalan berdua-duaan untuk sebarang tujuan sosial atau personal.

Ini bermakna dalam konteks personal, menurut adab dan hukum Islam (juga budaya tradisional Melayu) tiada kelonggaran diberikan kepada pasangan yang mengikat tali pertunangan untuk keluar bersama-sama dengan niat untuk lebih mengenali hati budi masing-masing.

Ada cara yang lebih tertib dan bersopan iaitu dengan berkunjung ke rumah si perempuan di mana pertemuan itu berlaku dalam suasana yang terpelihara dengan pengetahuan dan kehadiran orang ketiga iaitu emak ayah atau ahli keluarga yang lain. Islam sangat berhati-hati dalam hal ini kerana antara perkara yang dijaga Islam ialah maruah dan harga diri penganutnya agar tidak dicemari sedikit pun oleh anasir nafsu dan pengaruh syaitan.

Mafhum dari firman Allah swt ‘…Sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat.’

—————-

A Lasting Marriage is Based on Many Things

A close relationship is based on friendship.

A caring relationship is based on sharing and understanding.

A romantic relationship is based on giving freely and on the ability to receive gratefully and graciously.

An intimate relationship is based on openness and honesty.

An affectionate relationship is based on patience and acceptance.

A secure relationship is based not on  promises, but rather than on trust, respect, faithfulness and the ability to forgive.

A lasting marriage is based on all of these, bound together by love.

by Michael C. Mark.

Dipetik dari buku bertajuk “Marriage Is a Promise of Love : A Collection of Poems” yang disunting oleh Susan Polis Schultz, cetakan ke-10 tahun 2000 dan diterbitkan oleh SPS Studios, Inc. Colorado Amerika Syarikat.

Wallahu a’lam

9 comments on “Maksud Hubungan Interpersonal

  1. terima kasih ckg Bad..
    walaupun sy xmengenali ckg Bad, tetapi banyak perkara yang telah sy pelajari blog2 ckg…
    ketika mencari maklumat di internet, sy menemui ilmu2 yang dikongsi oleh ckg…
    sedikit sebanyak membantu saya dalam pelajaran..

    • Sama-sama sdr inz.

      Alhamdulillah jika pemikiran saya dapat difahami inz. Moga ia dapat dicambahkan melalui perkongsian dgn sahabat2 inz. Apapun ‘sumber ilmu’ adalah dari Allah yang Esa. Maka rasa terima kasih dan syukur adalah milikNya jua.

      Selamat menekuni ilmu inz. Tiada titik noktah untuk menjadi seorang yang terdidik.

      Wassalam

    • ‘Alaikisalam sdr/i rosez,

      Terima kasih kerana sudi menziarahi blog cikgu. Terima kasih juga kerana masih dapat mengingati cikgu walaupun cikgu sendiri tidak tahu apakah jasa cikgu pada sdr/i hingga dikenang begitu. Apapun sapaan dan ingatan sdri membuat cikgu terharu.

      Jika benar ada jasa cikgu biarlah hanya ilmu dan budi yang baik sebagai testimoni ‘kehadiran bermakna’ dalam hidup sdr/i.

      Cikgu doakan agar sdr/i berjaya dalam bidang yang sedang diceburi dan bahagia di sisi keluarga tersayang.

      ‘Mengajar pada yang sudi, mendidik pada yang punya hati’

      Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s